Thursday 31 May 2012

Bubur Oh Bubur


Assalamualaikum

Malam semalam alkisahnya aku tak tau nak makan ape..makan nasi macam malas sangat-sangat nak masak lauk. Padahal ayam ikan semua ada..tekak pun ngh tak berapa nak selera makan ni, kepala pun asik pening je. So, fikir punya fikir, karang nak makan maggi je, tak kenyang pulak, decide la masak bubur jelah..ala ibarat macam orang demam la pulak...dah lama rasanya tak makan bubur ni.....masak bubur kosong, pastu goreng ikan bilis rangup-rangup, and buat cili potong taruk kicap...makan time panas-panas memang sedap...tapi sekali sekala makan boleh la, tiap hari makan bubur baik aku jadi baby balik...

Dulu masa kecik-kecik, masa ada arwah mak aku, dia suka masak bubur kosong ni. Pastu masa nak makan campur dengan gula...taruk la banyak-banyak. Bila makan tu rasa sedap sangat sebab dia manis....aku masa kecik-kecik dengan abang aku selalu kitorang makan bubur taruk gula tu...sedap, siap 2 3 mangkuk kitorang tambah...kadang-kadang aku buat sendiri bubur...umur dalam 5 6 tahun tu aku dah reti masak bubur tau. Pastu aku bedal la makan. memang best....

tapi sekarang, bubur macam tu orang tak pandang...orang suka makan bubur McD...aku pun suka jugak bubur McD.Sedap jugak rasanya...hehehehe.....


Wednesday 23 May 2012

Apa Cerita Produa Anda ?

Assalammualaikum

Hari tu baca entry beberapa bloggers ni pasal PRODUA yang inginkan perkongsian, pengalaman kita berkaitan kereta jenama PRODUA. Kebetulan aku adalah pengguna PRODUA ni, haruslah berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni. Almaklumlah jugak, my family and my frenz pun ramai yang guna kereta dari PRODUA ni...so, haruslah berbangga dengan PRODUA ni lebih-lebih sikit..untuk lebih lanjut boleh klik SINI.


Ini cerita aku about my PRODUA yang Cool bangat :)



Perkara pertama saya terfikir nak membeli sebuah kereta jenis apa, adalah kereta PRODUA. Sebab apa saya memilih produa sebagai pilihan hati adalah kerana Produa adalah kereta buatan Malaysia. Kita harus berbangga dengan buatan negara sendiri. Bangsa Negara lain turut menghargai Negara Malaysia, kenapa kita tidak boleh? 

Produa juga adalah sebuah kereta yang  Cool.. Saya telah bekerja hampir 2 tahun dan telah membeli sebuah kereta yang Cool dan comel dan elegant lagi bergaya iaitu Produa VIVA Elite. Sebab VIVA amatlah bersesuaian dengan saya yang agak comel, dan seorang wanita yang memiliki sikap lemah lembut ketika memandu kerana saya baru perolehi lessen P.

Viva sangatlah menjimatkan perjalanan hidup saya. Saya boleh pulang ke kampung bila-bila masa sahaja, sebulan sekali, seminggu sekali, mahupun tiap hari ( itu mustahil ). Kerana itu hubungan saya bersama keluarga semakin erat dan hubungan bersama-sama rakan yang sudah lama terpisah boleh bersatu kembali. Saya juga tidak perlu risau ketika parking kerana viva amatlah senang untuk menyelit dan ketika pemanduan di jalan raya, VIVA boleh mengalahkan MERCEDEZ BENZ kalau kereta MERCEDEZ BENZ hanya mencapai tahap 110km/j sahaja di jalan raya kerana VIVA boleh memecut 120 km/j tapi sudah gegar-gegar macam nak terbang.

Akhir kata, saya sayang dengan VIVA Elite saya walaupun hari tu VIVA saya kene gesel dengan kereta jenama PROTON. Tapi saya maafkan sebab PROTON tetap kereta buatan MALAYSIA..Saya sayang Malaysia. Saya sayang Produa. Tanpa Produa saya Keletihan kerana terpaksa berjalan. 

Perjalanan yang Cool dan Osem :)


Sekian sahaja cerita aku pasal PRODUA. Comel itu menawan Okeh....:)



i miss that girl

assalammualaikum


pagi-pagi ni, terasa nak tengok album kat dalam my FB. and tengoklah gambar all my friends...dan terdetik hati yang aku merindui seseorang...seorang kawan yang baru dikenali dalam 2 tahun yg lepas. Tapi kini sudah terpisah. Hati ini kadang-kadang turut ego..kadang-kadang sedar diri sendiri turut salah..tapi itulah.....hanya diri sendiri yang memahami...

selagi diri ini tak meluahkan....aku akan sentiasa rasa tak senang..walaupun apa yang terjadi, aku nak mintak maaf banyak2 andai selama perkenalan ini terlebih banyak menyakitkan hati, menyinggung perasaan...bizi body dan sebagainya....harap janganlah disimpan dalam hati...

Terima kasih diatas segala keikhlasan yang pernah diberikan selama perkenalan kita bersama :)





u're beautiful Girl
Bijak
Baik
Peramah
Senang didekati
Jaga diri baik-baik
Setialah pada yang satu
semua orang menyayangi kamu
so, fikirlah baik-baik pilihan yang tepat
i miss all the moment ever we do
until u lost me when u just whole day with that man...


I MISS U SIS :)
sorry for everything

Tuesday 22 May 2012

Fridge Magnet & Keychain

Assalammualaikum


Dari aku primary school lagi aku memang suka kumpul key chain ataupun fridge magnet..kadang-kadang bukan aku beli pun....semua tu adalah dari koleksi hasil pemberian kawan-kawan yang baik hati. Kalau key chain tu memang dah berlambak-lambak..kadang-kadang sampai dah hilang-hilang sebab aku pun tak tau key chain tu berada dekat mana. Almaklumkah, kadang-kadang barang kita beli sendiri pun boleh cuai, inikan pemberian orang secara free pun boleh tidak dihargai....tapi aku sekarang akan pastikan setiap barang yang diberikan secara ikhlas akan aku hargai hingga ke sampai bila-bila.....dan aku nak buat koleksi, andai kata aku pergi melancong atau bercuti aku akan membeli tanda kenang-kenangan walaupun setakat pergi dalam negara ( sebab itu je yang mampu)

( selingan, sambil taip entry ni syok dengar lagu MOJA - andai aku bercinta lagi- best sangat lagu ni )

sambung lagi....sejak bekerja ni, menjadi seorang P.A yang masih belum profesional...dan mempunyai boss yang sangat baik hati bila dia pergi oversea pasti dia akan beli something untuk P.A dia. Thank u boss....almaklumlah aku ni nak merasa pergi oversea tak tau la bila...dah la PTPTN pun tak bayar lagi...5 tahun lagi or 10 tahun lagi nak g oversea nama pun dah kene blacklist...huhuhu....so, diatas penghargaan terima kasih lah kepada my boss and my officemate yang pernah pergi oversea tu memberi kenang-kenangan mereka kepada aku ni.....agak-agaklah kan, merasa tak aku pergi ke tempat-tempat tu ye....

Penat dah aku adjust gambar ni tak senget...tapi tetap senget...aku pun tak faham la ngn setting blog ni

BEIJING, CHINA

Antara tempat yang boleh dikunjungi dekat sana. aku cuma search dekat google je..and aku kasi nama tempat je...so, kalau nak tau lebih lanjut boleh cari sendiri ye..sambil-sambil ni aku memang ngah berangan nak pergi melancong ni...


1. Tembok besar china 
2. Jade centre
3.Masjid Nujie
4.Dragon Place
5.Summer Place
6.Medan Tianamen Square
7.Kota Larangan
8.Silk Street 





AMSTERDAM, NETHERLAND


Tempat ni antara tempat oversea yang aku nak pergi selain New Zealand and Korea..sebabnye Amsterdam adalah tempat yang terbaik untuk dilawati. Terkenal dengan kawasan kincir anginya di samping padang rumput yang luas. Bayangkanlah anda berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan. 

Selain itu, Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, pengunjung boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini dan sangat mengagumkan.  

Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah " Anne Frank House - A Museum With A Story", kawasan yang menceritakan tentang Anne Frank yang mati seawal umur 15 tahun sewaktu Perang Dunia ke-2 terjadi. Mereka dikurung di kem konsentrasi ( concentration camp_) Aushchwitz di mana ibunya mati sewaktu perang Nazi.

sumber : luvlyievy.blogspot.com








LONDON

Kalau pergi london, mestilah nak merasa pakai baju tebal-tebal sebab sejuk. Kalau lagi best pergi time honey moon, sebab boleh peluk-peluk. kalau tak kawin lagi jangan gatal nak peluk-peluk ok. Mestilah nak tangkap gambar dekat Menara Big Ben..pastu boleh melawat House of Parliment dan Westminster Abbey iaitu tempat perkahwinan semua puteri dan putera Raja England...dan boleh pergi merasai pengalaman sendiri dengan menaiki The London Eye....






FRANCE / PARIS

Tempat romantik buat pasangan yang bercinta....kalau time gaduh-gaduh pun pergi dekat menara Eiffel ni boleh terus baik balik...tak jadi nak gaduh..alaaa...macam cite Eiffel i'm In Love tu..sapa tengok cita budak sekolah bercinta tu....pastu boleh la melawat Arch De Triomph dan muzium De Louvre. Banyak artifak bersejarah yang boleh dikagumi dekat sana. Sapa tau The Da Vinci Code story tu adalah kaitan denga muzim De Louvre ni...teringat pulak Running Man, masa diorang kene satlekan misi mencari kod ala-ala ibarat The Da Vinci ni......






HONG KONG

Hari tu office mate aku diorang ada program attachment bawak atlet kriket pergi Hongkong. So, dapatlah keychain dari Hong Kong ni..antara tempat-tempat yang menarik dekat Hong Kong : 

1. Victoria Peak
2. Pasar Wanita ( tempat shopping baju, beg, kasut dll) 
3. Repulse Bay
4. Avenue of Stars
5. Menara Jam
6. Medan Arca Keemasan Bauhinia
7. Hong Kong Disneyland ( wajib pergi )





So, ini adalah antara koleksi pemberian dari luar negara. Thank u my boss...thanku u kakshiefa, kak aweng for the souviner and Semoga lepas-lepas ni aku akan dapat merasa melancong ke luar negara, naik kapal terbang, Yahooo.....sebenarnya sentiasa ada peluang nak pergi oversea. Dah bapa orang dah ajak aku pergi oversea, pergi singapore, indonesia.....cuma ongkos nye saja yg tak de...bujet tak cukup. banyak lagi keperluan yang lebih penting. Moh la kita bercuti dalam negeri sahaja ok.

Pasni kalau sesiapa pergi oversea, aku nak kirim keychain or Fridge Magnet ye..kene bayar pun tak pe...:)


BAIBAI BAIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.................




Tuesday 15 May 2012

Kesilapan Membeli vs Peka Ke Tidok??

Assalammualaikum


Aku nak story sebuah cerita yang mengatakan aku ni seorang yang tak berapa nak alert. Fuhhh...itulah padahnya kalau kurang alert ni, semua nya nanti memakan diri dan amat-amatlah kurang baik untuk diamalkan. Tapi kalau terlebih alert pun susah jugak...aku ni spesis yang sederhana jelah....nak kata kurang alert tak jugak..ada orang yang lebih slow dari aku....cuma aku ni jenis yang tak suka remeh temeh..aku bukan jenis suka nak menyusah otak berfikir sampai boleh buat orang lain turut sakit kepala. Aku tak suka berfikir...itu jenis aku....kalau aku beli barang...first aku memang akan tengok harga dulu...bila aku rasa ok, dan aku akan rasa ada kepentingan buat aku...aku akan beli, jangan nak fikir lebih-lebih, nanti aku tak jadi beli...contoh aku nak beli baju, dan aku memang kene beli baju sebab baju aku dah tak de, and dah jemu asik pakai baju yang sama tiap minggu bila nak g jenjalan...so, bila aku dah pergi kedai baju, bila aku dah berkenan dengan satu-satu baju tu, aku akan terus beli tanpa cek sama ada baju tu ada kesan luntur ataupun baju tu ada koyak di ketiak..bila dah sampai dekat rumah, baru aku perasan yang baju tu ada masalah. hendak dipulangkan baju tu bukan berharga jutaan ringgit...tapi hanyalah sepuluh ringgit...so, agak kurang sopan, dan xpayahlah aku nak membazir duit minyak untuk pulangkan balik semata-mata baju yang koyak berharga sepuluh ringgit itu.....


itu cerita yang pertama, cerita yang kedua pulak, pasal baju jugak. aku ni ahli Satinni, majalah baju, beg, kasut, cadar tu memang berlambak lah kat umah aku ni. Hari tu aku order lah baju t-shirt putih. Konon nak pakai time jenjalan jelah. Disebabkan aku ni pulak jenis cepat rambang mata, tengok baju semua comel-comel, cantik-cantik, dan paling bererti buat aku adalah murah.....murah ye kengkawan...aku ni memang bangsa bukan jenis branded orangnya...aku suka barang murah...bila aku tengok orang yang beli mahal-mahal tu, aku kagum sangat sebab diorang mempunyai duit yang banyak....tapi yang aku sedih....barang yang diorang beli tu sepatutnya boleh dapat lebih murah dari yang sepatutnya....cuma diorang ni jenis tak sayang duit.....aku memang sayang duit....sehingga kan aku tak tau nak guna duit tu ke arah mana..arah kebaikan atau keburukan??( hehehee...acah je ) 

sambung cerita pasal baju tadi...aku order lah baju t-shirt putih ni, sebab memang aku nak cari warna putih pun...sekarang kan musim panas, tak elok pakai baju yang gelap-gelap ni, nanti panas kot ( ayat cover baik punya )..


Yang aku nampak baju tu cuma tulis THE TEENAGE je. Disebabkan aku ni tak alert dan mata dah semakin spero...aku tak ambik kisah pulak dengan ape yang tertulis disebalik tulisan kod PS 835002 tu. So, aku order jelah kan...aku kan bukan kisah sangat, aku kan tak alert....tak peka bak kata orang melayu.....tapi disebabkan kekurangan kepekaan aku ni...bila dah dah terima baju...........tau tak dia tulis ape????












tulis ape ye ???








dia tulis.....











dia tulis kat baju tu.....












dia tulis..............











jeng jeng jeng....








OMK ( Oh Mak Kau )....THE TEENAGE DISCO???????alamak bila pulak aku ni remaja disco ni? bahaya-bahaya..boleh mendatangkan kemudaratan.......So, Inilah disebabkan Kesilapan membeli ke Peka ke tidok????memang aku tak nak pakai la macam ni, tak elok kot...


satu lagi aku beli jam tangan....konon2 nak buat koleksi jam la konon...hari tu jam tangan aku rosak, masuk air...tapi alhamdulillah....dia mati kejap je, pastu elok lagi sampai sekarang..jam yang aku pakai ni memang dah lama and tahan lagi dan aku pun mmg suka kualiti jam ni.....g pun dia kecik dan amat2 sesuai dengan tangan aku yang kecik ni..

jam kesayangan ku

And then hari tu saje order jam tangan yang sepuluh hinggit tu kat dalam magazine satinni tu, ingatkan jam tu tak lah besar mana..langsung tak terfikir saiz jam tu cam ner,,,bajet tangan aku ni comel sangat....sekali dapat jam tu besar, aku ni mana sesuai pakai jam besar-besar, dah macam ape entah aku nengok.....hermmmm...pembaziran lagi lah nampaknya...aku paling tak suka kalau beli barang tapi aku tak pakai....sebenarnya aku ni tak suka mengumpul koleksi-koleksi, selagi sesuatu barang tu masih elok lagi , aku akan guna sampai ke akhir hayat barang tu. contohnya kasut....setengah orang kan suka mengumpul kasut. beli kasut penuhkan satu rak..tapi pakai selipar je.....kalau aku tak, selagi kasut tu elok, itulah aku bawak pergi kerja, pergi dinner, pergi jamban, pergi dating...sampai la kasut tu dah tertanggal tapak macam kasut BFF aku hari tu baru aku beli yang baru. 

Cantik cincin....wit wit wit.......

Dah macam jam dinding pulak aku tengok....

Memang lepas ni jam ni akan jadi penghuni dinding lah gamaknya.....aku sangkut jelah kat tepi pintu tu. Ada orang nak ke jam ni..kalau ada aku kasi free jelah tanda persahabatan...hehehehe......

BYE.....


P/S : Jadilah seorang yang peka lagi bijaksana.Adios !!!!


Thursday 10 May 2012

Berikanlah Yang Terbaik

Assalammualaikum


Sebenarnya tak de idea nak buat entry ape petang-petang ni. Alhamdulillah hari ni aku puasa ganti- opss- haruslah dilaksanakan. Itu adalah tanggungjawab kita. 


Seriously tak tau nak taip ape ni, tapi nak juga menaip. Huhuhu..Sekarang ni teringat nak makan je, berbuka puasa ni nak makan ape ye.huhu....


argghhh....otak dah lemau dah ni, tak boleh berfikir dah...share je lah gambar si kenit anak buah aku ni. Rindulah sama ajib....





hari tu kakak aku kol aku, tanya kabar diorang....kalau kol mesti semua nak cakap..dari si Nina, Risya, Azam ngan ajib...dah besar dah anak-anak buah aku tu, Kalau bersembang tu mengalahkan orang besar..semua nak cerita, kadang-kadang tak faham diorang cakap pun ada........yeke yeke jelah aku cakap. hehe...bila lah nak rasa anak sendiri ni..huhuhu...


Ya Allah, 

semoga kau dapat membimbingku kearah kebenaran, semoga aku dapat memberikan yang terbaik dari segala urusan. Mudahan-mudahan segala perbuatanku mendapat keredhaan mu, semoga segala pilihan ku adalah yang terbaik dan benar. Kau berkatilah dan restuilah kami berdua- 

Kadang-kadang hidup ini sangatlah memenatkan..hati ini kosong, mungkin kerana aku selalu melupakanmu. Ampunkanlah dosa ku Ya Allah. Banyak yang telah aku abaikan, banyak perkara yang selalu membuat aku alpa melainkan melakukan suruhan dan perintah mu..

Sesungguhnya, 
Aku hanyalah insan biasa, tidak pernah terlepas melakukan dosa, tidak sempurna...yang inginkan kebahagiaan seperti insan lain. Inginkan kesempurnaan...tetapi takdir setiap insan itu berbeza...aku redha dengan perjalanan hidup ku ini. andainya itulah ketentuan ku, aku redha....tetapi aku mohon agar mereka yang tidak memahami perjalanan hidup ku ini, janganlah sentiasa bersikap negatif.....doakanlah kebahagiaan orang lain...kerana mendoakan kebahagiaan itu adalah satu ganjaran untuk diri sendiri juga 



Zikrullah

"Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan, suburkanlah ia dengan  siraman zikrullah, pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman...usah biarkan ianya layu dengan racun dunia...pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu mendudukkan nafsu dan mendidik jiwa.."


credit : google 




Wednesday 9 May 2012

Kucing Membawa Rezeki

Assalammualaikum




Pernah tak kalau korang pergi makan dekat mana-mana contoh pergi kedai makan kat restaurant mahupun gerai tepi jalan sekali pun, kucing datang kat korang. Aku selalu macam tu, siap kali nak makan mesti ada kucing yang menjenguk dari sebelah kaki sambil merenung tajam mata aku. Bila diindahkan pasti dia akan menggesel-gesel kaki dan mencakar-cakar kaki aku. Bagi pendapat aku tidak perlulah disepak-sepak kucing tu walaupun rasa tak suka ataupun rimas. Sebenarnya kucing ni pembawa rezeki. Dia datang dekat kita bermakna kita ni murah rezeki dan sebenarnya kucing akan memberikan rezeki dekat kita. Kucing tu sendiri akan memilih tuan mana yang dia nak datang. Bukan semua orang dekat kedai tu akan dia dekati. Betul x. Kalau tak percaya pergilah tanya kucing tu sendiri.hehehehe..




Rujuk Falsafah kucing ( google from gempak.org) 

Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat??

 

 Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.


Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik,
maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.


Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.


Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.


Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???
Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.








p/s : Janganlah kedekut kasi kucing makan.  Teringin nak bela kucing tapi rumah tak sesuai. Karang berak merata-rata aku jugak yang susah.


Alumni Intersaber

Assalammualaikum


Hari ni baru aku nak daftar Alumni Intersaber. Tetiba rindu pulak ngn sekolah. Bila tengok gambar-gambar yang diupload kat laman web sekolah, teringat kenangan dolu-dolu tu. Macam-macam event yang sekolah anjurkan. Merentas desa la, time sukan lah, time perhimpunan kene ada oral speaking la, keceriaan kelas, pertandingan nasyid sekolah, nasyid antara dorm-dorm, prep malam, pergi outing...fuhh macam-macam lagi..Ada kenangan suka duka, kene marah, menangis, takut, menggatal, mengada-mengada, menggedik...semua tu ada time masa kat sekolah....


nanti kalau aku rajin aku nak cerita la peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku time aku sekolah dulu. Kenangan dengan kawan-kawan, ada yang bergaduh, bercinta, bercerai.hehehe. Macam best pulak. 


Bulan Julai sekolah nak buat Sedekat Intersaber. So, insyallah, jika kelapangan dan tiada aral melintang nak datang sekolah. Berapa lama dah tak menziarahi sekolah. Alang-alang boleh la melawat sebelah sekolah aku tu merangkap tempat aku menyambung pengajian Diploma iaitu Politeknik Sabak Bernam. Itupun, kenangan yang tidak boleh dilupakan jugak tu...waahhh...rasa macam nak sambung belajar balik start dari tadika...:(




Nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Hopefully diorang masih ingatlah dengan aku ni. huhuhu. Walaupun taklah rapat sangat dengan semua student, but perbezaan bila duduk asrama ni, budak form 1 sampai form 5 mesti kenal muka and kalau asrama perempuan mostly mesti ingat nama. 



and rasa berbangga sangat sebab aku tergolong dari Batch PIONEER...perintis tu. Time sekolah baru bukak and batch kitorang la yang masuk dulu. Bayangkan just form 1 je masa tu yang ada kat sekolah. cikgu-cikgu time tu pun berapa kerat je. Kalau pergi kelas, perhimpunan, kitorang je yang ada. kalau duduk kat asrama, muka kitorang jelah yang ada. ingat lagi masa pertandingan nasyid antara dorm dulu..masa tu aku dorm kira yang last lah. sapa sampai / daftar dulu dia masuk dorm terawal. masa tu aku Dorm ape ye aku pun tak ingat dah. Pertandingan nasyid tu boleh pulak aku jadi ketua time tu, giler ape..menggeletar tangan aku pegang mic masa atas pentas tu. dahlah nyanyi lagu entah hape-hape.hehehe.buat malu je. Cikgu suh kitorang reka lagu sekolah time tu, biasalah idea budak tingkatan satu kan....kitorang ubah lagu UNIC tu just tukar lirik je.....kalau ada video masa kitorang nyanyi lagu tu mesti aku tak boleh tido malam 7 hari 7 malam sebab asik tergelak je. aku ingatlah sebab aku yang jadi ketua time tu, kalau orang  lain mesti tak ingat kot...kalau ingat aku lah ketua nasyid....suara sumbang mambang ada hati nak nyanyi.hehehe..

waahhh...kenangan berada di Intersaber telah terimbas kembali. Kalau boleh nak cerita macam-macam. Pasal cikgu, pasal ustaz, admire masa time sekolah dulu....panjang tu nak cerita...tapi tak boleh la....aku sekarang kan dah kerja...ada kerja yang kene buat..nanti karang makan gaji buta pulak kan. Kadang-kadang terfikir 5 tahun di sekolah adalah lebih lama berada di rumah...aku ibaratkan aku membesar di Intersaber....dulu kecik je aku ni masa form1...tapi sekarang pun kecik jugak tapi besar sikit lahhh...kahkahkah...ketot tu tetap ada...wahhhhh.........


Nanti aku story cerita admire aku dan kengkawan, panggilan yang kitorang gelar kat diorang, pasal sahabat- enis - tizouevolutions....



key chain salah seorang member kitorang kasi....

Ini lah port kitorang study....memang best port ni, tenang je. sambil study sambil makan biskut cicah air milo.. sambil tu usya-usya kat DM..hehehe

Inilah my classmate - nampak tak aku mana satu...masa ni form 4 or form 5 entah...tapi classmate sama je ahli nye masa tu - Kelas Sains Tulen

Masa ni dah habis SPM ke sebelum SPM entah. Tapi masa ni kitorang ada latihan Interview...takut woo...hehehe..

Gambar ni semua diambik dari FB kawan-kawan sekolah. Terima kasih ye korang....sebab sudi tag dekat FB aku.. ape-ape pun, sempena 16 MEI nanti jugak, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu-cikgu di seluruh negara khasnya buat didikan guru-guru aku di INTERSABER. tanpa cikgu mendidik kami, sapalah kami kini....mendidik dengan penuh kesabaran...pengorbanan guru sangatlah besar dan bermakna...sayang cikgu sangat-sangat..

' Selagi nyawa ini bernafas, akan aku pastikan kenangan-kenangan ini tidak akan aku lupakan' SWEET MEMORY




















I'm Now....
Personal Assistant for Director of Sport Centre UKM

Tuesday 8 May 2012

Kenangan di Tanah Aina, Bentong Pahang

Assalammualaikum


Jumaat last week 4 Mei 2012 aku join kursus Kesejahteraan Diri Dalam Sukan, anjuran Office aku yang buat. First diorang decide nak buat dekat Bagan lalang, Sepang but last minute diorang tukar dekat Tanah Aina, Bentong Pahang..


Walaupun sehari dan mengambil masa dalam perjalanan dalam bus. disebabkan aku ni pulak bangsa yang tak tahan bila jalannya bengkang bengkok, pastu dah mabuk kepayang n nak rasa muntah. but terpaksalah tahan..fuhh memang seksa..perut dah mengelocak, pening. Time ni lah mencari asam ataupun gula dan selamat aku bawak minyak kapak. 


Tiba je kat sana, kitorang turun di tepi jalan.  Dan ada beberapa buah lori dan trektar ( yang angkut kelapa sawit tu) dah siap2 tunggu kitorang. Kitorang diberitahu yang kitorang akan naik bendalah tu untuk sampai ke tempat yang sepatutnya. memang satu pengalaman yang best. Walaupun aku ni duduk kampung, memang dah pernah tengok orang bawak lori angkut kelapa sawit kat kampung aku tu, tapi tak pernah nak merasa naik trektar tu. Ini adalah  pengalaman yang pertama tau aku naik.hehehe.memang best.









Rasa macam PATI la pulak.hehehe. Ya ampun, ibu ibu bapak bapak...permisi kami mahu kerjain di MALASYHIA...tolong-tolong..

setibanya kat tempatnya memang best and cantik bangat. Rasa tenang je. Sapa yang suka buat aktiviti outdoor, jungle traking ni, boleh la search tempat ni - TANAH AINA. Memang exclusive la tempatnya. Kalau hotel boleh kasi 5 bintang la. Kalau nak g honeymoon ataupun tenangkan fikiran pun memang sesuai inilah tempatnya...




 Ini Puan Sri. Dialah owner Tanah Aina ni, dia memang pencipta alam sebab tu dia terfikir nak buat penginapan ni and dia nak kasi sedar dekat semua orang bahawasanya hutan-hutan di Malaysia ni perlulah dijaga. Dia ada tunjuk slide dimana banyak hutan-hutan dan bukit-bukit yang sudah ditarah dan digondolkan oleh mereka-mereka yang tamakkan pembangunan dan kekayaan semata-mata.



Yang lagi bestnya tengahari tu selepas sesi taklimat sekejap, kitorang pergi jugle tracking and lastly, jumpa air terjun...setelah sekian lama, aku tak masuk hutan, meredah hutan, last hari tu masa pergi bukit broga.Kali ni berpeluang lagi melihat keindahan ciptaan tuhan. Tak de pulak yang upload gambar masa kat air terjun ni. Memang puas la mandi..tapi tahniah yang mereka yang berani buat free fall tu..aku memang tak kan berani lah.hehehe...





kesimpulan aktiviti pada hari tu memang best and enjoy. Barulah best g kursus sukan ni. Taklah boring kalau setakat kursus dalam dewan atau bilik kuliah. Mengantok kot.hehehe...

So, ada sapa-sapa suka aktiviti mencabar dalam hutan ni aku suggest tempat ni Tanah Aina- Farrah Soraya..BEST KOT.......hope boleh datang lagi....enjoy !!! muaxxcchh....


picture credit by : fb k.aweng, farahliana, pn.anim, and Tanah aina ( agoda.com).