Assalammualaikum
Pernah tak korang kehilangan barang, cari tak jumpa dan tak ingat barang letak dekat mana? Mesti pernah kan. Baru semalam, nak pergi kerja kunci kereta saya hilang. Sebenarnya bukanlah hilang, tak ingat taruk dekat mana. Sebab memang selalu kunci tu ada je atas meja sebelah katil dengan kunci rumah. Dahlah nak cepat sebab dah lambat kan nak pergi kerja. Cari-cari jugak tak jumpa tapi hati ni kuat mengatakan ada dalam rumah ni cuma tak tahu dekat mana.
Terfikir pulak entah-entah semalam balik kerja, kunci kereta tak cabut. Pergi turun bawah tengok dekat kereta tak ada, kereta alhamdulillah berkunci. Dah tak boleh nak tunggu dah ni, selamat ada kunci spare. Gunalah dulu kunci spare dan pergi pejabat. Sampai je pejabat, terus google doa ketika mencari barang hilang. Sebab tak hafal doanya tu yg google tu :(
Ini doa nya
Bacalah berulang-ulang kali. InsyaAllah barang anda boleh jumpa ataupun anda boleh ingat dekat mana barang tu hilang. Lepas saya baca doa tu, barulah teringat, yang semalam lepas balik kerja ada beli beras. So, masa angkat barang tulah terfikir mungkin kunci tu termasuk dalam plastik beras tu. Yelah, rumah saya pangsapuri. Kalau beli barang macam tulah, dengan nak bawak plastik barangnya, bawak beg tangan, kunci rumah nak kene standby pegang. Itu yang termasuk dalam beg plastik tu. Tengahari time lunch balik rumah, terus pergi dekat beg plastik beras tu..memang betul ada dekat situ. Alhamdulillah.
Sebenarnya selalu jugak amalkan doa ni dan alhamdulillah setakat ni berkesan jugak. Yelah, saya ni kadang-kadang cepat pelupa..hehehe... dari kita teropong-teropong, baik baca ayat al-quran ye dak.... :)
Terima kasih. saya baru hilang/salah letak kunci rumah & kereta. Mudah2an dapat ditemui.
ReplyDeleteakak, terima kasih untuk entri ni. sdg mcari barang yg hilang juga...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dengan izin Allah swt, setelah saya baca surah yassin disusuli dengan doa ini akhirnya barang saya dah dijumpai...lega rasanya
ReplyDeleteSalam kenal, nak minta izin kat blog saya... Terima kasih...
ReplyDeleteTerima kasih akak... Saya ada hilang/salah letak barang, kerja sekolah... huhuhu.. takut kena marah.. baru nak pergi cari...
ReplyDeleteTerima kasih kak .sy baru hilang kunci rumah sewa . Semoga dapat jumpa semula kunci tu . Kunci spare tak ada ni ðŸ˜ðŸ˜ ...
ReplyDeleteThank kak sebab share doa n...hari n sye kehilangan kunci motor and kunci rumah...harap dapat jmpa balik..hampir2 putus asa dngan kecuaian diri
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Alhamdulillah.. selepas amalkan doa ini petang tadi..akhirnya dokumen yang dicari telah dijumpai selepas waktu maghrib tadi.. Subhanallah... yakin lah dengan Allah.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar..
ReplyDeleteSaya punya kasut hilang
ReplyDeleteAllahu akbar. Berbulan2 sy cari gelang emas yg pernah sy sendiri sorok satu ketika dulu. Terlalu sorok sampai sendiri x ingat.
ReplyDeleteDah pernah cari beratus kali kat tempat sama. Tadi sy tekad, baca n hafal doa tu. Ulang banyak kali sambil buat keje rumah. Dgn izin Allah, sy terdetik nak check bakul dlm almari baju anak sy and jumpa :')
Subhanallah, Allahu Akbar. Allah lah sebaik2 Penolong.
Assallammualaikum.w.b syukran..kelam kabut balik dari johor bahru, ingat dompet tercicir dalam bas..rupanya sampai rumah dah letak dalam laci siap2..sebab tu dalam sluar dah tak de...trima kasih atas perkongian ini...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, saya dalam proses membuat kajian lapangan. Jadi, adalah saya pinjam beberapa bahan dari kawan. Saya dah masukkan kertas-kertas tu, dalam beg, tapi balik sekolah, baru tersedar kertas kawan hilang tapi,yang sama punya masih elok je, sedangkan letak sekali dengan kertas kawan. Berkesan ke doa' ni untuk saya sedangkan bahan itu bukan saya punya atau saya perlu meminta kawan saya membacakan doa' itu bersama-sama saya?
ReplyDelete*sama - saya
ReplyDeleteTerima kasih ats pengkongsian.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete