This entry how my life as secretary...
Ok. its beginning after aku habis spm hari tu. Mula mencari-cari arah tujuan. Nak jadi ape, dapat sambung belajar or tak. Memang time tu dalam dilema ok. Ape yang kawan-kawan apply nak masuk u, masuk matrik, masuk politeknik. semua aku buat.Lastly dapat Politeknik alhmdulillah dah cukup baik sangat. walaupun tak dapat masuk u macam kawan-kawan sbp yang lain. Dulu sekolah menengah aku ada rzeki masuk sekolah asrama penuh. memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dan pengalaman yang sangat manis.
Masuk politeknik aku dapat cos diploma in science secretary at politeknik sultan idris shah sabak bernam. Kat situ diploma for that cost only 2 years. Mula-mula belajar risau jugak, apelah nak belajar ni. ada addmath ke, fizik ke, sains lagi ke. sebab namanya pun sains kesetiusahaan.
Rupanya tak de sains langsung. First sem, kitorang belajar trengkas and shorthand. trengkas ni adalah satu kaedah untuk seorang setiausaha gunakan untuk mengambil nota secara ringkas. Dia punya gurisan tu masyallah memang hanya secetery sahaja yang boleh baca. kalau budak kos lain memang tak faham ape yang kitorng tulis. kalau assingment tu pun boleh tahan. kene guris trengkas dalam satu novel tu, kene buat and then pastu kene translate balik.. taip dekat komputer.
Pastu belajar menaip dengan laju menggunakan jari yang betul. Ini memang tak sia-sia belajar ok. sapa yang belajar menaip ni memang tak rugi. taklah terkedek-kedek menaip. So, sekarang boleh taip dengan laju dan tanpa melihat keyboard. Memang tak de masalah dalam menaip ni. Masa belajar dulu kitorang belajar guna typewriter yang lama tu. memang nak tekan keyboard tu masyallah keras giler. kalau time kene taip laju-laju tu memang boleh kejang otot jari ni tau.
Lepast tu belajar note taking, document production pasal format-format surat. keusahawanan. pasal grooming, dan macam-macam lagi. Pelajaran politeknik ni dia lebih kearah teknikal untuk kita bekerja. So, bila dah kerja memang mudah la untuk kita praktikkan. Itu satu bagus kalau belajar di Politeknik. So, sesiapa adik-adik yang tak dapat universiti tu janganlah frust ok. sambung je kalau dapat politeknik sekali pun. Sebab kalau amek kos yang adik minat, insyallah senang nak dapat kerja dan kita dah didedahkan dengan kerja-kerja tersebut. Bukan hanya setakat membaca buku semata-mata tetapi kita tak belajar teknikal pun susah jugak. Sebab tu graduan universiti sekarang banyak yang menganggur. Dyorang kurang untuk berkomunikasi dan terlalu demand....maybe.....
Alhamdulillah;;;;
Rezeki aku lepas graduated hari tu pun tak lama menganggur. Aku apply kerja dekat UKM position as secetery la. Ramai gak member-member aku satu kelas g interview sekali hari tu. Thanks la dekat khosmin sebab sudi memesej aku untuk hantar resume. kalau tak, tak dapatlah aku kerja dekat ukm ni.
Dah interview hari tu...dalam sebulan tak silap. dapat surat jawapan untuk hadir lapor diri. alhamdulilah. Lagipun masa tu aku tak jauh. aku kerja part time dekat putrajaya. aku kerja taska dekat kementerian pelajaran. aku memang suka buat part time as baby sitter. lagi-lagi dekat putrajaya. Tak tau lah kenapa.
And now,
5hb April genaplah 2 tahun aku kerja di Pusat Sukan UKM sebagai pembantu setiausaha pejabat. Susah, senang, suka duka, dilalui bersama. masih lagi banyak untuk aku pelajari. Staff semua pun ok. baik and boleh bekerjasama dengan aku.
Nak gitau ape tugas-tugas sebagai setiausaha ni :
a ) Jaga schedulu bos. mesyuarat dia, bengkel. set kan temujanji boss. kalau ada orang nak buat appoinment. tulis dengan white board boss jadual dia sebab kadang-kadang dia lupa. pastu ingatkan boss jadual dia macam mesyuarat yang nk dihadiri.Inform dia hal-hal yang penting dengan kol or mesej.
b ) Pastu jaga surat-surat yang keluar masuk. surat surat direkod dalam buku. kasi boss baca and bila boss dah note tindakan, edarkan kepada pegawai berkenaan. . buat salinan surat-surat tu semua untuk masukkan dalam fail kalau tak nanti hilang tak boleh nak rujuk. Kalau ada surat minta maklum balas, buat dengan segera. Sentiasa bertaggungjawab dengan segala tindakan yang patut diambil.
c ) Hal peribadi, masukkan cek dalam bank, buat kan air, belikan makanan untuk boss.....ok, itu aku tak pernah buat. pernah la masukkan cek tapi jarang-jarang. selalu boss buat sendiri. buat air pun boss buat sendiri. aku tak pernah nak buatkan sebab aku takut aku buat air kan tak sedap. aku segann....kuikuikui.....
d ) Jawab panggilan telefon itu mesti. Buat panggilan itu juga mesti. Tapi jangan salah guna.
e ) Uruskan tempahan-tempahan boss seperti kenderaan, penginapan, penerbangan untuk boss seandainya ada mesyuarat, bengkel, konference dan sebagainya.
f ) Mengendalikan fail-fail mesyuarat dan bahan-bahan yang perlu ada untuk dibawa dalam mesyuarat.
g ) Melayani tetamu-tetamu boss yang datang dengan ramah, senyum yang ikhlas :)
h ) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh boss dari masa ke semasa. Sentiasa alert dengan pekembangan semasa dan sentiasa jaga nama boss denga baik walaupun kalau sesiapa yang dapat boss yang kurang baik. Tapi aku alhmdulillah dapat boss baik.
Assalamualaikum...saya budak lepasan SPM dan saya tengah naik gila(Allah je yg tau) sebab x tau bidang ape yg nk dipilih..Anyway saya nk tanya kalau nk buat reservation utk boss. Nombor yg kita perlu kol(Hotel yg die bru nk pergi) sudah disediakan atau kita perlu cari sendiri ??
ReplyDeleteAssalamualaikum Najwa, kita kena cari sendiri nombor hotel tu. tapi some bosses dia inform nama hotel, some bosses dia cuma inform location dia nak stay sahaja
DeleteWahh bestnya. Well im student poli jugak tapi poli mersing dan kos sama
ReplyDeleteDSK hihihi. Maknanya awak tak sambung degree la eh?
Tak ada rezeki lagi nak sambung Degree. Hihihi.Insyallah, teringin jgk nak sambung.
DeleteSalam, boleh tau tak kos ape nk sambung untuk degree bagi lepasan diploma in science secretary ye?
ReplyDeleteThanks. :)
syuha, boleh ambik degree in administration kat UiTM ke or mana2 U lain...
Deletehi syuha.. boleh tak share masa iv su n17 dia tanya apa aja? sy ada iv kat ukm minggu dpn sbgi pembantu s/u.. terima kasih in advance :D
ReplyDeletehai assalamualaikum saya pun kos dsk ni..so this sem saya kena practical 5 hari.. dulu macam mana awak pergi cari..sbb takut laa..
ReplyDeleteBoleh tahu x ade tak kelas shorthand and typing kat area shah alam or klang?
ReplyDeleteBoleh tahu x ade tak kelas shorthand and typing kat area shah alam or klang?
ReplyDeleteassalamualaikum. saya nak tanya, kalau nak jadi personal assistant or secretery ni kan, dy mmg kena ada diploma dari bidang dia ka ? contohnya kalau dari bidang lain boleh tak jadi secretary ?
ReplyDelete( Harap sangat sesapa boleh jawab )
assalamualaikum, sye nak tanya kalau sambung degree ade ke specific course untuk secretary ? or mmg kene ambil under business jgk ?.
ReplyDeleteNk Tanya , apa course (diploma) yg sesuai ambil untuk jadi personal assistant?
ReplyDeleteAssalamualaikum..samalah kita..study course sama..tapi sy Politeknik semambu, kuantan. Sekarang as a secretary di UMK, Kelantan. Suka baca coretan sis ni..sebab sebijik macam life saya juga..rindunya zaman study..taip2 guna typewritter tu..sempat jugak la terkepit jari-jari..almaklumlah..time tu jari halus mulus lagi..hahaaa
ReplyDelete