This entry about kisah masa kecik-kecik dahulu.
Permulaan hidup, pencarian hidup aku, kecenderungan diri aku from child, teenage, young and entahlah smpai sekarang. Masa kecik-kecik dulu bila cikgu tanya nak jadi ape? what ur ambition @ ape cita-cita anda. Dan aku menjawab i wanna be teacher @ saya nak jadi cikgu. Seingat aku tidak pernah sekali aku ingin ada cita-cita lain, example, doktor @ enggineering @ apekan lagi jadi pramugari. Maybe i know who am i from that. Yang aku teringin nak jadi teacher. Teacher ape, teacher bahasa melayu je. hehehe. Because aku ni impian jarang yang meninggi gunung. Aku susah nak berfikir sampai ke zaman 2020. Kalaulah aku ni ada pemikiran seperti Perdana Menteri kan best.
Masa kecik-kecik aku ni kreatif. aku suka melukis gambar muka orang. Habis buku-buku aku conteng, tak kiralah buku sekolah ke, buku latihan ke. kalau buku latihan tu...muka surat belakang tu gerenti ada conteng-conteng. gambar muka orang la, muka pemandangan lah, entah hape-hape sampai kakak n abang-abang aku meluat nak nengok. sebab kalau aku melukis mesti gambar muka orang je. badan n kaki dia aku tak lukis. kira gambar tu muka semata-mata. Entahlah, imaginasi aku suka nengok muka orang, hidung orang, mata dia. aku lukis cantik-cantik. pastu kalau ada pensil color aku akan kalerkan dia. konon makeupkan dia lah. kasi dia gincu, blusher, mata taruk eyeliner, eyeshadow bagai...klakor tak.
Ini aku konon cita-cita nak jadi cikgu |
And then, masa aku kecik-kecik aku suka main permainan abc yang cantum-cantum tu. dia bongkah 4 segi pastu kita sambung-sambung kan dia. ape tah namanya. kalau main tu aku suka jadikan dia macam rumah. aku susun dia ada bahagian ruang tamu, dapur, bilik tidor. pastu nanti aku berangan la konon ada mak nya, bapaknya, anaknya balik sekolah. pastu dyorang makan sama-sama. pastu dlu abang aku banyak kereta kecik mainan tu aku buatlah mainan aku. konon dyorang g jenjalan. Imaginasi masa kecik-kecik memang diluar batasan ok. macam-macamlah yang diangankan.
lepastu aku ni jenis suka main sorang-sorang, ckap sorang-sorang. kalau aku g main basikal kat depan umah aku. aku akan berimaginasi yang aku tengah bawak kereta. pastu ada pokok bunga tu itu konon-konon rumah kawan, tak pun sekolah ke. nanti aku bawaklah basikal tu ( imaginisasi kereta ) singgah kat pokok tu, pastu konon-konon amik kawan aku ajak pergi jalan-jalan...( bila aku fikir balik-balik macam orang giler pulak ). Pemikiran masa kecik-kecik memang macam tu kot. bukannya aku cakap sorang-sorang bermakna aku ni cakap ngan hantu or bunian tau. aku sedar ape yang aku buat masa tu tapi aku rasa seronok.
Dulu g sekolah rendah aku naik basikal je. jauh jugaklah kalau naik basikal dari rumah. Tapi dah memang bukan orang senang. Masa arwah mak dulu ada, dia lah hantar aku ulang alik naik basikal. Pas arwah mak tak de, aku naik basikal sendiri. kadang-kadang berkawan lah jugak. Masa sekolah rendah dulu aku rapat sangat dengan hana dan ehfa. dioranglah kawan aku yang paling rapat. Tapi biaslah masa sekolah rendah dulu, kalau berkawan tu mesti ada gaduh-gaduh, pastu tarik muka masam, ngumpat belakang-belakang. Pulaukan kawan-kawan. aku pun pernah jadi mangsa pulauan dan pernah jugak memulaukan orang. Aku kawan ngan hana tu memang macam BFF la. Kitorang satu kampung. Aku suka g umah dia. main masak masaklah, berkubanglah, main basikal, main teng teng, main batu seremban, main congkak, main tali.Dia ramai adik beradik. so, kalau main tu memang meriah. kitorang main baling kasut dengan sepupu dia lelaki. memang bestlah time tu. mak ayah dia pun baik sangat. aku dulu selamba je makan umah dia, tido umah dia. Hana ni pandai dari aku, orangnya pun cantik. sebab tu dia ramai peminat. memang untung sape dapat dia. Tapi sekarang dah besar ni, dah lama tak berhubung dengan dia. rindu pulak dekat hana.
Lagi nak cerita ape ye....
ooohh..masa kecik-kecik aku suka kucing tau. Umah aku memang banyak kucing. tapi orang buang pastu datang umah kitorang. lama-lama bila dah asyik kasi makan dia jadi jinak. aku pernah ingat lagi masa dulu, aku balik mengaji dengan abang aku jalan kaki sebab rumah ustazah tu dekat je depan umah kitorang. Pastu kitorang dengar ada bunyi kucing mengeowwww..tengok belakang ada anak kucing ikut kitorang sampai la balik umah. Pastu abang aku kasi nama kucing tu cikut sebab dia ikut ktorang. tapi kucing tu tak hdup lama kot. kebanyakan kucing kitorang kat umah tu tak pernah pun hdup lama, ada exciden la, kena makan dengan bapak kucingla, hilang la. pastu kucing pun ada macam-macam perangai. ada yang suka mencuriklah, suka panjat bumbung, suka cakar-cakar. suka berak, suka kencing. macam -macam perangai ok. Itu masa keciklah aku suka kucing sebab mungkin aku tak de kawan masa kecik-kecik. pernah sampai mata aku berdarah kene cakar dengan kucing. ada ke kucing tu tengah gaduh aku g nak damaikan. aku ni baik hati, konon pendamai negara. eloklah la bila aku dekat dia cakar aku mata aku. Terus arwah mak bawak g klinik. kesian mak, dahlah masa tu mak bawak g naik basikal je. mak kasi aku tuala kecik suh letak kat mata tu jangan kasi darah tu keluar. sedih aku tau....:(
Pernah jugak dulu, kat sekolah ada anak kucing baru lahir. tapi mak dia entah hilang kat mana. aku dengan hana ni baik hati sangat. kitorang pun pergilah bawak balik kucing masuk dalam kotak. hana kata mak dia marah kalau bawak kcing dalam rumah. aku pun bawak la balik umah aku, pastu kakak aku mengamuk dia suh buang kucing tu. kakak aku memang garang dengan aku. dulu aku memang tak ngam dengan kakak aku. macam anjing dengan kucing. aku diam je, aku g umah hana bawak anak kucing tu adalah dalam 2 3 ekor jugak. tapi kecik lagi kucing tu. kitorang pun kayuh basikal. pastu pergi dekat hujung kampung. kat situ tak banyak umah. kitorang letak la dekat tepi jalan. huhuhu. sedih sangat time tu. pastu blah la pe lagi. tak taulah kucing tu hidup ke tak.....
Oklah...
setakat ini jelah, cerita aku. rasa nak muntah pulak buat entry panjang-panjang ni. penat memerah otak nak ingat balik. nanti ada masa sambung lagik....
bye....
No comments:
Post a Comment