Assalammualaikum
Entry kali ni aku nak cerita about hal kecantikan. Apa definisi kecantikan itu? Kecantikan itu sebenarnya adalah satu yang subjektif. Maksudnya ia bukan lah sesuatu yang boleh kita angap hanya satu perkara utama. Definasi kecantikan wanita bagi pendapat aku ia adalah kecantikan luar dan dalam. Kecantikan bukan sahaja dinilai dari paras rupa yang cantik sahaja tetapi dari keperibadian diri sesorang wanita itu. Justeri zaman kini, ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik tetapi mereka tidak sedar kecantikan luaran itu hanyalah sementara.
Hebat tak aku tafsirkan definisi kecantikan itu. Huhu. Akulah bukanlah pakar kecantikan. Tetapi hanyalah seorang wanita yang sukakan kecantikan selari dengan naluri seorang wanita itu sendiri. Mustahil ada orang yang tidak teringin menjadi cantik.
Seperti yang dikatakan tadi, kecantikan itu bukanlah hanya dari paras rupa tetapi kecantikan itu dinilai dari dalam diri itu sendiri. Kecantikan dan kesihatan tubuh badan amatlah penting agar kita boleh hidup lama di atas bumi ciptaan allah S.W.T.
Sebagai manusia kita perlu menjaga kecantikan dengan cara menjaga kesihatan iaitu menjaga pemakanan. Apa guna mempunyai muka yang lawa tetapi tidak menjaga pemakanan dan ia akan memudaratkan diri sendiri di masa akan datang. Selain pemakanan, kecantikan boleh ditafsirkan dengan sikap dan tingkah laku individu itu. Apa guna mempunyai paras muka yang cantik tetapi mempunyai akhlak dan keperibadian yang menjengkelkan..Ia amatlah merugikan.
Maka kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif dimana kita tidak boleh memilihnya seperti A B C dan D. Ia perlu dihuraikan dalam pelbagai definisi. Cantik itu biarlah cantik dipandang mata bukan sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi kecantikan itu bermula dari HATI YANG SUCI.
TAMAT......................................
Ini adalah iklan kecantikan ye....hehehehehe
Maybelline BB Crean Foundation
Sekarang aku tengah guna bendalah ni. I look ia memang sesuai untuk muka yang berminyak dan kulit asia macam aku nie. Try la sape yang berminat. Muka akan jadi smooth je...and dah x oily dah. Sebab muka kulit asia ni cepat berminyak memandangkan cuaca kita sekarang yang panas terik. So kata nak jadi cantik. Muka kenela jaga, kebersihan diutamakan. Ada orang muka dah cun dah tapi xreti menghias muka dengan sempurna. Jangan sampai orang tegur harap je muka cantik tapi ******(sambung la sendiri)....ish ape aku merepek la ni.....sory2x..
Inilah hasilnya....muka nampak ayu je...hahahaha....jangan perasan.....i tau i xcantik tapi i comel je.....hehehehehe..:)
hahahaha...abaikan muka mereka dibelakang...face hanya guna BB Cream foundation. xde touch-up lebih-lebih pun.
Muka without guna ape-ape.....nampak x ape tersembunyi..
P/S : Biar muka tak lawa tapi Hati itu cantik dan bersih. Jangan Muka Lawa tapi hati banyak Kotor...dan sebaliknya...tapi lebih cantik bila kecantikan dapat dinilai dari kedua-dua aspek kecantikan paras rupa dan budi bahasa.....
No comments:
Post a Comment