Wednesday, 2 November 2011

Menangis la Bila Perlu

Assalammualaikum

Aku kini adalah seorang remaja/wanita (tak tau yang mana dah) . Dulu aku seorang bayi perempuan, kemudian meningkat besar menjadi kanak-kanak perempuan, pelajar perempuan, pastu orang panggil anak dara. Dan kini pun still anak dara lagi sebab xkawin and bernikah lagi. Yang hakikatnya i am a WOMAN,GIRL dan seumpama dengannya...

Apa yang aku nak merepak kat sini is naluri seorang wanita....aku suka nangis. that's true coz hati aku ni mudah tersentuh..pantang nampak orang menangis sikit...aku pastu mesti bergenang air mata. Kalau tengok filem or drama sedih-sedih,nangis2 meraung bagai....lagi-lagi cerita tang orang-orang miskin yang kene maki hamun,kene hina bagai, pastu kena halau dari rumah. Pastu mak mertua pulak xsuka, laki pulak lepas tangan. Gaduh-gaduh. And then ada plak cerita yang anak-anak hilang kasih sayang orang tuanya.....argghhh memang aku xboleh nak tahan....stop it......



Menangis = perempuan bagi aku adalah perkara biasa. Tapi janganlah ciwek xtentu pasal. Kene tegur sikit pun nak nangis, cakap sikit pun nak nangis....itu memang nak kene penampar 80x je...Sebenarnya menangis ni pun ada tempatnya...xsemua benda kita perlu nangis....Menangis la Bila Perlu. Kalau aku nangis bila aku betul-betul marah dan tertekan. Aku lebih rela nangis dari aku pendam dalam hati lama-lama. Bila lepas aku nangis aku akan rasa tenang sikit dan after tu aku akan tidor. Gerenti esok aku akan rasa lebih lapang. Tapi esoknya mata mesti akan bengkak dan macam tak boleh nak bukak je. Bila kena cahaya je mesti pedih-pedih je.

Kenapa aku cerita pasal nangis ni?Sebab malam tadi aku baru lepas nangis. Nangis sebab ape? Entahlah,,banyak perkara yang xboleh nak dibendung lagi dah. Hanya air mata yang menemani masalah ni.


Kadang-kadang malas sangat nak fikir masalah, mana ada orang yang xde masalah dalam hidup ni. Tapi kita ni kadang-kadang boleh la handle perkara tu, tapi kadang-kadang kita tak mampu. Bukan senang nak puas hati sesorang. Even pasangan suami isteri pun pasti ada perkara yang pasangan itu sendiri tidak mampu lakukan. Cuma saling faham memahami dan percaya antara satu sama lain. Itu adalah paling penting.

Kadang-kadang perkara kecil pun akan menjadi isu. Tapi sebenarnya dari perkara kecil itulah patut kita jaga. Sebab masalah kecil ini bila dibiarkan pasti akan menjadi besar. Sebelum perkara besar jadi perkara kecil inilah perlu diambil tindakan dan diselesaikan.

Aku perlu jadi tabah. Kita memang ada keluarga, kawan-kawan. Tapi tak semua perkara kita boleh kongsi dan tak semua perkara mereka boleh faham. Keluarga adalah keutamaan aku walaupun kitorang jarang jumpa. Tapi tetapkan dalam diri aku mempunyai keluarga. Aku perlu utamakan keluarga. Jangan sesekali lupakan mereka. Walaupun mereka dah berkeluarga, mungkin keakraban sudah kurang memandangkan parents pun dah tak ada. Tapi set kan dalam diri, AKU MASIH ADA KELUARGA.

Kawan   ????? kawan memang ramai tapi kawan disaat untuk senang, bergembira, mintak teman pergi sana sini. Bila susah kita akan bersendirian. Bila dapat housemate yang xpernah nak alert dengan ape terjadi kat rumah. Everything tanggungjawab dan beban akan ditanggung oleh diri sendiri. Tapi pernah nak tanya kita ni dah makan ke belum? Sakit demam kita ? But bila dapat gaji d first is jom karok, jom wayang, g dating dulu tiap hari or tiap minggu . But duit sewa rumah dh nak masuk pertengahan bulan baru nak kasi. Itu tak pe, janji bayar kan. But it;s just want to know how alert u are. Hermmmm.....xelok mengeluh right..ikhlaskan hati nie. Maybe ada silap aku kat mana-mana in friends relationship. Kalau nak cerita pasal frends ni memang sampai esok pun xhabis. ..


Kalau cerita kecik ati, makan ati, memang  banyak smpai tak terkata. But sapa yang faham???Friends?Family?Lover? Boleh cerita tapi nak fahami betul-betul tu memang xboleh. Macam aku sendiri jugaklah. Aku xkan faham ape masalah orang lain.Sebab kita tak rasa melainkan kita sendiri melaluinya.

Ada orang faham ke macamana kehidupan aku? Dari aku kecik and smpai sekarang. No one yang faham and tau sebab mereka tidak melaluinya. Argghhhh susah nak cerita...Pendam jelah...

Untuk dia, Tolong la faham , saya bukan sempurna. Jangan letakkan diri ku ini terlalu sempurna. Saya punyai banyak kelemahan.Saya sentiasa mencuba perbaiki kelemahan saya. Saya akan buat terbaik. Saya akan cuba. Tapi jangan terlalu menekan saya. Siapalah diri saya ini. Kadang-kadang saya xmampu nak report semua perkara kat awak.


p/s : Sebaik-baik kesedihan itu adalah kerana Allah S;W;T..Mintak lah petunjuk dan hidayah dari-Nya. Insyallah. 



No comments:

Post a Comment