Assalammualaikum
Ada tak sesiapa yang susah sangat nak minum air putih ataupun air masak setiap hari. Setiap hari sekurang-kurangnya kita perlu minum 3 liter atau 8 gelas air. Macam aku, memang agak susah jugak nak minum air masak ni. Selagi tak haus, tak minumlah air.Tapi aku ada tips mungkin boleh digunakan macam mana nak memudahkan kita minum air masak dengan senang. Aku pun selalu praktikkan tiap hari supaya menjadi kebiasaan.
1. LETAK SEBOTOL AIR MINERAL DI TEPI KATIL
- Selalunya aku letak air mineral je kat tepi katil. Bila bangun pagi je, minum air mineral tu sebelum mandi atau gosok gigi. Tak perlu pergi ke dapur. Kalau tunggu pergi dapur mesti kita akan malas dan buat-buat lupa. Lagi-lagi kalau dapur nun jauh kene turun tangga.
2. MINUM AIR SELEPAS SOLAT
- Bagi umat islam, cuba kita biasakan minum segelas air selesainya selepas kita bersolat. Bayangkan kita solat 5 waktu sehari, so kita dah dapat 5 gelas sehari untuk minum air masak :)
3. GUNA CAWAN/GELAS YANG MENARIK
- Cuba beli satu cawan yang berwarna ataupun menarik. Contohnya bekas air yang berwarna biru. Bila anda masukkan air kosong di dalamnya, kelihatan seperti anda minum air yang manis dan tidak rasa seperti minum air kosong. kita guna phsycologi sikit..hehe
4. ORDER AIR MASAK DI KEDAI MINUM
- Walaupun kita dah order air manis, cuba tambah satu gelas air masak. Sekurang-kurangnya kita mesti akan minum sedikit air masak selepas makan dan minum air manis.
5. BAWA AIR KEMANA-MANA
- Macam aku biasa bawak air mineral je ke mana-mana. Dekat dalam kereta mesti ada air mineral. Kalau singgah petrol station mesti beli air mineral. Tempat kerja pun memang dah sedia air mineral atas meja. Dekat rumah pun mesti kene ada air masak dalam peti ais dan juga yang dalam jag.
So, itu jelah tips-tips yang aku share. Anda ada tips nak senang minum air putih/kosong/masak setiap hari boleh lah share :)
TQ for reading
Salam.
ReplyDeleteTips yang menarik. Minum air putih ni 3liter sehari memang nampak senang. Tapi nak konsisten tu yang susah sikit.
Saya ada apps dekat phone (water your body) untuk bagitau kita dah minum berapa liter setiap hari. Kalau tak cukup nanti alarm akan berbunyi. Haha
wsalam,
ReplyDeleteMacam bagus je guna apps tu. Hehe.nanti boleh lah try :)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Minum air yang cukup jika ambil vitamin
ReplyDelete