Assalammualaikum
Baru tadi tengok dekat youtube pasal Biography siti Nurhaliza masuk History channel . Nak nengok boleh la gi dekat link ni SITI NURHALIZA BIOGRAPHY HISTORY CHANNEL. Nak nengok videonya kat sini pun boleh.
Aku memang peminat siti nurhaliza. start dari bangku sekolah lagi dia dah femes emos ok. Aku suka sangat dekat dia sebab dia ni suara memang sedap, lunak, merdu, and aku rs tak de sape artis yang setanding and boleh kalahkan dia.
Bukan itu sahaja, Dato' siti is very humble person. Dia jenis tak suka berlagak, kalau jumpa peminat senyum. Walaupun aku tak pernah jumpa dia lagi, tapi aku masih tak pernah lagi la dengar dia ni menyombong dengan peminat. Tak macam artis sekarang ni tak femes mana pun tapi berlagak yang amat.
Background family dia pun ok, start dia menyanyi dia dijaga penuh oleh abang dia, ayie dan kakak ipar dia yang merangkap manager Dato' Siti. Aku suka family yang macam ni. Yang mengekalkan tatasusila orang-orang kampung. Adab sopan, hormat menghormati. Dari discovery bioghraphy Dato' Siti, mak ayah dia memang tak suka kalau anak-anak perempuan dia cerita pasal lelaki. Masa dia nak kawin dengan Dato' K, tu punyalah susah dia nak mintak restu dengan parents dia. Mesti banyak dugaan dan halangan Dato' Siti yang kita tak tahu kan. Susah senang perjalanan hidup yang ditempuhi. Yang aku solute lagi dengan Dato' Siti is dia tau when orang cakap dia budak kampung, but dia nak buktikan even though dia tak ada segulung ijazah dia nak buktikan yang dia boleh berjaya. And now , kita boleh tengok sendiri kejayaan yang dimiliki oleh Dato' Siti Nurhaliza dari bawah hinggalah atas.
Bab pemakaian pun aku solute, sebab Dato' Siti bukanlah jenis yang seksi meksi. Dia sentiasa menjaga adab sopan pemakaian, barulah nampak ciri-ciri orang melayu. Orang kata dia ni jelmaan puteri pahang. Entahlah, tak ingat nama puteri tu. Sebab dia miliki suara yang merdu dan rupa paras yang cantik. Itu orang katalah, bukan aku kata. Walaupun dia buat photoshoot yang diminta untuk berpakaian seksi, dia akan tapis awal-awal. Macam tulah baru ok. Dia memang pegang dengan prinsip hidup dia. Dato' siti ni memang mendengar kata-kata nasihat mak dia. Walaupun ada sahaja komen-komen negatif. Aku rasa dia ni memang miliki kekuatan yang luar biasa.
Walaupun aku ni peminat dia, tapi aku masih tak pernah lagi nak tengok konsert dia secara live. Teringin pulak rasanya. Hope lepas ni aku nak g lah kalau dia buat konsert lagi. Mesti best sangat-sangat kan.
Ini ada beberapa pic yang aku google sejak dia start berkecimpung menjadi artis hinggalah sekarang...
1996-2000
zaman muka ayu je- suka tengok
Dato' Siti bertudung litup
Tudung Siti Nurhaliza
Imej Dato' Siti Sekarang
Ok lah, ape pun untuk kakak siti, Dato' Siti, teruskan perjuangan mu sebagai anak seni, Moga happy- happy selalu. Kuat kan semangat menempuh dugaan yang mendatang. dan anda adalah seorang lagenda, idola kepada ramai orang diluar sana terutama saya. cepat-cepatlah dapat anak. mesti anak kak siti comel sangat...bila lah nak dapat jumpa kak siti ni ye.....mesti sweet sangat orangnya....
suka semua lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti.
Yang Ikhlas
azza d legend la sangat
dh tutup aurat skrg.mkin cntik.
ReplyDelete