Thursday 28 June 2012

buat sahabat

"Don't walk in front of me, i never follow you
Don't walk behind me, i never lead you
please walk beside me,  and be my friend"


Monday 25 June 2012

Dimana Kekuatan?

Ya Allah,

hanya engkau yang mengetahui setiap kejadian, hanya engkau yang memahami apa yang berlaku, dan hanya engkau yang menentukan segala-galanya....

setiap sujud sembahyangku, setiap doaku engkau kini telah dengarkan, tetapi bila ia terjadi kenapa aku pula tidak menerimanya...aku dalam kerunsingan, tidak faham dan mengerti apa yang engkau cuba sampaikan....berikankanlah aku kekuatan untuk menghadapinya....

maafkan aku, aku rela korbankan kebahagiaan demi melihat orang lain bahagia......andai diri ini mampu, kuatkanlah semangatku selalu...andai tidak, hanya engkau yang layak menentukan segalanya...

kadang-kadang, tidak mampu untuk berdiri lagi, kadang-kadang, sudah tidak mampu menahan hati, setiap saat dan setiap detik yang berlalu, rasa sangat pahit, tapi itu pasti akan berakhir satu hari nanti....yang penting ikhlaskan hati....ini jalan yang aku pilih. 

Mungkin kamu yang mengutuskan dirinya untuk aku, mungkin ada kebaikan di sebalik penderitaan yang sendiri tanggung kerana tidak ikhlas dalam perhubungan...

Ya Allah,
berikanlah kekuatan demi pengorbanan...mungkin ini takdir yang menentukan segalanya

Friday 22 June 2012

Ikan Bilis Gesek

Assalammualaikum


wahhh....update pasal makan lagi, makan malam tadi buat resepi follow resepi kak fila..aku adalah peminat silent reader blog kak fila yang cantik tu. petang semalam bila dia update blog pasal resepi ikan bilis gesek ni, terus balik rumah aku try. So, thanks la ye untuk k.fila yang cantik lagi tertarik tu..boleh lah baca dia punya blog kasehaleeya.blogspot.com..setiap entry dia memang best, kehidupan dia bersama family, lagi-lagi pasal teletah anak dia yang comel kasih aleeya dan kasih amani..anak dia cute sangat..

so, inilah resepi sejibik macam k.fila buat...memang best kalau makan dengan sup ayam..sama macam k.filla, tambah 2 pinggan bila makan....kalau malas nak masak yang remeh-remeh ni buat je lauk cenggini....jimat masa, makan pun sodap....

lebih pedas lagi mengancam

sup ayam yang tak ada daun sup sebab tak beli..apa-apa pun bila lapar sedap aja...

alhamdulillah, mudah-mudahan bab memasak ni menjadi senang bagi setiap semua wanita, sebab sepandai-pandai, secantik-cantik wanita tu,setinggi darjat mana pun, kalau wanita tu pandai masak dan rajin adalah sangat berguna dan lebih dipandang tinggi...untuk diri sendiri, aku akan sentiasa terus belajar dan belajar, banyak tempat dan kemudahan yang boleh kita gunakan...' Hendak seribu daya, taknak seribu dalih '

Ayam Penyek

assalammualaikum

Mood nak cerita pasal makanan lagi. Sapa pernah makan ayam penyek? aku pun baru setahun dua ni makan, dulu tak pernah pun tau pasal ayam penyek ni...member la yang memperkenalkan makanan ni. Ayam penyek ni adalah makanan orang indonesia sana.....dia simple je menunya, ada nasi putih, ada ulam-ulam, ada tempe,sambal terung dan yang paling penting adalah sambal dia mesti kene sedap dan pedas...aku ni tekak memang tekak melayu kan so, memang pedas adalah kegemaran aku....kalau makan tak rasa pedas memang tak nikmat lah makan.



gambar first tu lah ayam penyek, gambar second pulak adalah pecal lele...aku akan selalu try salah satu kalau makan...dua-dua memang favourite aku, tekak jawalah katakan, tapi aku bukan orang jawa ye, aku orang banjar....menjadi favourite port nasi ayam penyek kt bangi ni adalah dekat Wong Solo, Bandar Baru Bangi..situ sambal dia memang boleh buat aku mengigau malam....

orang yang tak pernah cuba ayam penyek ni boleh la try ye....tapi mula-mula dengar menu ni mesti terfikir kenapa di panggil ayam penyek.....adakah ayam tu penyek??aku tengok taklah penyek pun..huhu...biasa je.....tapi kan, janganlah pulak mana-mana gerai yang buat menu ayam penyek cara gini...boleh terkejut orang yang melihatnya...hehehe


  
klik untuk besar. Sumber dari email Yahoo.com

Kalau cam tulah caranya, amacam ada berani tak nak makan?? hehehe..eh, ayam penyek ke ayam penyet??



Wednesday 20 June 2012

Mari Belajar Memasak - Tomyam & Agar-agar Sirap

assalammualaikum

Aku ni memang tak reti masak, kalau bab masak-masak ni memang aku fail la sangat2...bukan sahaja tak reti nak masak, dah lah xreti, malas pulak tu.kuang kuang kuang....tapi aku akan cuba untuk menjadi wanita yang berguna, bak kata orang, tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti memasak....buat malu je wei....nanti dah kawin, ko kene masak kasi laki makan jugak, jangan nak mengharap bibik-bibik, tukang masak dekat kedai makan yang menggemukkan perut laki ko tu, tapi gunakanlah hasil tangan dari diri sendiri, baru lah berkat..

aku dah pandai dah masak tomyam....hehehe..dengan bangganya, nak share tomyam yang aku buat sendiri....sebenarnya masak tomyam adalah masak paling senang bagi aku, goreng telur pun aku kadang-kadang fail tau...hehehe.....meh i ajar macam ne nak masak ini tomyam yg simple ( bajet mcam bagus sangat je masak kan ) 

bahan-bahan

ayam / udang / sotong
daun limau purut
serai
Bawang Besar ( potong bulat)
cili burung ( ikutlah banyak mana nak pedas )
sayur seperti lobak, kobis dan tomato
kiub tomyam maggi
sos cili
sos tiram 
garam / perencah

cara-caranya 

-masukkan air dalam periuk, masukkan kiub tomyam dan serai yang diketuk
-masukkan udang/sotong/ ayam terlebih dahulu
-setelah agak-agak bahan tersebut mendidih dan masak, masukan bawang besar dan cili burung
-kemudian masukkanlah perencah
-masukkan pula sayur kobis, lobak dan daun limau purut, tomato jangan masuk dulu sebab nanti dia lembik
-nak kasi kuih tomyam tu pekat, bolehlah masukkan sos cili dan sos tiram
-last sekali sebelum tutup api baru taruk tomato dipotong dadu
-bolehlah hidang dan makan dengan nasi panas dan telur dadar
 memang meletop.........



pastu entah kenapa rajin pulak malam tadi buat agar-agar sirap kalau orang kampung panggil lengkong, selalu buat kalau time kenduri kendara kat kampung...lengkong ni sedap dimakan kalau sejuk-sejuk, rasa nyaman je tokak ni....caranya pun simple sangat sesimple menyebut ABC...hehehehe....

Terus ke cara nak buatnya ( tak payah tunjukkan bahannya la ye )

- rebus agar-agar dalam periuk
- air tu kasilah dalam 3 cawan ke, kasi tenggelam la agar-agar tu
- bubuh daun pandan kasi wangi sikit 
- kacaulah sampai lah mendidih dan agar-agar dah cair
-pastu buh la gula banyak mana pun, manis lagi sedap, tapi kalau kene kencing manis nasib kau lah
-taruk la sirap ros tu 
-kacaulah sampai dah sebati
- tutup api dan sejukkan dulu
-agak sejuk sikit tuang dalam bekas dan masukkan dalam peti ais
-dah sejuk and dah keras bolehlah menjamu selera sebagai pencuci mulut

warna merah kurang pekat, so kasi merah lagi baru best...


so, senang kan...asik buat benda yang senang, so, pasni nak belajar yang susah pulak...nanti nak try buat puding la pulak.....amacam ada bran tak ????


 

Monday 18 June 2012

wedding n lepaking

assalammualaikum

hari ini hari Isnin, isnin means monday blues....still tak de mood nak buat kerja....memang ngah xde mood, tapi kene cheer up kan diri sendiri jugak....semalam pergi wedding kawan masa study kat Poli dulu. memang meriah sangat dia punya wedding. Husband dia orang tentera...beruntunglah badan dapat kawin dengan orang yang berpangkat.....semoga efa dan husband sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.....amin. dalam hati sangatlah jeolous dengan kebahagian masing-masing..mudahan2 aku akan memperolehi kebahagian seperti tu jugak...semalam aku pergi dengan 2 ladies iaitu eja dan zana lah sapa lagi. kitorang ni lah still close lagi sampai sekarang..alhamdulillah...hopefully akan kekal sampai ke anak cucu....walaupun masing-masing dah berkahwin nanti...tapi xtaulah kan, bila masing-masing dah berumah tangga nanti, mungkin susah sikitlah sebab dah ada komitmen dengan keluarga masing-masing..

sama cantik n sama padan

punyalah lama kitorang tunggu nak tangkap gambar dengan pengantin. pukul 4.00 petang baru berjaya...siap pengantin lambai lambai lagi..hehehe..


member yang paling excited nak kawin jugak

masing-masing ngah berangan la tewww...kikiki

zana dipukul ombak.hehehe



bolehlah ambik tempahan kat diorang ni....bagi aku memang ok lah, dari segi pelaminnya, susun atur segalanya n yang penting makanannya pun sedapp......



Pas je balik kenduri, nak berjalan pulak, pergi Berjaya Times Square.....kerana zana ada n dia duduk area KL kan, so tumpang dia je....memang kagum dengan orang KL ni, celah-celah jalan semua tau, entah jalan mana yang zana bawak pun aku dah tak boleh nak ingat dah.....kene kasi orang-orang yang PRO saja drive ok....aku stakat Bangi, Putrajaya n balik ke Sg.Besar jelah yang aku Pro tahap cipan sikitlah....kui kui kui....



kitorang tengok wayang....cerita Piranha 3DD...memang tak boleh blah la cerita tu....seram tengok gigi ikan piranha tu.....lagi seram tengok awek-awek mat salleh yang seksi.....dah lah kitorang amik seat yang agak depanlah, sebab seat yang best-best semua dah full ok...hambek kau, mendongak lah tengok wayang...tapi yang xpuas hati and menjadi tanda tanya kepada kitorang bertiga, adakah kitorang tengok cerita tu sampai abis, sebab macam ending tak habis lagi je.....dalam after one hour...cerita tu macam dah ending...ikan piranha tu boleh berjalan pulak....lepas semua orang dalam pool dah kene gigit, lepas hero n heroin berpeluk-pelukan....credit pun dah keluar, orang dalam panggung pun masing-masing banyak dah blah....zana pun dah berdiri nak keluar, aku pun membontot dia keluar sebab fikir cerita tu dah habis...bila dekat luar, eja macam tak puas hati, dia kata kenapa dia rasa cerita tu macam tak habis lagi....sepatutnya lambat lagi habis.....ok fine....kitorang pun tersedar, g pun, staff panggung wayang tu sepatutnya kalau movie nak habis dia akan bukak pintu n lampu kan, ni tak....tak de sapa pun yang bukak lampu n pintu....so, rasa cerita tu memang tak habis lagi......pas ni kene beli cd, tengok sampai habis.....


sebelum tengok wayang, gedik-gedik tangkap gambar dulu....







after tengok wayang, kitorang solat asar n magrib.....sempat lagi kot pakai telekung tangkap gambar...selamat ada yang tak tercucuk dengan jarum peniti dekat bontot...hehehe....





after solat, makan and pastu balik la ke rumah masing-masing.....happy bersama kawan-kawan.....alhamdulilah, diri ini masih ada lagi yang disayangi.....n hidup ini masih lagi ada kegembiraan.....gunakanlah dengan sebaik nya....insyallah....



Wednesday 13 June 2012

Rutin Harian

Assalammualaikum

apa kabar? hai ? sihat ke? dh makan belum ? dah mandi belum ? dah semayang belom ? ahh...tetiba banyak pulak soalan aku ni. sebelum ni tak de pulak tanya cam ni.....sebenarnya tengah kebosanan melanda diri..duduk opis macam dunia aku yang punya...semua orang hilang entah kemana..bizi gamaknya....tak pe tak pe....perkara biasa tu..

disebabkan aku tengah boring sekarang ni...dan mamandangkan my life every day pun melalui rutin-rutin yang sama and agak bored....because aku bukanlah jenis yang hidup bersosial...aku tak ngeti ok...that's why aku tak ramai members....aku lebih suka sorang-sorang with my life but bukanlah aku langsung tak reti nak bersosial...not at all.....sosial aku bukanlah sosial orang lain, yang siang malam asik nak bersosial....aku just sosial pada pandangan aku bila betul-betul bersosial...because in our life memang sosial is very important. Tapi aku tak kan membuang masa dengan hanya sentiasa bersosial tak kiralah dalam sosial life or sosial network....sedikit-sedikit boleh....aku akan kuar jugak, berjalan-jalan bersama kawan-kawan,tengok wayang, karaoke,jalan-jalan cari makan, menjenguk my family dekat kampung, menghadiri kenduri kendara,bershopping kalau ada duit, tak de duit just window shopping, melepak kt tepi tasik, tepi pantai dan bla bla bla bla....tapi semua yang aku buat tu ada batasnya...

contoh kalau aku keluar, aku tak kan balik lambat, paling lambat pun kol 12 malam la...tapi mesti ada yang meneman, kalau aku keluar sorang-sorang, aku akan pastikan cuba balik sebelum magrib....biasalah bila dah malam-malam ni macam-macam boleh jadi...lagi-lagi kalau sorang-sorang it's very dangerous....dan aku ni jenis memang suka giler terperap dekat rumah. Kalau weekend pun if aku tak tau nak buat apa, dari aku keluar sorang-sorang better aku duduk rumah nonton tv, kan jimat kos minyak kereta, kos nak makan, masak jelah kat umah...kalau kat rumah tu, aku buatlah papa pun, nak tergolek, nak menari, nak menyanyi tak de orang yang kisah pun, tapi aku akan rasa selamat...selamat dan selamat....tapi kalau aku keluar, i must thingking ahhhh bila nampak orang tu, mesti beware....jaga handbag, jaga diri...takut lah kene ragut ke ape ke kan....nauzubillah.....zaman sekarang tersangatlah dangerous......

ouhhh....aku tengah nak pra audit diri aku...muahahaha....sebab office aku baru lepas audit...aku nak senaraikan apa yang aku buat sepanjang hari........macam sama je setiap hari.......memang membosankan, cubalah tiap hari ada perkara yang berbeza, cubalah jadual harian aku konon hari ni pergi melawat Disneyland, esoknya Pergi Paris, pergi Korea jumpa actor Running Man dan bla bla bla....argg...ko tak yah berangan la suhaiza, ko ingat ko Perdana Menteri ke, PM pun tiap minggu g oversea tapi dia pergi kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin, nak membantu rakyat, nak membantu negara, tapi ko nak pergi ke sana ke sini, untuk apa ? menghabiskan duit ke? PTPTN pun ko tak bayar lagi..muahaha..ambik sejibik untuk diri sendiri...

dimulakan dengan celik je mata di pagi hari....paling awal bangun pukul 6.30 pagi...kalau tak cuti semayang la subuh, tapi kadang-kadang ter'miss jugaklah...ya allah ko ampunkanlah dosa hambamu ini, kuatlah semangatnya untuk berubah..selalu sebelum tidor tepuk bantal and cakaplah esok nak bangun awal, ye...mmg aku sedar selalu tapi bila dah celik mata terus aku tutup mata balik....syaitannirrojim betullah...giler kuat betul penangan si setan ni....pastu siap-siaplah g korje....dah ada kereta sendiri ni, tak lah nyusahkan orang, n xlah nyusahkan diri sendiri jugak....nak tunggu bagai, nak terlambat ke ape ke, itu diri sendiri semua hal...dulu mula-mula first ( tak sama ke mula mula dengan first?) g kerja tumpang makcik jiran sebelah, sebab time tu tak de transport nak g kerja...dalam 2 3 bulan jugaklah aku numpang cik mala tu, baik orangnya....tapi yang tak syoknya, yelah, kita ni numpang orang kenelah ikut cara orang tu, aku sepatutnya masuk pukul 8.00 pagi, tapi cik mala masuk 8.30 pagi...takpelah, aku gtau my boss and dia faham alhamdulillah...pastu member aku pun tumpang jugak..dia ni pulak stok yang bersiap lama gilers...aku pun tak taulah nak cakap cam ner...hehehe...kalau bangun awal siap boleh la siap awal kan, tapi aku yg bangun lambat dari dia pun boleh siap lebih cepat...ape cita ni...cian cik mala kadang-kadang tunggu lambat sikit lah....sebab aku suh kawan aku siap cepat-cepat, kadang tak sempat nak lilit tudung, lilitla ko dalam kereta.huhuhu....

baru bangun pagi aku intro aku dah panjang berjeler...ape celop tok...haha..bangsa cepat terpengaruh aku ni, pastu sampai la opis ku yang disayangi....buatlah kerja apa yang patut, bukak pc, tengok muka buku, bosan, bukak blog, bosan, pastu sambung balik kerja, minit surat, jawab panggilan telefon, buat panggilan telefon, kene bebel dengan bos ( ehh tak boss saya sangatlah baik), rekod surat, buat failing, pergi brekfast selama sejam lebih...masuk opis, ulang benda yang sama....tengahari kalau ada member pergi makan nasi campur ataupun ayam penyek, tak pun tapau je, tak pun tidor dalam surau yang sangatlah small....

petang, setiap hari Isnin, Selasa and hari Jumaat ada aktiviti senamseni dan senamerobik, kekadang je aku follow kalau rajin, yang banyaknya malas...alasan tak bawak baju, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih, apa salahnye aku bawak baju siap-siap taruk dalam kereta bukannya susah sangat, padahal aku dah sediakan pun kat rumah, dah masuk pun baju n seluar dalam beg sukan tu, tapi entahlah kenapa aku ni bengong bila nak g kerja tu pandang je, sebab terdetik dalam hati ni macam malaslah nak bersukan....susah betul la kalau jiwa ni tak de hati nak bersukan, padahal kerja dekat stadium kot.....tapi kadang-kadang aku balik lambat dalam pukul 5.30 petang tu erobik dah start, bila start je pasang lagu erobik, barulah rasa macam alahai ruginya tak ikut join sekali.....bulan 7 ada sukan staff IPT....barulah rasanya kene bersukan kot...aku masuk boling padang lagi...padanlah muka aku....muahaha...hitam la balik, dah lah nak puasa...kene pastikan raya nanti muka aku putih balik....

petang, balik kerja, rasa-rasa nak g pasar, pergi pasar, rasa-rasa nak g kedai beli barang, beli barang, dan bla bla bla....

sampai je rumah, tak bukak kasut, tak bukan tudung, tak salin baju, perkara pertama yang aku bukak adalah tv ok....bila aku bukak tv aku akan rasa aku duduk dalam rumah tu bersama 10 orang penghuni..meriah kan keadaan, sebab aku takut keadaan yang sunyik sunyik ni....kalau aku sorang-sorang kat rumah pun, aku g mandi ke, aku g semayang kat bilik ke, aku  bukak je tv, lantaklah bil elektrik melambong...

pastu aku nak masak ke, itu aku punya pasal...aku nak makan pun aku punya pasal, sebab biasalah hidup membujang kan, perut ni lapar pun kalau malas lantak lah situ..tapi ko kene ingat kalau dah ada anak, dah ada laki, jangan ingat perut ko je, perut laki ko, perut anak ko, kalau lapar ko kene bangun n masak......kadang-kdang aku makan sorang-sorang kan, aku terfikir kan best kalau aku ada anak nak teman makan, boleh suapkan anak aku makan, pastu bebel-bebel kat anak aku kalau makan bersepah....huwa...berangan la pulak kan....

pastu, dah makan ke, dah semayang, dah gosok baju, terbongkang depan tv....tengoklah cerita apa yang ada, malam tadi layan bola..malaysia 2 0 lawan singapura....padan muka ko singapura...muwahaha..kenapalah entri aku hari ni ayat jahat-jahat n tak boleh blah......

pastu dalam kol 10.30 sampai kol 11 malam tu mata dah pejam celik pejam celik, itu tandanya masa untuk melabuhkan tirai....kalau aku tengah bermesej-mesej tu, kalau aku kata dah ngantok ni, jomlah tido....tapi tak faham jugak...dok gatal-gatal lagi tanya planning esoklah, nak cerita itu inilah...mmg say goodbye la dear...jawabnya esok jelah aku balas mesej...hehehe....


pastu zzzzzzzz........sampai esok pagi, mimpi anganku tak sudah ( bukan pelamin anganku tak sudah)- teringat pulak kat BFF- eja, jom karok..muwahaha....and esok, rutin harian, ulanglah benda yang sama....kecuali hari sabtu, ahad n cuti umum tu agak berbeda sikit ye....waktu bangun pagi tu agak dilewatkan sedikit.................hehehe.............


wahh....penatnya taip...oklah nak tido...eeeh..tipu je...mn leh tido dalam opis....babai......


Monday 11 June 2012

instagram# 1 random picture

Happy EveryDay- kerja-work-kerja-work = Hard




Anak Buah Maksu - moga sentiasa happy selalu

Kawan-kawan seperjuangan

Senyuman sentiasa ada walau dimana

Ketenangan Jiwa

Walaupun ia berguguran sentiasa mewarnai kehidupan

Saling bersama berdua

pengetahuan dunia dan akhirat



Keindahan alam

cinta dan sayang

Perjalanan Kehidupan

Kesederhanaan

Thursday 7 June 2012

Cinta V-log

Assalammualaikum

Malam tadi layan cerita kat TV9 jam 8.30pm, tajuk dia Cinta V-log. Sapa ada tengok cerita tu? Best jugak ceritanya. First time tengok si Alif Aziz sayang-sayang tu berlakon. Pastu ada si Wawa zainal yang cantik giler, ada lesung pipit, muka gebus giler la, memang cun habis lah...cerita tu mengisahkan yang diorang ni buat Vlog, si Alif Aziz tu kononya buat Vlog semata-mata untuk mengejar keglemouran la...pastu bila Aliff Aziz tu tengok video si wawa zainal tu, boleh dia kutuk-kutuk video orang tu, kecik ati la si Wawa yang comel tu..eh dalam cerita tu nama dia Madihah, si Aliff Aziz tu nama dia aku tak ingat..aku ni suka makan kepala ikan bilis banyak sangat...sebab tu cepat lupa kot...si Anne Ngasri pun ada, dia jadi kepochi dalam cerita tu, boleh tahan mulut dia tu, eehh dengar kata dia digosipkan dengan Aliff Aziz kan...apa-apa jelah....popular la lepas ni si Aliff Aziz dengan lakonannya sama macam si Aiman Mentor. Dah la dua-dua hensem kot..


Kalau cerita pasal Vlog ni, antara Vlogger yang famous yang aku tau tak banyak. Aku just tau si Mat Lutfi, IniAnuarHadi dan Maria Elena....kalau tengok video Mat Lutfi memang giler klakar, tapi walaupun kelakar-kelakar dia mempunyai motif dan setiap video dia hasilkan sangat memberi pengajaran... dan si Maria Elena tu pulak, aku memang penggemar setia dengan setiap Blog dan Vlog dia...dia sangatlah cantik, pandai, fashionista, dia speaking english sangatlah bagus ok, malu kalau nak berhadapan dengan dia tau...


Tak pasal-tak pasal, malam tadi perasan pulak rupanya si Maria Elena tu berlakon dalam cerita Cinta Vlog, berlakon dengan si Alif Aziz lagi. kikiki...apa lagi cepat-cepat aku tangkap gambar kat tv sebab keluar gambar si Maria tu...pasni bolehlah kak Maria ambik job berlakon pulak, mesti popular kak...huhuhu...


dan disini aku edit conversation antara Maria Elena dengan Aliff Aziz dalam cerita tu....












hehe...camtulah ceritanya... jangan marah ye kak maria...sayang u...i like ur style....assalammualaikum..tak jawab dosa, jawab sayang....peace yo...