Wednesday 20 June 2012

Mari Belajar Memasak - Tomyam & Agar-agar Sirap

assalammualaikum

Aku ni memang tak reti masak, kalau bab masak-masak ni memang aku fail la sangat2...bukan sahaja tak reti nak masak, dah lah xreti, malas pulak tu.kuang kuang kuang....tapi aku akan cuba untuk menjadi wanita yang berguna, bak kata orang, tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti memasak....buat malu je wei....nanti dah kawin, ko kene masak kasi laki makan jugak, jangan nak mengharap bibik-bibik, tukang masak dekat kedai makan yang menggemukkan perut laki ko tu, tapi gunakanlah hasil tangan dari diri sendiri, baru lah berkat..

aku dah pandai dah masak tomyam....hehehe..dengan bangganya, nak share tomyam yang aku buat sendiri....sebenarnya masak tomyam adalah masak paling senang bagi aku, goreng telur pun aku kadang-kadang fail tau...hehehe.....meh i ajar macam ne nak masak ini tomyam yg simple ( bajet mcam bagus sangat je masak kan ) 

bahan-bahan

ayam / udang / sotong
daun limau purut
serai
Bawang Besar ( potong bulat)
cili burung ( ikutlah banyak mana nak pedas )
sayur seperti lobak, kobis dan tomato
kiub tomyam maggi
sos cili
sos tiram 
garam / perencah

cara-caranya 

-masukkan air dalam periuk, masukkan kiub tomyam dan serai yang diketuk
-masukkan udang/sotong/ ayam terlebih dahulu
-setelah agak-agak bahan tersebut mendidih dan masak, masukan bawang besar dan cili burung
-kemudian masukkanlah perencah
-masukkan pula sayur kobis, lobak dan daun limau purut, tomato jangan masuk dulu sebab nanti dia lembik
-nak kasi kuih tomyam tu pekat, bolehlah masukkan sos cili dan sos tiram
-last sekali sebelum tutup api baru taruk tomato dipotong dadu
-bolehlah hidang dan makan dengan nasi panas dan telur dadar
 memang meletop.........



pastu entah kenapa rajin pulak malam tadi buat agar-agar sirap kalau orang kampung panggil lengkong, selalu buat kalau time kenduri kendara kat kampung...lengkong ni sedap dimakan kalau sejuk-sejuk, rasa nyaman je tokak ni....caranya pun simple sangat sesimple menyebut ABC...hehehehe....

Terus ke cara nak buatnya ( tak payah tunjukkan bahannya la ye )

- rebus agar-agar dalam periuk
- air tu kasilah dalam 3 cawan ke, kasi tenggelam la agar-agar tu
- bubuh daun pandan kasi wangi sikit 
- kacaulah sampai lah mendidih dan agar-agar dah cair
-pastu buh la gula banyak mana pun, manis lagi sedap, tapi kalau kene kencing manis nasib kau lah
-taruk la sirap ros tu 
-kacaulah sampai dah sebati
- tutup api dan sejukkan dulu
-agak sejuk sikit tuang dalam bekas dan masukkan dalam peti ais
-dah sejuk and dah keras bolehlah menjamu selera sebagai pencuci mulut

warna merah kurang pekat, so kasi merah lagi baru best...


so, senang kan...asik buat benda yang senang, so, pasni nak belajar yang susah pulak...nanti nak try buat puding la pulak.....amacam ada bran tak ????


 

No comments:

Post a Comment