Wednesday 16 April 2014

Doa Mencari Barang Hilang

Assalammualaikum


Pernah tak korang kehilangan barang, cari tak jumpa dan tak ingat barang letak dekat mana? Mesti pernah kan. Baru semalam, nak pergi kerja kunci kereta saya hilang. Sebenarnya bukanlah hilang, tak ingat taruk dekat mana. Sebab memang selalu kunci tu ada je atas meja sebelah katil dengan kunci rumah. Dahlah nak cepat sebab dah lambat kan nak pergi kerja. Cari-cari jugak tak jumpa tapi hati ni kuat mengatakan ada dalam rumah ni cuma tak tahu dekat mana. 

Terfikir pulak entah-entah semalam balik kerja, kunci kereta tak cabut. Pergi turun bawah tengok dekat kereta tak ada, kereta alhamdulillah berkunci. Dah tak boleh nak tunggu dah ni, selamat ada kunci spare. Gunalah dulu kunci spare dan pergi pejabat. Sampai je pejabat, terus google doa ketika mencari barang hilang. Sebab tak hafal doanya tu yg google tu :( 

Ini doa nya 


Bacalah berulang-ulang kali. InsyaAllah barang anda boleh jumpa ataupun anda boleh ingat dekat mana barang tu hilang. Lepas saya baca doa tu, barulah teringat, yang semalam lepas balik kerja ada beli beras. So, masa angkat barang tulah terfikir mungkin kunci tu termasuk dalam plastik beras tu. Yelah, rumah saya pangsapuri. Kalau beli barang macam tulah, dengan nak bawak plastik barangnya, bawak beg tangan, kunci rumah nak kene standby pegang. Itu yang termasuk dalam beg plastik tu. Tengahari time lunch balik rumah, terus pergi dekat beg plastik beras tu..memang betul ada dekat situ. Alhamdulillah.

Sebenarnya selalu jugak amalkan doa ni dan alhamdulillah setakat ni berkesan jugak. Yelah, saya ni kadang-kadang cepat pelupa..hehehe... dari kita teropong-teropong, baik baca ayat al-quran ye dak.... :) 


Thursday 3 April 2014

Tips Nak Minum Air Putih Setiap Hari


Assalammualaikum

Ada tak sesiapa yang susah sangat nak minum air putih ataupun air masak setiap hari. Setiap hari sekurang-kurangnya kita perlu minum 3 liter atau 8 gelas air. Macam aku, memang agak susah jugak nak minum air masak ni. Selagi tak haus, tak minumlah air.Tapi aku ada tips mungkin boleh digunakan macam mana nak memudahkan kita minum air masak dengan senang. Aku pun selalu praktikkan tiap hari supaya menjadi kebiasaan. 



1. LETAK SEBOTOL AIR MINERAL DI TEPI KATIL 

- Selalunya aku letak air mineral je kat tepi katil. Bila bangun pagi je, minum air mineral tu sebelum mandi atau gosok gigi. Tak perlu pergi ke dapur. Kalau tunggu pergi dapur mesti kita akan malas dan buat-buat lupa. Lagi-lagi kalau dapur nun jauh kene turun tangga. 

2. MINUM AIR SELEPAS SOLAT 

- Bagi umat islam, cuba kita biasakan minum segelas air selesainya selepas kita bersolat. Bayangkan kita solat 5 waktu sehari, so kita dah dapat 5 gelas sehari untuk minum air masak :) 

3. GUNA CAWAN/GELAS YANG MENARIK 

- Cuba beli satu cawan yang berwarna ataupun menarik. Contohnya bekas air yang berwarna biru. Bila anda masukkan air kosong di dalamnya, kelihatan seperti anda minum air yang manis dan tidak rasa seperti minum air kosong. kita guna phsycologi sikit..hehe

4. ORDER AIR MASAK DI KEDAI MINUM

- Walaupun kita dah order air manis, cuba tambah satu gelas air masak. Sekurang-kurangnya kita mesti akan minum sedikit air masak selepas makan dan minum air manis. 

5. BAWA AIR KEMANA-MANA

- Macam aku biasa bawak air mineral je ke mana-mana. Dekat dalam kereta mesti ada air mineral. Kalau singgah petrol station mesti beli air mineral. Tempat kerja pun memang dah sedia air mineral atas meja. Dekat rumah pun mesti kene ada air masak dalam peti ais dan juga yang dalam jag. 


So, itu jelah tips-tips yang aku share. Anda ada tips nak senang minum air putih/kosong/masak setiap hari boleh lah share :)


TQ for reading 

Kisah Kena Demam Chicken Pox


Pagi tadi, dapat slip sijil sakit dari sorang staff office aku. Almaklumlah, aku sekarang dah jadi kerani cuti. Kene masukkan cuti-cuti staff. Alkisahnya, office mate aku tu kene cuti sebab dia kene demam campak ataupun chicken pox. Teringat aku masa kene chicken pox masa dulu..hehehe



 Cerita aku sadis sikit. bila teringat tu rasa macam sedih je..haha....orang kata chicken pox ni mesti akan kene semua orang sekali mungkin dalam seumur hidup. Ada yang kene selalunya masa kecik-kecik. Untung kalau kene masa kecik sebab kesan chicken pox tu cepat hilang. Aku kene masa umur 22 tahun. Memang dari kecik tak pernah kene lagi demam chicken pox ni. Aku kene masa tu mungkin sebab aku masa tu kerja taska, jaga budak-budak. and then ada budak-budak yang kene demam tu. So, agaknya berjangkitlah. Yang bestnya aku kene masa dah last kerja kat taska pulak tu. Memang sebelum-sebelum tu badan tak berapa sedap dan demam. Dah hari last aku berenti kerja tu sebab dah dapat kerja government. Kene lapor diri. 

Malam sebelum last day tu, memang tak perasan lagi badan tu kuar bintik-bintik merah. aku pun sedap je menggaru..esoknya tengok dekat perut, kaki, tangan banyak dah merah. Tanya housemate masa tu, tunjuk dekat dia, dia kata memang sah kene chicken pox ni...huhu...first time tu rasa macam seramm je sebab kuar dah bintik-bintik merah tu...

pagi tu memang dah tak kerja taska tu dah. Kemas-kemas barang sebab nak pindah and nak lapor diri ke UKM. Lepas dah kemas, terus pergi ke klinik dulu. Dr. kasi MC seminggu suruh rehat dekat rumah. Lepastu, pergi lapor diri kt UKM tapi mintak tangguh sebab kene chicken pox kan. mana boleh bekerja, nanti habis semua orang berjanggit..sedih....lepas dah elok demam baru lapor diri balik 

Lepastu balik lah kampung, sebab dah tak ada tempat nak pergi. Rumah sewa yang aku duduk tu untuk pekerja taska je. Sebab dah tak kerja taska, so kenelah keluar kan. Decide, balik kampung jelah. Sekali dah sampai kampung, my sister marah...huhu..dia tanya kenapa balik demam campak ni..sebab dia takut anak-anak dia berjangkit...sedih kot masa tu, aku dah tak tahu nak pergi mana..macam kene halau dari rumah dengan tengah bawak beg besar masa tu...menangis teresak-esak dekat tangga....kakak aku suruh pergi lah mana-mana rumah. Susah dia nak jaga sebab anak-anak dia masa tu kecik-kecik lagi.....

Masa tu sedih sangat, tak tahu nak pergi mana...tapi kakak aku marah kejap je, pastu dia dah kasi aku masuk rumah dah. tapi kene berkurung lah tak boleh dekat dengan anak buah aku.. kasi makan pun letak jauh-jauh, kene asing-asingkan pinggan mangkuk semua...hahaha...kejam rasanya...macam tu lah rasanya agaknye kalau orang yang kene penyakit aids ke, penyakit kusta ke kan...huhu....

Kakak aku kasilah minum air kelapa biar cepat elok. Berpantang tak boleh makan yang gatal-gatal. Memang rimas kalau pakai baju sebab keluar biji-biji tu kan. Masa yang seksa adalah masa time nak elok sebenarnya. Sebab masa tu bila dah kering tu memang kene jaga elok-elok..dan sebenarnya time nak pulih chicken pox tu kalau kita dekat dengan orang senang nak berjangkit. Baju, selimat atau tempat tidur kene basuh bersih-bersih dan tak bercampur dengan yang lain. 

Dan rasanya dalam 2 minggu jugak lah sembuh betul-betul demam chicken pox tu..hehe..dan lepastu kembalilah aku melaporkan diri di UKM. 

Macam mana pulak cerita u all kene demam chicken pox? share lah :) 



Berminat Nak Jadi Agen atau Dropship


Hello, 

Just nak share sesiapa yang berminat untuk tambah pendapatan, suka buat online bisness dan teringin nak menjadi Agen atau dropship barang, sekarang ini ada produk-produk yang hot dan insyallah boleh laris di pasaran. 

Pendapatan boleh mencecah RM500 sebulan dan boleh dapat lebih dari itu. Jangan risau sebab produk adalah berkualiti dan dah banyak testimoni-testimoni yang ada dalam internet. Boleh search sahaja. Kalau tak tahu menggunakan social media jangan risau. Kami akan training produk dan social media marketing akan diadakan secara percuma. 



Kalau berminat, jangan segan silu boleh just tanya saya melalui :

azasuhaiza@gmail.com 
sms/whatsup : 010-8941206 

Pantas Masa Berlalu


Sedar tidak sedar, masa berlalu dengan cepat kan. Sekarang ni pun dah masuk bulan April. Dah hampir memasuki pertengahan bulan. Macam mana dengan planning kita untuk tahun ini? Dah berjalan atau masih lagi tidak ataupun tersekat-sekat. 

Umur pun dah semakin lama semakin tua rasanya. Tapi bila tengok diri sendiri macam biasa je,sama je..hehehe..bila balik kampung, tengok anak buah ya allah, cepatnye mereka membesar. Dulu masa kecik-kecik comel je merangkak-rangkak. Sekarang ni anak buah aku ( anak kakak ) semua dah sekolah. Yang paling kecik dh sekolah pra tadika. paling besar dah darjah lima. 



Masa ni diorang nak pergi rewang. Esoknya ada kenduri dekat kampung. Alah, diorang bukan tolong pun, tolong tengok je. Pastu tak lama tu tengok-tengok dah balik. Asyik main basikal je kehulu kehilir..sama lah, macam aku dulu pun suka main basikal. Dulu gi sekolah pun naik basikal pagi petang. Panas woo, tapi anak buah aku tak naik basikal la..diorang bapak diorang yang hantar. 


Aku memang suka budak-budak, tapi bab nak jaga tu tak tahulah macam mana nanti. Tapi setakat anak buah aku insyallah boleh handle. Pernah bawak diorang je berempat pergi shopping complex, rilex je berderet 4 orang ikut belakang. Rasa kelakor pun ada..dah lah aku kecik, mesti orang ingat aku adik beradik je ( perasan muda gitu ) hehehe.. 

Rasa tak sabar nak ada anak sendiri. hikhikhik. Motip '__________' 


Wednesday 2 April 2014

GLAMpreneurs

Alhamdulillah


Buat pertama kalinya dapat naik pentas untuk Majlis Penganugerahan SM/SSM. Alhamdulillah, ramai #GLAMpreneurs dan #hanishaiziprotege mendapat pencapaian sebanyak RM20,000 dan RM60,000 dan hari itu syarikat telah raikan penganugerahan. Termasuk saya :)





Tq for all my Mentor, CDM Hanis dan CDM Razali Zain dan juga of course my leader yg sentiasa bersamangat dan tak jemu-jemu membimbing iaitu Rawlins Haiqal dan Kak Arliana

Come to Join our GLAMPRENEURSHIP



Sesiapa sahaja boleh join GLAMpreneurs
Kerana masing-masing mempunyai IMPIAN masing-masing :) 

More details 
email me at azasuhaiza@gmail.com 


Tuesday 1 April 2014

Doa Untuk Hati


Assalammualaikum

Setiap kali nak tulis entry, banyak kali itu juga, asyik tekan backspace. Lama-lama, apa yang nak tertulis hanya menjadi bisikan dalam hati. Pernah tak kita bercakap-cakap dalam hati. Macam aku, memang selalu bercakap-cakap ataupun membebel dalam hati ni. Kadang-kadang tengah naik kereta sorang-sorang mulalah otak dan fikiran bergabung. Memikirkan macam-macam perkara. Sampaikan kalau ada orang yang menggangu perjalanan kita tu, contoh tiba-tiba brek mengejut ke, mesti kita akan bebel-bebel dalam hati. Cakap orang tu itu dan ini, tak ada lesenlah, tak pandai bawak kereta lah.. tapi tak terkeluar lah dari mulut, hanya bercakap dalam hati je...

Kalau time rehat, baring-baring dalam bilik ke, macam-macam jugak fikiran dan perasaan yang bermain dalam hati. Kadang-kadang ada masa siap buat drama lagi. Konon-konon jadi orang kayalah, banyak duitlah, berangan jadi neelofa lah..hehe...puii berangan sangat...

Kalau nak mengumpat orang pun, mengumpat dalam hati jelah. Adalah lebih baik sebab kita tak akan menceritakan keburukan orang lain. Sekurang-kurangnya bila terdetik dalam hati tu, cepat-cepatlah kita beristiqfar dan fikir kita bukanlah sempurna sangat. Buat mereka-mereka yang suka sangat mengumpat, memfitnah orang cukup-cukuplah dan bawaklah insaf. Kadang-kadang kita tak sedar kita mengata orang, kita ingat kita betul, bila dah terkena dekat diri sendiri baru lah nak sedih-sedih bagai. So, nak nasihatkan diri sendiri adalah jaga kehidupan kita sendiri sebelum sibuk nak jaga kehidupan orang lain.

Sebenarnya, tak tahu nak cerita apa. Hati sebenarnya tak berapa ok. Banyak sangat dan terlalu sangat berfikir sampaikan satu perkara pun tak selesai-selesai jugak. Orang kata jangan terlalu fikir, nanti gila...hahaha...Insyallah tak akan sampai gila lagi.. masih lagi boleh berfikir dengan waras..

Bila hati sedih, tak kuat. banyak-banyakkan zikir dan ingat kepada Allah. Ini ada doa untuk kita semoga kuat semangat :) 




Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


Tq for reading :)