Thursday, 3 April 2014

Pantas Masa Berlalu


Sedar tidak sedar, masa berlalu dengan cepat kan. Sekarang ni pun dah masuk bulan April. Dah hampir memasuki pertengahan bulan. Macam mana dengan planning kita untuk tahun ini? Dah berjalan atau masih lagi tidak ataupun tersekat-sekat. 

Umur pun dah semakin lama semakin tua rasanya. Tapi bila tengok diri sendiri macam biasa je,sama je..hehehe..bila balik kampung, tengok anak buah ya allah, cepatnye mereka membesar. Dulu masa kecik-kecik comel je merangkak-rangkak. Sekarang ni anak buah aku ( anak kakak ) semua dah sekolah. Yang paling kecik dh sekolah pra tadika. paling besar dah darjah lima. 



Masa ni diorang nak pergi rewang. Esoknya ada kenduri dekat kampung. Alah, diorang bukan tolong pun, tolong tengok je. Pastu tak lama tu tengok-tengok dah balik. Asyik main basikal je kehulu kehilir..sama lah, macam aku dulu pun suka main basikal. Dulu gi sekolah pun naik basikal pagi petang. Panas woo, tapi anak buah aku tak naik basikal la..diorang bapak diorang yang hantar. 


Aku memang suka budak-budak, tapi bab nak jaga tu tak tahulah macam mana nanti. Tapi setakat anak buah aku insyallah boleh handle. Pernah bawak diorang je berempat pergi shopping complex, rilex je berderet 4 orang ikut belakang. Rasa kelakor pun ada..dah lah aku kecik, mesti orang ingat aku adik beradik je ( perasan muda gitu ) hehehe.. 

Rasa tak sabar nak ada anak sendiri. hikhikhik. Motip '__________' 


No comments:

Post a Comment