Monday 30 September 2013

Peluang Berniaga

Saya mencari sesiapa di luar sana yg teringin berbisness tapi tiada produk, tiada modal dan tidak tahu bagaimana. Hanya dengan menjadi pengedar @ menjadi rakan bisness saya dengan produk pelapik tilam Biovelocity.

Pelapik tilam biovelocity bukanlah pelapik yg biasa kerana ia telah dicipta dengan menggunakan teknologi Biovelocity dan garam laut dalam. Dimana ia dapat membantu memberikan aura yg positif secara saintifik dan hasil kajian yg telah dibuat oleh pakar-pakar saintis.

Pelapik tilam ini akan memberikan  kesan yg luar biasa kpd pemakainya dan yg paling utama adalah  ia dapat memberikan keberkesanan tidur yg berkualiti.
Sebanyak lebih 8 ribu unit pelapik tilam Biovelocity ini telah terjual hanya dalam masa setahun. Banyak jugak testimoni yg telah diperolehi dengan menggunakan tilam Biovelocity.


Kenapa memilih pelapik tilam biovelocity?

  • Niat utama ingin membantu mereka-mereka yg mempunyai masalah kronik seperti lumpuh, strok, masalah saraf, gastrik, asma yg teruk dan lain-lain lagi. 
  • Membantu dan meningkatkan kesihatan diri sendiri dan keluarga 
  •  Dapat berkongsi testimoni sendiri kepada orang lain
  • Sedikit sebanyak dapat menambahkan pendapatan kita hanya dengan berkongsi pengalaman.


So, mungkin dalam kehidupan kita sekarang yg memerlukan perbelanjaan yg tinggi dapat membantu sedikit sebanyak dalam melakukan bisness ini. Tidak perlu modal yg besar dan kemungkinan besar juga tidak memerlukan modal jika hendak menjadi pengedar. Yang paling penting ini bukan bisness plan cepat kaya ye.
 
Untuk info lebih detail bagaimana cara dan plan marketingnya jgn malu dan segan ye email saya azasuhaiza@gmail.com ataupun mesej/call/wassup 0108941206.  InsyaAllah saya sedia membantu. 





Thursday 26 September 2013

Kenapa kita perlu ada BVSM

Apa itu BVSM? BVSM adalah singkatan kepada Bio Velocity Sleep Mate dimana ia direka khas untuk memenuhi keperluan tidur yang penting bagi memelihara dan memulihkan kesihatan.

BVSM mengandungi Bio-activated energy yg membantu menghamoni dan memaksimumkan tenaga badan di samping mencapai keseimbangan tenaga. Selain itu gemaan yg sihat boleh menyingkirkan jarak gelombang yg tidak harmoni. Akibatnya gelombang fizikal yg positif meningkat lalu menguatkan aura badan dan seterusnya mengekalkan kesihatan badan.

Produk ini menggalakkan penjanaan sel dan tisu baharu yg dapat membekalkan tenaga tambahan kpd badan. BVSM menjadikan anda berasa segar semasa bangun drpd tidur.

Kebanyakan kita selalu terdedah dengan kesan radiasi. Seperti contoh kesan radiasi adalah penggunaan telefon bimbit dan juga penggunaan komputer yg kerap.

Memang tidak diakui yg saya memang tak lekang dengan telefon bimbit dari pagi sampai malam. Bukak mata je benda utama adalah tengok telefon bimbit. Kemudian pergi ke pejabat sambung menghadap komputer dan dalam persekitaran yg beraircond. Saya percaya ramai orang yg melalui rutin seperti saya.

Kesan-kesan inilah yg menyebabkan badan kita mudah mendapat penyakit tanpa kita sedari. Kalau kita jenis yg aktif bersukan mungkin tak ada masalah. Macam saya, memang akui kurang aktif bersukan. Itupun sekali sekala..so, bila balik kerja memang badan rasa lemau dan lesu....

Apabila dengan menggunakan  BVSM ni saya dapati sebelum tidur ia membantu mengurangkan masalah kaki lenguh kerana BVSM  akan membantu pengaliran darah tanpa kita sedari. Yg paling best adalah waktu kita bangun tidur kita akan dapati  badan terasa segar.

Tidur yg berkualiti adalah sgt penting kerana ia dapat membantu kesihatan fizikal dan mental seseorang untuk mengoptimumkan fungsi harian anggota badan.

Kesan kekurangan tidur

* gangguan fizikal
* gangguan pemikiran
* penurunan kualiti kerja
* penurunan tahap imunisasi
* mudah diserang penyakit
* risiko tinggi menghidap barah
* sukar mengawal stress
* mempercepat proses penuaan

Mungkin dengan penggunaan BVSM ini dapat membantu kita untuk meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit yg kita tidak duga. Insyallah.

Percuma demo hubungi saya 0108941206.  Saya sedia membantu.

Cerita Seram


 Assalammualaikum

First time pulak buat tajuk entry pasal cerita seram. huhuhu..tak tahulah nak gitau seram ke tak, tapi meremang jugaklah malam tadi bila dengar cerita seram ni. Sebab tak pernah-pernah lagi terjadi dekat rumah sewa aku. 

alkisahnya begini, petang semalam roomate aku balik kerja. Dia sorang je yang dah balik. Dia pun masuk lah dalam bilik and kunci pintu. Pintu masuk utama tu pun dia selak kunci dari dalam. Masa dalam bilik tu sorang-sorang dia dengar ada orang mandi dekat bilik air, pastu dengar bunyi bukak pintu dapur. Dia pun agak pelik sebab dia rasa tak ada orang yang ada dalam rumah. Tapi lepas tu dia kuar bilik and check lah manalah tahu ada orang dalam rumah. Pada mulanya mungkin dia ingat aku dah balik kerja.. tapi dia tengok kasut aku tak ada, pintu depan tu pun dia kunci dari dalam, so kalau kitorang balik nak masuk rumah memang tak boleh, kene ketuk pintu dulu. Dia tengok bilik air basah and memang menandakan ada orang mandi. Tapi musykil lah sapa pulak yang mandi. Sebab dalam rumah tu dia dah cek memang tak ada orang. Rumah sewa aku tu pun bukanlah besar mana, kalau orang keluar masuk memang boleh dengar dengan jelas. Huhuhu, malam tadi lah dia cerita dekat aku. Meremang jugaklah bulu roma mendengarnya sebab tak pernah jadi sepanjang aku duduk situ. Yang tak boleh belah, kitorang sama-sama cakap mungkin benda tu nak tumpang mandi je kot...kikiki.....

Bila dia cerita tu, aku pun baru teringat, hari Isnin tadi pagi bangun tidur dalam kol 7.00 macam tu aku dengar orang bertukang. bunyi tu kat dalam bilik air. kuat gila bunyi nya. aku siap intai lagi kt tangki air dalam bilik air tu. rasa sangat pelik sebab bunyiknya memang agak kuat. tapi aku fikir mungkin rumah atas kot. tak tahulah kan kalau pagi-pagi dia dah start bertukang. 

Mulalah dah tak rasa syok bila dah ada cerita-cerita macam ni. aku ni selalu gak duduk umah kadang sorang-sorang. nak kata berani sangat tu taklah, penakut sangat tu taklah. tapi selalu aku kalau ada pape aku buat bodoh je. Taknak fikir sangat..padahal takuttt...hehehe...elok pulak pergi kerja tadi rasa macam seram-seram sorang-sorang, padahal sebelum-sebelum ni ok je kan. nak kuar bilik pun intai dulu sekeliling..hehe...yang tak boleh blah, tengah-tengah nak kuar rumah, time nak bukak grill pintu depan..elok pulak pintu dapur umah kitorang tu selalu memang kitaorang tutup..tapi tiba-tiba masa aku dekat depan pintu keluar tu bunyik pintu dapur tu terbukak...kreeekkkk..macam ada orang tarik pintu tu...aku siap toleh belakang.....dalam hati cakap jangan macam-macam....perghh..saje je buat aku nak pecut.....hope tak adalah apalah yang berlaku...mungkin perasaan je kot..kalau ada pun, benda yang baik-baik jelah..........





Wednesday 18 September 2013

Wahai Masa Hadapan





 Agak-agaklah apa akan terjadi pada kita
5 minit akan datang
24 jam akan datang
seminggu akan datang
sebulan akan datang 
setahun akan datang

Don't waste your time 
Looking back on what you've lost
Move on, 
For life is not meant to be travealed backward 

 

Tuesday 17 September 2013

GlamJourneys Ke Korea

Assalammualaikum

Waahh..bestnya and tahniah kepada Glampreneurs yang berpeluang dapat free travel ke Seoul Korea malam tadi. Malam tadi  berpeluang hantar dan support diorang sebelum flight di KLIA.Tiap kali travel akan dibayar sepenuhnya oleh company. Cuma bawak duit belanja untuk shopping sahaja. Wuhuu..bestnye !!!




Bersama  CDM Hanis. Our founder of GLAM

amboi happy semua bukan kemain..hehe..

we love GLAM

Titanium Glam : aliaaliana, rawlins, jaehashim

Thanks Kak Alia untuk semua pic diatas


 First time rasa excited so much tonight. Sebabnya dapat aura yang sangat-sangat tinggi untuk berjaya sama seperti orang lain..yelah, orang lain boleh berjaya why we not? That's why kita nak berjaya mesti kene ada kekuatan bukannya paksaan. Dan dalam bisness GLAM everything yang kita buat adalah dalam satu TEAM. bukan SORANG-SORANG.Dan paling best dan mudah, segalanya bermula dari hujung jari. Duduk dekat rumah pun boleh sambil bekerja sebabnya dalam GLAM kita banyak menggunakan Sosial Media Network.

Free Travel ke GOLD COAST
Bisness Opportunity 
low capital 
Freedom financial
contact me / wassup : 0108941206
follow my Instagram too : @azasuhaiza

Terima Kasih sudi baca !!!!


Wednesday 11 September 2013

Kisah UPSR Aku

Assalammualaikum

Sebelum tu nak mengucapkan " SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR"  buat adik-adik darjah enam semua. Padahal exam tu start semalam, baru aku nak wish. Aku tak ada adik so, aku wish lah kepada semua adik-adik sekalian. Jawab exam tu betul-betul. Jangan tidur kalau dah habis jawab soalan, cek dulu banyak kali. sebelum exam tu baca doa banyak-banyak, bukan bersembang ngan kawan banyak-banyak. ceh, macam cikgu pulak nak kasi ceramah ye. Dulu memang niat nak jadi cikgu, tapi tak ada rezeki ke arah tu. Jadi secretary pun ok jugak kot. Jadi cikgu ni asik nak kene bercakap je lah kerjanya kasi murid faham. 



Dulu aku sekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar Selangor. Dari abang sulong sampai lah aku yang last kitorang adik beradik sekolah dekat situ. Gambar dekat atas tu gambar zaman bila pun aku tak tahu, aku ambik dekat laman web sekolah. Sekarang ni lawa dah, banyak bangunan baru. Anak buah aku pun ada yang sekolah situ.

Bila ingat-ingat balik best jugak jadi budak sekolah. Sebab tak payah pening-pening nak fikir masalah. Rasa macam tak ada masalah pun ada. Kerja asik nak main je. Kalau sentap ngan member tu biasalah. Almaklumlah budak-budak kan. Aku ingat lagi masa mula-mula masuk darjah satu. budak darjah satu kan pakai tudung pun tak betul sangat. Adalah satu kawan tu dia tegur, kenapa pakai tudung ke belakang sangat. rupanya tudung aku tu memang dah terlalu kebelakang. tinggal anak tudung je..kikiki..yelah, dulu mana lah reti nak berpin-pin... sarung je. tak dapat banyangkan..selekeh je gi sekolah..cian aku..kikiki

Aku ni time sekolah tak perform pun. Selalu jadi orang belakang-belakang je. Setakat jadi setiausaha kelab dengan bendahari tu lah paling tinggi jawatan yang aku sandang. Patutlah aku jadi setiausaha sekarang. Kalau cikgu pun kenal tak kenal je aku ni, sebab aku malas nak bertanya ngn cikgu. cikgu kan selalu jerit kalau tak faham tanya. tapi aku tak berani nak tanya. kalau tanya nanti takut kene marah..kikiki..so, tak tau aku tanya kawan sebelah jelah.

Masa sekolah rendah, rugi sapa yang tak ada pengalaman kene denda. kejut ketampi, lari kat padang tanpa pakai kasut, kene rotan, kene tarik telinga, kene cubit, kene lempar buku luar kelas. Tapi itu semua yang membuat kan kita ingat menjadi orang sampai sekarang. Kalau nangis pun nangis kejap-kejap je taklah sampai nak mengadu. Tapi tengok budak sekarang, cikgu rotan sikit dah ngadu makbapak pastu nak saman-saman ataupun masuk dalam berita. Biasalah tu...manja sangat...

 Sekolah kebangsaan aku tak berapa teror sangat. Tapi selalu masuk kelas yang pertamalah. tapi kalau dapat no peperiksaan dalam kelas dah biasa kalau no belas-belas. Mula-mula je darjah 1 sampai 3 selalu dapat ranking bawah 5. Dapatlah jugak merasa naik pentas ambik hadiah. Pastu naik darjah 4 sampai 6 dah hilang kefokusan. Teruk bebenor masa tu. 

Masa trial UPSR aku punya keputusan pun tak berapa nak ok. Rasa tak pernah pun dapat 5A dalam trial ke apa. Selalu main bantai je belajar. Selalu cukup-cukup makan jelah. aku selalu bersaing dengan sorang member aku, kalau dia dapat markah tinggi dari aku, mesti aku sentap, sama jugak dengan dia kalau aku dapat markah tinggi je dia pun sentap. hehehe. 

Bila dah habis exam, tunggu punya tunggu, keluarlah hari yang dinanti-nantikan..masa tu rasa berdebar-debar kot. Rasa nak menangis pun ada sebab aku memang tak yakin yang aku ada A langsung. Sebab aku bukan perform sangat. yelah, bak aku kata tadi, cukup-cukup makan je selalu result aku kan. Pastu cikgu pun turun dari Bilik Guru. Dia pun buat lah pengumuman nak sebut result untuk pelajar yang dapat 5A. sebut-sebut senarai nama tu, memang tak adalah nama aku...kikiki....aku tengok kawan aku ada yang nangis dah. Aku ni pantang nampak orang nangis..pun nangis jugak padahal tak tengok lagi result..hehehe

Cikgu tu sebut yang dapat 5A je. yang lain-lain dia suh tengok kat papan kenyataan. Lepas je cikgu tampal result, berebut-rebutlah tengok keputusan masing-masing. Ya Allah, aku macam tak sangka rupanya keputusan aku dapat 4A1B. Yeaaa....itu dah kira pandailah tu...hahahaha...agak terkejut dan bangga jugaklah...sebab kawan aku yang pengawas, yang selalu perform pun tak dapat results yang sama macam tu...syukur sangat....hehehe...cikgu pun tak sangka yang NOOR SUHAIZA ni dapat results macam tu sebabnya aku ni bukanlah pelajar yang tersenarai target untuk dapat 5A atau 4A. 

Tapi itulah, takdir dan ketentuan tuhan kan. Rezeki masing-masing. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. Yang pasti kita berusaha dan berdoa padaNya. Yang paling best, rezeki aku diterima masuk asrama penuh. Sekolah yang pelajar-pelajar idamkan lepas sekolah rendah.

Pasal sekolah asrama penuh tu, lain entry aku buat. Itu banyak sangat kenangan yang menusuk jiwa. Itu je nak share cerita pasal kisah aku. 

' Terima Kasih Sudi Baca'



Monday 9 September 2013

Testimoni Tilam Bio Velocity Sleep Mate


Bio Velocity Sleep Mate

Keistimewaan Menggunakan Tilam Bio Velocity Sleep Mate 

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai penyakit berikut : 

 - Pesakit gout
-Pesakit asma 
- Mereka yang susah tidur malam ( insomnia) 
- Kesakitan otot
- Pesakit kencing manis
- Tekanan hidup
-  Pesakit stroke 
- Gaya hidup tidak baik ( merokok atau minum arak ) 
- Senggugut
- Tekankan darah tinggi
- Sakit sendi
- Terdedah kepada radiasi 


Mari saya share video yang diambil berhubung testimoni pesakit-pesakit yang telah menggunakan tilam Bio Velocity Sleep Mate ni. 

 Pesakit Stroke 

Pesakit darah tinggi dan lemah jantung 


Lumpuh kemalangan 

Migrain teruk 


credit video upload by DR.HASBI HARUN
010.8941206
azasuhaiza@gmail.com 
Untuk Lebih Lanjut