Assalammualaikum
First time pulak buat tajuk entry pasal cerita seram. huhuhu..tak tahulah nak gitau seram ke tak, tapi meremang jugaklah malam tadi bila dengar cerita seram ni. Sebab tak pernah-pernah lagi terjadi dekat rumah sewa aku.
alkisahnya begini, petang semalam roomate aku balik kerja. Dia sorang je yang dah balik. Dia pun masuk lah dalam bilik and kunci pintu. Pintu masuk utama tu pun dia selak kunci dari dalam. Masa dalam bilik tu sorang-sorang dia dengar ada orang mandi dekat bilik air, pastu dengar bunyi bukak pintu dapur. Dia pun agak pelik sebab dia rasa tak ada orang yang ada dalam rumah. Tapi lepas tu dia kuar bilik and check lah manalah tahu ada orang dalam rumah. Pada mulanya mungkin dia ingat aku dah balik kerja.. tapi dia tengok kasut aku tak ada, pintu depan tu pun dia kunci dari dalam, so kalau kitorang balik nak masuk rumah memang tak boleh, kene ketuk pintu dulu. Dia tengok bilik air basah and memang menandakan ada orang mandi. Tapi musykil lah sapa pulak yang mandi. Sebab dalam rumah tu dia dah cek memang tak ada orang. Rumah sewa aku tu pun bukanlah besar mana, kalau orang keluar masuk memang boleh dengar dengan jelas. Huhuhu, malam tadi lah dia cerita dekat aku. Meremang jugaklah bulu roma mendengarnya sebab tak pernah jadi sepanjang aku duduk situ. Yang tak boleh belah, kitorang sama-sama cakap mungkin benda tu nak tumpang mandi je kot...kikiki.....
Bila dia cerita tu, aku pun baru teringat, hari Isnin tadi pagi bangun tidur dalam kol 7.00 macam tu aku dengar orang bertukang. bunyi tu kat dalam bilik air. kuat gila bunyi nya. aku siap intai lagi kt tangki air dalam bilik air tu. rasa sangat pelik sebab bunyiknya memang agak kuat. tapi aku fikir mungkin rumah atas kot. tak tahulah kan kalau pagi-pagi dia dah start bertukang.
Mulalah dah tak rasa syok bila dah ada cerita-cerita macam ni. aku ni selalu gak duduk umah kadang sorang-sorang. nak kata berani sangat tu taklah, penakut sangat tu taklah. tapi selalu aku kalau ada pape aku buat bodoh je. Taknak fikir sangat..padahal takuttt...hehehe...elok pulak pergi kerja tadi rasa macam seram-seram sorang-sorang, padahal sebelum-sebelum ni ok je kan. nak kuar bilik pun intai dulu sekeliling..hehe...yang tak boleh blah, tengah-tengah nak kuar rumah, time nak bukak grill pintu depan..elok pulak pintu dapur umah kitorang tu selalu memang kitaorang tutup..tapi tiba-tiba masa aku dekat depan pintu keluar tu bunyik pintu dapur tu terbukak...kreeekkkk..macam ada orang tarik pintu tu...aku siap toleh belakang.....dalam hati cakap jangan macam-macam....perghh..saje je buat aku nak pecut.....hope tak adalah apalah yang berlaku...mungkin perasaan je kot..kalau ada pun, benda yang baik-baik jelah..........
No comments:
Post a Comment