Assalammualaikum
Sebelum tu nak mengucapkan " SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR" buat adik-adik darjah enam semua. Padahal exam tu start semalam, baru aku nak wish. Aku tak ada adik so, aku wish lah kepada semua adik-adik sekalian. Jawab exam tu betul-betul. Jangan tidur kalau dah habis jawab soalan, cek dulu banyak kali. sebelum exam tu baca doa banyak-banyak, bukan bersembang ngan kawan banyak-banyak. ceh, macam cikgu pulak nak kasi ceramah ye. Dulu memang niat nak jadi cikgu, tapi tak ada rezeki ke arah tu. Jadi secretary pun ok jugak kot. Jadi cikgu ni asik nak kene bercakap je lah kerjanya kasi murid faham.
Dulu aku sekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar Selangor. Dari abang sulong sampai lah aku yang last kitorang adik beradik sekolah dekat situ. Gambar dekat atas tu gambar zaman bila pun aku tak tahu, aku ambik dekat laman web sekolah. Sekarang ni lawa dah, banyak bangunan baru. Anak buah aku pun ada yang sekolah situ.
Bila ingat-ingat balik best jugak jadi budak sekolah. Sebab tak payah pening-pening nak fikir masalah. Rasa macam tak ada masalah pun ada. Kerja asik nak main je. Kalau sentap ngan member tu biasalah. Almaklumlah budak-budak kan. Aku ingat lagi masa mula-mula masuk darjah satu. budak darjah satu kan pakai tudung pun tak betul sangat. Adalah satu kawan tu dia tegur, kenapa pakai tudung ke belakang sangat. rupanya tudung aku tu memang dah terlalu kebelakang. tinggal anak tudung je..kikiki..yelah, dulu mana lah reti nak berpin-pin... sarung je. tak dapat banyangkan..selekeh je gi sekolah..cian aku..kikiki
Aku ni time sekolah tak perform pun. Selalu jadi orang belakang-belakang je. Setakat jadi setiausaha kelab dengan bendahari tu lah paling tinggi jawatan yang aku sandang. Patutlah aku jadi setiausaha sekarang. Kalau cikgu pun kenal tak kenal je aku ni, sebab aku malas nak bertanya ngn cikgu. cikgu kan selalu jerit kalau tak faham tanya. tapi aku tak berani nak tanya. kalau tanya nanti takut kene marah..kikiki..so, tak tau aku tanya kawan sebelah jelah.
Masa sekolah rendah, rugi sapa yang tak ada pengalaman kene denda. kejut ketampi, lari kat padang tanpa pakai kasut, kene rotan, kene tarik telinga, kene cubit, kene lempar buku luar kelas. Tapi itu semua yang membuat kan kita ingat menjadi orang sampai sekarang. Kalau nangis pun nangis kejap-kejap je taklah sampai nak mengadu. Tapi tengok budak sekarang, cikgu rotan sikit dah ngadu makbapak pastu nak saman-saman ataupun masuk dalam berita. Biasalah tu...manja sangat...
Sekolah kebangsaan aku tak berapa teror sangat. Tapi selalu masuk kelas yang pertamalah. tapi kalau dapat no peperiksaan dalam kelas dah biasa kalau no belas-belas. Mula-mula je darjah 1 sampai 3 selalu dapat ranking bawah 5. Dapatlah jugak merasa naik pentas ambik hadiah. Pastu naik darjah 4 sampai 6 dah hilang kefokusan. Teruk bebenor masa tu.
Masa trial UPSR aku punya keputusan pun tak berapa nak ok. Rasa tak pernah pun dapat 5A dalam trial ke apa. Selalu main bantai je belajar. Selalu cukup-cukup makan jelah. aku selalu bersaing dengan sorang member aku, kalau dia dapat markah tinggi dari aku, mesti aku sentap, sama jugak dengan dia kalau aku dapat markah tinggi je dia pun sentap. hehehe.
Bila dah habis exam, tunggu punya tunggu, keluarlah hari yang dinanti-nantikan..masa tu rasa berdebar-debar kot. Rasa nak menangis pun ada sebab aku memang tak yakin yang aku ada A langsung. Sebab aku bukan perform sangat. yelah, bak aku kata tadi, cukup-cukup makan je selalu result aku kan. Pastu cikgu pun turun dari Bilik Guru. Dia pun buat lah pengumuman nak sebut result untuk pelajar yang dapat 5A. sebut-sebut senarai nama tu, memang tak adalah nama aku...kikiki....aku tengok kawan aku ada yang nangis dah. Aku ni pantang nampak orang nangis..pun nangis jugak padahal tak tengok lagi result..hehehe
Cikgu tu sebut yang dapat 5A je. yang lain-lain dia suh tengok kat papan kenyataan. Lepas je cikgu tampal result, berebut-rebutlah tengok keputusan masing-masing. Ya Allah, aku macam tak sangka rupanya keputusan aku dapat 4A1B. Yeaaa....itu dah kira pandailah tu...hahahaha...agak terkejut dan bangga jugaklah...sebab kawan aku yang pengawas, yang selalu perform pun tak dapat results yang sama macam tu...syukur sangat....hehehe...cikgu pun tak sangka yang NOOR SUHAIZA ni dapat results macam tu sebabnya aku ni bukanlah pelajar yang tersenarai target untuk dapat 5A atau 4A.
Tapi itulah, takdir dan ketentuan tuhan kan. Rezeki masing-masing. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. Yang pasti kita berusaha dan berdoa padaNya. Yang paling best, rezeki aku diterima masuk asrama penuh. Sekolah yang pelajar-pelajar idamkan lepas sekolah rendah.
Pasal sekolah asrama penuh tu, lain entry aku buat. Itu banyak sangat kenangan yang menusuk jiwa. Itu je nak share cerita pasal kisah aku.
' Terima Kasih Sudi Baca'
No comments:
Post a Comment