Wednesday, 16 July 2014

Sikap

Assalammualaikum

Salam Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Hari ini dah masuk ramadhan yang ke-18. Alhamdulillah. Bulan puasa kali ini, terasa berbeza sedikit dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Kemeriahan yang semakin tahun semakin kurang dirasakan. Berbeza kita berpuasa masa zaman kecik-kecik dahulu. Tiap kali menunggu berbuka, terasa keseronokan sambil menonton rancangan keagamaan seperti jejak rasul terutamanya. Kalau di kampung, jiran-jiran berbalas kuih/lauk pauk yang dimasak. Terasa meriahnya. Dan apabila bersahur, memang terasa kesejukan dan nikmat bersahurnya walaupun hanya dengan sebiji kurma. 

Mungkin masa semakin lama semakin berbeza. Sama jugaklah sikap manusia. Semakin hari semakin rancak peredaran zaman seiring dengan sikap manusia yang semakin pelik dan pelik. Sebab apa pelik, sebab manusia sekarang yang terlalu extreme dengan kesalahan manusia dan suka membuka aib manusia sekeliling. 

Buka sahaja Facebook. Kita boleh lihat, macam-macam perkongsian. Mana yang bagus, baguslah, tapi mana yang tak bagus dan menjadi semakin melampau-lampau. Yang tak bestnya, kadang-kala ia menjadi satu fitnah dan kita yang membaca pun turut terkena tempiasnya. Sebagai contoh, artis berkongsi dalam instagram pergi sembahyang tarawikh di masjid. keyboard warrior dan pengomen-pengomen tegar mulalah masing-masing menjadi hakim,ustaz dan ustazah menjadi makjoyah cakap itu dan ini, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Biarlah artis tersebut nak berkongsi, kalau artis pakai seksi2 pun kita sibuk nak ambik tahu hal dia. kadang-kadang manusia memang suka mencari kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri kita tidak tahu. 

Dan paling yang terbaru, viral mengenai perempuan maki hamun lelaki tua kerana langgar kereta dia. Memang perempuan tu kurang ajar, dan tak salah juga kepada perakam video tersebut hendak berkongsi. Sekurang-kurangnya kita menyedarkan wanita tersebut dan juga orang-orang lain agar jangan terlalu emosi dan terlalu angkuh dengan apa yang kita ada. Dan yang paling penting, kita orang melayu perlulah ada sikap budi bahasa. Di mana budi bahasa kita semua. Yang paling tak seronok bila ada pulak mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan dengan mengedit gambar perempuan tersebut dengan ayat-ayat yang kurang menyenangkan. Cukuplah dengan kesalahan dia, dosa dia, kenapa kita pula nak tambah dosa di atas kesilapan orang lain. Banyak lagi sebenarnya kisah-kisah yang berlaku sekarang ni menjadi perkongsian yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. 

Bulan ramadhan bulan baik ni, sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing. Jangan terlalu menjaga tepi kain orang lain kerana ditakuti membuka pekung di dada sendiri. 

Assalammualaikum. Maafkan andai tersilap kata-kata. Selamat berbuka :) 

No comments:

Post a Comment