Tuesday 2 September 2014

10 perkara mengenai saya yang orang tak tahu

Assalammualaikum

Rindu pulak nak update blog yang sudah lama bersawang ni. hihihi. Kali ini ada nak share 10 perkara mengenai saya yang mungkin orang tak tahu. Mungkin orang yang dah kenal ataupun yang baru nak kenal-kenal boleh tahu serba sedikit mengenai saya kan.

10 Perkara mengenai saya : 

 1. Sangat suke tengok katun sampai sekarang. Antara katun kegemaran doraemon,shinchan,chibi maruko, conan.

2. Mempunyai tulisan tangan yang bertukar-tukar. dan boleh meniru tulisan tangan orang lain. 

3. Tidak suka menunggu dan ditunggu

4. Suka duduk rumah dan menonton tv

5. Lebih gemar beli barang berseorang sebab lebih cepat melainkan window shopping perlukan kawan untuk lepak-lepak tapi adalah jarang dan kurang untuk hendak berwindow shopping ni.buang masa.hihi

6. Suka alih-alihkan perabot rumah jika dah bosan dengan kedudukan yang dah sedia ada (mana-mana yang boleh angkatlahh) 

7. Bukan penggemar kasut. Jika ada kasut yang paling selesa itulah kasut yang akan dipakai sampai kasut tu dah memang patut ditukar seperti contoh kasut tu dh haus atau terbelah dua atau koyak 

8. Bukan seorang yang extreme dengan sesuatu yang diminati contoh warna, saya suke semua warna.tak kisah warna apa. saya tak ada pelakon atau penyanyi yang terlalu diminati.dan lain-lain.

9. Suka tengok anak mata orang. macam-macam jenis warna.hihi

10. Suka tengok pemandangan bukit bukau dan pemandangan waktu hujan. 

Itu Sahaja. 
p/s : mula-mula ingatkan nak buat 25 perkara mengenai saya, tapi rasa banyak sangat pulak sampai tak tahu nak tulis apa. so, dapat 10 jelah :)

share la pulak 10 perkara mengenai anda yang mungkin orang lain tak tahu. Nanti saya komen ok.

Terima Kasih Sudi Baca  :)

No comments:

Post a Comment