Tuesday, 3 June 2014

Sudah Pertengahan Tahun

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2014. Kejap je masa berlalu kan. Tak lama lagi pun dah nak puasa and then raya. Bila difikir-fikirkan balik 5 bulan yang berlalu ini macam-macam dah terjadi sebenarnya. Apa yang terjadi, yang dilalui tu, biar sendiri je yang tahu

Tahun ini, bagi aku adalah tahun yang mencabar. Dah tak ada istilah nak main-main dah. Tak ada fikir nak enjoy-enjoy. Semua nak kene fikir masa depan. Harap-harap tahun ini berikan kenangan yang baik-baik sahaja. Semoga apa yang dirancang tahun ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Amin. 



Tempek sikit gambar tuan punya blog. Hehe. Ramai dah tegur aku nampak tembam dah. yeeaa..memang itu yang aku nak pun. akhirnya aku berjaya jugak gain weight 4kg. sebelum-sebelum ni punya lah payah nak naikkan berat badan, and now dah jumpa satu ubat yang berkesan. Orang sibuk nak kurus, aku sibuk nak gemuk lak.hehe. Tapi bukanlah nak gemuk sangat sebenarnya, actually nak berisi je and nak dapatkan berat badan yang ideal. 

Tapi apa-apapun, yang penting nak sihat. 

1 comment:

  1. huhu...
    I makan banyak gain weight bukan kat pipi.. kat bonbon.. acane? lol

    http://hertheoryherstory.blogspot.com/

    ReplyDelete