Tuesday 23 April 2013

Selamat Bersara

Assalammualaikum

Patutnya entry ni dibuat pada 18 April 2013 yang lalu. Tapi disebabkan kemalasan yang teramat -amat malas telah melanda dalam diri aku yang comel ini, baru hari ini aku dapat buat entry. Mood nak berblog, berfacebook buat masa ini sangat rendah..sekarang ni musim instagram. Jom lah layan instagram aku ye @azasuhaiza. 

18 April 2013 hari tu, ada majlis untuk meraikan hari persaraan salah seorang office mate. Dia bersara umur 60 tahun..lama dah dia berkhidmat dengan UKM. alhamdulillah,yang aku ni baru masuk 3 tahun bekerja pada 5 April yang lalu...alhamdulillah.....pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu kan...



Inilah orangnya, En.Mohd Salleh. dia sangat humble, baik, comel..kitorang panggil dia pokleh, semoga pokleh diberi kesihatan selalu, panjang umur, murah rezeki..dia pun alhamdulillah baru balik menunaikan umrah.

aku dan pokleh

Terima kasih jugak untuk Unit Kemudahan Pusat Sukan sebab sudi jemput aku untuk majlis tu. Kitorang lunch dekat Puri Pujangga UKM. dekat situ makan sedap-sedap, tapi kalau boleh tapau lagi best.hihi...jom layan gambar yang tak seberapa ni, tapi boleh buat perut aku lapar balik....



Tapi kan, kalau dapat makan kat rumah lauk camni lagi best...susah lah guna sudu..hehe...aku kalau makan kt hotel macam ni payah lah nak melantak banyak-banyak...guna tangan lagi best....

Apa-apa pun, entry ni khas untuk Pokleh. Selamat bersara Pokleh walaupun tau dia tak akan baca blog ni..



Monday 15 April 2013

Si Kuda Belang

Sekarang cuaca amatlah panas..bukan terlalu lagi dah, tapi amat...tapi setiap kali berhadapan dengan cuaca seperti ini, marilah kita mengucapkan alhamdulillah, berzikir banyak-banyak...bukannya merungut macam-macam...kadang-kadang, bila tuhan kasi kita panas kita akan merungut panasnya, panasnya..padahal tahukah anda itu baru panas di dunia .. tapi bila tuhan kasi hujan, alahai kenapa hujan pulak..habis aktiviti tergendala...cuba mengingati diri sendiri...walau bagaimana pun keadaanya, sentiasalah berzikir kepada Allah S.W.T..ucapkanlah alhamdulillah, allahuakbar, astaqfirullah...dan sebagainya..setiap kejadian ada penyebabnya, semuanya ketentuan Allah S.W.T

Terimbas kenangan zaman kecik-kecik dahulu,

zaman sekolah rendah aku. Tahukah korang ( mestilah tak tahu kan ) aku dulu pergi sekolah naik basikal je. Start naik basikal lepas arwah mak aku meninggal, dalam darjah 3 @ 4 macam tulah..setiap hari naik basikal...bila nak diingatkan balik, zaman sekolah dulu lagi penat dari sekarang yang aku dah bekerja. bangun around 6.30 pagi, mandi-mandi dalam kol 7 suku dah mula kayuh basikal...kalau pergi awal before jam 7 time tu cuaca gelap lagi..tak berapa berani...tapi aku suke je sebabnya sejuk je naik basikal gi sekolah. Kadang-kadang ada jugak kawan-kawan pergi sekolah sama-sama, kadang-kadang tak ada kawan pun, aku ok je..lagipun, masa dulu-dulu ramai yang naik basikal. tak macam zaman sekarang ni, boleh dikira berapa kerat je budak-budak naik basikal. So, mak bapak pun tak berapa berani nak lepaskan anak-anak pergi sekolah naik basikal lagi-lagi sendiri sebabnya biasalah zaman sekarang ni macam-macam kes rogol, rompak bunuh dan sebagainya.

dari rumah ke sekolah agak jauh lah, kalau naik basikal mengambil masa setengah jam jugak sampai tau..tapi bila hari-hari dah berbasikal makanya sudah biasa dah...tak heran dah...sonok lagi adalah...habis je sekolah pagi, balik rumah pulak siap-siap nak ke sekolah agama....tengahari biasalah panas terik ya amat.....dah tu, ada masa sejam je. tengahari tu kene kayuh basikal laju-laju sikit...selalunya sekolah petang lah aku banyak ponteng sebab kadang-kadang penat sangat......

bila kayuh basikal tengahari buta tu, aku selalu imagine kat depan jalan raya tu penuh dengan air dan makanan...bila lalu satu-satu pokok, aku akan anggap pokok tu mengeluarkan makanan atau air..kononnya bila aku dah lalu je pokok tu, aku akan dapat makanan atau air tu...lepastu aku akan kejar untuk selang pokok seterusnya pulak..aku akan imagine benda lain pulak...sekurang-kurangnya dengan cara tu, aku akan mendapat semangat luar biasa untuk meneruskan kayuhan basikal tu sampai lah ke rumah.....

selain tu jugak, bila cuaca panas bila kita tengok dekat jalan raya mesti ada bayang-bayang macam ada air tu kan, padahal ia bukanlah air, itu namanya aku pun tak ingat lah ape..hehe..aku penat google tapi tak jumpa..tapi rasanya korang tau kan...bila time tu aku suka kejar, tapi tak akan dapat kejar pun..sebab benda tu kan hanyalah bayangan sahaja..sekurang-kurangnya cepatlah jugak aku sampai dekat rumah...

dan paling best, aku suka kejar awan mendung..korang tau ke ape awan mendung tu..alah awan yang kasi kita berteduh..dia suka lari-lari...kadang-kadang aku dah aim dah kat depan jalan tu ada awan mendung, pastu kejar-kejar, kayuh basikal laju-laju sampai lah kt tempat tak kene panas tu, sekali kejap je dah hilang..sabar jelah..

disebabkan aku naik basikal setiap hari, makanya muka aku yang putih gebu waktu kecik-kecik dulu bertukar menjadi dayang senandung...disebabkan pakai tudung pergi sekolah...bila bukak tudung, nampaklah berbelang lah muka tu....abang aku suka ejek aku macam kuda belang, sebabnya muka dah lah berbelang, pastu ikat rambut dah macam ekor kuda...makanya jadilah si kuda belang yang comel....hihi....


Thursday 11 April 2013

First Time

Assalammualaikum

Dalam hidup ni, mesti akan ada yang pertama kali @ first time kita lakukan..kalau tiada yang pertama, tiadalah yang kedua, ketiga keempat dan seterusnya...ouh..ape yang aku maksud kan ni?  entahlah, layan jelah apa yang aku nak share tentang diri aku....

1st Time Beli telefon :
 masa tingkatan 4, masa tu teruk kene marah dengan kakak sebab dia marah betul aku beli henset senyap-senyap je.hehe

1st Time bekerja : 
lepas SPM kerja dekat Putrajaya  kaunter reception Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi

1st Time tengok wayang : 
sekolah rendah, darjah bp tak ingat..tengok dengan abang aku cerita senario the movie

1st Time karaoke : 
Masa kerja dekat Putrajaya, masa zaman baru nak tengok dunia luar

1st Time bercinta : 
cinta monyetlah sekolah rendah dulu, gatal ye...

1st Time keluar pergi pekan : 
darjah 5 pergi pekan Sg.Besar, naik basikal senyap-senyap dengan kawan sekolah, masa tu pergi sana cuma beli hadiah itik kristal tu je..dah pecah dah pun :(

1st Time kene parut : 
kene baling mercun dekat badan, bila dah besar baru perasan ada bekas parut tapi tak ingat langsung bila kene, tanya kat kakak baru dia gitau dulu masa kecik-kecik aku pernah kene baling mercun dan terkene dekat kaki...abang-abang aku punye kerja

1st Time jalan jauh sikit :
 Balik kampung je dekat Perak rumah nenek 

1st Time pergi club : 
club dangdut, kelab malam tak pernah oii...mintak dijauhkan..pernah pergi kelab danau golf UKM je...kiki

1st Time naik KTM : 
Masa kecik-kecik dulu, kakak aku yang bawak masa dia kerja kt KL

1st Time jumpa artis : 
masa kecik-kecik dulu jugak, kakak aku dulu kerja dekat angkasapuri RTM..lepak umah dia, malam dia bawak tengok HMI ( Hiburan Minggu Ini )..tapi tak ingatlah artis apa..kahkah..

1st Time kehilangan : 
of course lah kehilangan ayah masa kecik 

1st Time beli kereta : 
umur aku 22 tahun 

1st Time beli kasut berjenama : 
beli kasut Vincci harga RM150. tapi tak pakai, ada lagi sampai sekarang 

 1st Time berblog :
masa belajar pasal blog dalam kelas Internet dulu, blog yang sekarang ni blog yang ke-3 rasanya yang pernah aku wujudkan..


ok, itu sahaja yang idea terkeluar dalam otak ni..
p/s : berikan aku ilham untuk mencari idea yang lebih bernas...please please please :)







Resepi; Sira Ikan Bilis

Assalammualaikum

lamanya blog tak update. Kadang-kadang nak update otak terus jadi tepu...blank..hihi..disebabkan tengah ada masa ni, aku nak share resepi Sira ikan bilis..kepada mak-mak,kakak-kakak and adik-adik mesti lagi teror masak resepi ni kan...sebab sangatlah mudah untuk masaknya dan yang penting sangat sedap makan walau pun begitu sahaja...aku memang penggemar resepi ni..dulu, kalau beli, makan mengadap tu je sambil tengok tv....

Yang ini pertama kalinya aku masak sendiri..selalu beli je...hehe..lepas ni, kalau malas buat je sira ikan bilis ni banyak-banyak, simpan dalam tupperware..malas nak masak lauk, makan je ngn nasi kosong panas-panas tetap mantoppp....

Bahan :

ikan bilis - goreng
tempe - goreng
kacang tanah - goreng
bawang besar - blender
bawang putih - blender
cili kering - blender 
gula 
garam
air 

Cara Masak

 tumis bawang putih, bawang merah sampai kekuningan
masukkan cili kering yang telah diblend
tumis sampai naik bau dan pecah minyak
masukkan air ( agak-agaklah )
masukkan garam dan gula secukup rasa ( lebihkan gula lagi sedap ) 
kacau 
api dalam keadaan sederhana 
masak sira ni kene ambik masa lama sikit dalam 40 minit ke supaya tahan lama
biar sambal tu betul-betul masak dan pekat
siap dan boleh hidang


 Tada---
dah siap selamat menjamu selera
dan selamat mencuba

:)