Thursday 11 April 2013

Resepi; Sira Ikan Bilis

Assalammualaikum

lamanya blog tak update. Kadang-kadang nak update otak terus jadi tepu...blank..hihi..disebabkan tengah ada masa ni, aku nak share resepi Sira ikan bilis..kepada mak-mak,kakak-kakak and adik-adik mesti lagi teror masak resepi ni kan...sebab sangatlah mudah untuk masaknya dan yang penting sangat sedap makan walau pun begitu sahaja...aku memang penggemar resepi ni..dulu, kalau beli, makan mengadap tu je sambil tengok tv....

Yang ini pertama kalinya aku masak sendiri..selalu beli je...hehe..lepas ni, kalau malas buat je sira ikan bilis ni banyak-banyak, simpan dalam tupperware..malas nak masak lauk, makan je ngn nasi kosong panas-panas tetap mantoppp....

Bahan :

ikan bilis - goreng
tempe - goreng
kacang tanah - goreng
bawang besar - blender
bawang putih - blender
cili kering - blender 
gula 
garam
air 

Cara Masak

 tumis bawang putih, bawang merah sampai kekuningan
masukkan cili kering yang telah diblend
tumis sampai naik bau dan pecah minyak
masukkan air ( agak-agaklah )
masukkan garam dan gula secukup rasa ( lebihkan gula lagi sedap ) 
kacau 
api dalam keadaan sederhana 
masak sira ni kene ambik masa lama sikit dalam 40 minit ke supaya tahan lama
biar sambal tu betul-betul masak dan pekat
siap dan boleh hidang


 Tada---
dah siap selamat menjamu selera
dan selamat mencuba

:)



No comments:

Post a Comment