Dua tiga menjak ni aku memang agak sensitif. Ada je benda tak kene. Bukan maksud tak kene aku ni melenting, marah ataupun maki hamun orang tak tentu pasal. Sensitif aku pada sekeliling. Mudah bersimpati dan kasihan pada orang lain.
Contoh 2 3 hari ni baru aku perasan pada mereka-mereka yang kelihatan daif, miskin mahupun terlalu tua untuk bekerja. Semalam, balik kerja semasa nak mengejar trafik light. Masing-masing memecutkan kereta laju agar tidak terlepas lampu hijau. Namun ada sebuah @ sebijik basikal yang ditunggang oleh seorang mamat ni ( bukan nama sebenar ) tetapi berbangsa luar. Mungkin bangla @ nepal turut memecut laju basikalnya agar turut tidak terlepas lampu hijau.
Entah kenapa hati ini tersentuh. Dulu tak tersentuh pun. Padahal banyak kali tengok dyorang-dyorang ni. Kalau orang lain berfikiran mesti diorang kata biaq pi la. Itu orang bangla, indon, memang patutla macam tu. Tak kan nak diorang naik kereta merc, honda tak pun viva macam aku ni. Aku tak kisah pun sebenarnya. Tapi belas kasihan kepada sesama manusia. Aku cuma terfikirkan cam ne hidup diorang tu. Datang bekerja untuk mencari rezeki. Memang orang kata, rezeki diorang lagi murah berbanding dekat negara diorang sendiri.
Cuma......aku terfikir life diorang. Mesti merindui keluarga, rindu kekasih, rindu pacar, rindu kucing ayam kat kampung diorang. Kalau tengok susuk tubuh yang kurus, kulit yang hitam. Rasa macam kesiannya....kesian tapi tak boleh buat ape-ape. Bukan ape...aku ni terfikir ( terfikir lagi ) macam ne rasa kalau keluarga yang miskin-miskin tu. Sedih tau. Bukan senang nak dapat sesuatu. Nak sesuap nasi pun susah. Inikan nak makan mcdi. Tengok jelah dari luar.
Keluarga aku pun bukan orang senang. Mak ayah aku hidup susah. Sampaikan diorang meninggal pun, diorang tak merasa senang macam aku hidup sekarang. Sebab tu aku selalu sedih mengenangkan nasib keluarga. Aku faham mereka yang hidup susah. Kakak aku pernah cerita, masa ada arwah abah...abah ni bukan orang senang sangat. Tapi dulu biasalah, elektrik, air susah nak dapat. Abah berniaga jual sayur-sayur kampung, bekebun, bersawah. Masa rumah orang lain dah mula pasang elektrik. rumah kitorang tu lambat sikit nak pasang. Abah besarkan rumah sikit-sikit. Tapi masa abah dah mula sakit, abah tak sempat nak siapkan rumah sebaiknya. Ada dekat kawasan dapur tu. Tak silap aku lantai dapur tu abah tak sempat nak siapkan. Pastu abah sakit. Time abah sakit tu elektrik kat umah baru nak pasang. Sehidup abah, tak sempat nak merasa mewah, dapat makan nasi yang dimasak dengan periuk nasi, ada peti ais, mahupun nak main playstation.
Kalau arwah mak pulak, dia sempat la jugak merasa kemudahan elektrik ni. contoh, dia merasa masak nasi guna periuk nasi. Masak guna dapur gas, xlah masak guna arang lagi. Tapi cuma tak sempat la merasa kemudahan seperti naik kereta, naik motor. Anak-anak pulak time tu, masih lagi belajar. Bila arwah mak dah tak de, barulah anak-anak ada yang beli motor, kereta. Kalau mak n abah ada masih sekarang. Bolehlah tengok anak-anak semua dah berjaya. Ada kehidupan, ada kereta. ada rumah. Paling tak sempat nak tengok @ merasa dapat menantu dan cucu.
Ouhhh....cukuplah cerita kali ini. Ada kerja yang perlu dibereskan. Kesimpulannya disini, kita bersyukurlah dengan ape yang kita ada. Jangan anggap bila kita susah, fikirlah ada orang lain lagi susah daripada kita. Bila kita ada masalah, ada orang lagi teruk masalah daripada kita. Kadang-kadang ada orang suka mengeluh, kenapa naik kereta kecik, jeles dengan orang kereta besar-besar. Tapi pernah tak berfikir orang yang tak de kereta, tak de motor dan hanya berjalan kaki. Bila kita terasa makan mewah-mewah, pernah tak terfikir yang ada orang yang hanya makan nasi kosong dengan air kosong mahupun langsung tidak makan. Selalunya orang kaya, berharta dia akan ada rasa sedikit kesombongan, kebongkakan. Kerana dia tidak pernah terfikir orang yang susah. Lagi-lagi anak-anak yang dilahirkan oleh mak ayah yang berharta. Diorang tidak pernah merasa susah. Oleh itu, mereka tidak akan fikir orang dibawah. Tetapi mereka akan fikir macam mana nak jadi lebih kaya dari mak bapak diorang. Itulah dunia...macam-macam ada. Kaya, miskin, berlagak, sombong, angkuh, baik hati, dermawan dan juga derma ***. Oleh itu, sesiapa yang pernah merasa susah, ataupun tahu mak ayah dia pernah merasa susah, keluarga dia merasa susah....jangan lah lupa diri. Berpijaklah pada dunia nyata. Jangan berlagak sombong dengan orang yang miskin.
Biar miskin harta tapi kaya budi. Oleh itu, belas kasihan la pada sesiapa pun.
No comments:
Post a Comment