Pagi-pagi lagi aku dah apply kursus Pengurusan Stress. Harap-harap dapatlah. Bukanlah nak kata stress sangat. Tapi stress la jugak hidup ni. Aku ni nampak je rilex, menggelabah. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman, eh bukan ada tekanan...tekanan is tension...tension is tertekan...
Sebagai manusia normal adalah normal untuk kita menghadapi tekanan. Seperti menulis blog seperti ini pun aku akan rasa tertekan. Kenapa aku menulis/menaip entry yang entah ape-ape. Kenapa ayat/tulisan macam orang tak sekolah? Kenapa tak de isu-isu yang mendatangkan faedah ? Ape pengetahuan yang aku sumbangkan ? kenapa kenapa dan terus kenapa lagi. Semua itu boleh mendatangkan ke-ten-sion-an ??? Oleh itu, aku haruslah menjadi penulis yang lebih profesional.
Ape lagi, bila dah kerja pulak perlu melayan karenah-karenah staff yang lebih senior. Mereka senior dan haruslah menghormati mereka. Dan belajar dengan mereka. Sebab aku Junior. Bila ada kesalahan haruslah diperbetulkan dan jangan berlagak pandai ataupun bodoh sombong. Bila tak faham sesuatu tu just tanya-tanya-and-tanya..and then bila kita dah bertanya seharusnya mereka yang ditanyakan soalan tu perlu lah jawab dan berikanlah tunjuk ajar. Bukan dengan cara berlagak sebab anda senior.....cara menangani stress ini, just diam jelah. Anggaplah ia sebagai pengajaran dan pembelajaran sebagai junior. Bila kita dimarah, dicerca kerana kesalahan kita itu. Anggaplah ia menjadi motivasi untuk kita belajar. Belajar dan perbetulkan lagi komitmen kerja. Jangan nak main je cik aza oi...
Bila stress dengan kehidupan sendiri...jangan pendam dalam hati. Luahkan sahaja. Kalau aku stress ada beberapa perkara yang aku akan buat agar hati aku lebih cepat tenang. Dan sebenarnya benda-benda ni janganlah kita layan sangat kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Ini cara aku tangani stress....
* Kalau kene marah, aku akan cuba sedaya upaya untuk pekakkan telinga. Kalau kene bebel, bebelan nya akan aku cuba keluarkan ikut telinga kiri. Kiranya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
* Kalau aku marah pulak, aku akan pergi jauh-jauh dari orang. Tak pun masuk bilik dan aku akan menangis sepuas-puas hati aku. Sampai bengkak-bengkak mata dan terus tido.
* Kalau tersentap ataupun kecik hati dengan seseorang, aku hanya diam jelah. Tapi kalau aku diam tu, tandanya aku marah@ tak suka @ tersentap @ dengan orangtu. Senang je nak kenal aku. Kalau orang ok dengan aku, aku pun ok dengan orang tu.
* Kalau nak tenangkan fikiran, buatlah sesuatu jangan hanya termenung memikirkan stress tu. Contohnya pergilah window shopping atau pun tengok cerita kartun. Insyallah ia akan membuatkan kita lega sikit.
Ini tangani stress dari aku. Aku dah search cara nak tangani bukan ditangan-tangan tau. Tapi tangani stress. kredit dari www.anuarmustafa.com. 12 tips tangani stress yang boleh kita gunakan.
1.Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.
3. Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.
4. Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
5. Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
6. Lakukan Meditasi
Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan
Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.
8. Dapatkan Nasihat
Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
9. Belajar Katakan 'TIDAK'
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.
10. Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
11. Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.
12. Menarik Nafas Dalam-dalam
Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
****
Stress juga disebabkan oleh banyak faktor. Contohnya kewangan, keluarga, kawan, kerja dan sebagainya. Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah).
Oleh itu, berdoalah selalu agar kita mendapat ketenangan hati dan fikiran selalu. Seperti firman Allah S.W.T bermaksud : “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
No comments:
Post a Comment