Wednesday, 15 February 2012

Cerita-Gaduh-Sayang-Merajuk

Assalammualaikum


Ini cerita pasal hubungan bercinta. Hollamak, boleh ke cerita pasal cinta ni? Sebab aku bukan pakar pasal cinta. Bila tanya orang-orang yang arif pasal cinta cintun ni...they said ( ceh ckp omputeh no ) it's a normal in relationship when you will gaduh-gaduh manja ataupun kadang-kadang ada salah faham. how come.........


Orang yang dah kawin ( means nikah ) pun still ada gaduh-gaduh n salah faham. Itu biasa dalam hubungan. Ia ibarat makan asam pedas. Kadangkala kita akan rasa asam dan pedas. Walaupun pedas kita telan jugak. Walau pun masin, kita kunyah jugak nasi tu. Boleh pulak kasi persamaan asam pedas ye.Macam tu ke hubungan ni ? Entahlah, bedal je bedah oi....


Ada pasangan bercinta dah dua tiga tahun tu mesti pernah merasa, bergaduh, bertengkar, salah faham dan kalau perempuan tu mesti pernah menangis punyalah. Macam sorang kawan aku ni nama dia Joyah ( bukan nama sebenar ) dah 4 tahun dia bercinta. Tapi masih bertahan lagi. Walaupun dah melalui macam-macam dugaan. Pahit manis masam masin. Semua ada. Pernah banyak kali break pastu sambung balik. Si boyfrendnya lari dari rumah meninggalkan si Joyah sebab mintak putus. Tapi hubungan itu, mungkin dah ditakdirkan masih lagi berkekalan hingga kini. 


Gaduh-gaduh manja tu biasalah. Kalau dah kenal n serasi dengan pasangan tu, gaduh macam mana pun. ia akan tetap kembali kepada kita. Macam si Joyah ni kalau malam tu gaduh-gaduh, merajuk dengan bf dia, pastu paling teruk pun menangis sampai pagi. Tapi esok, lupakan masalah malam tadi. Tak kan ungkit-ungkit cerita malam tadi.  Si Joyah dengan BF dia tiap pagi akan wish good morning. Tak lengkap rasanya hidup kalau pagi-pagi jika tiada mesej morning sayang.Hehehe. Walhal malam tadi bergaduh, merajuk n nangis bagai. Itu cerita si Joyah cerita dekat aku ye. 


Paling kelakar si Joyah pernah cerita dekat aku, kalau gaduh @ salah faham dengan si bf dia tu, tak lah sampai teruk macam bercakaran. Tapi hanya setakat tak balas mesej n angkat telefon je. Kalau gaduh-gaduh manja tu, boleh la diselitkan dengan cerita lain agar kemarahan itu tidak terlalu berapi. Kasi contoh sikit dalam masej : 

contoh 1 : 

Joyah : Kenapa abang pergi mancing tak g tau syg ? abang dah makan?

BF : Abg bukan tak nak gitau, abg tak sempat nak gtau sbb abg kelam kabut tadi. Dh makan, syg?

Joyah : Kalau syg kuar g kedai, tak gtau abg pun abg bising-bising kan. g mancing smpai kt perak tu tak gtau syg boleh pulak. dh mkn dh

BF : abg tak pe, abg lelaki, syg pompuan pegi mana-mana kene gtau...pot pet pot pet pot pet ( nak menang je ) . Syg makan ape tadi ?

Joyah : buwek :.............................: Makan hati.


Contoh 2


BF : Sp si S*** dalam FB ni ? 

Joyah : ala...dia tu kawan sekolah menengah dulu...

BF : Dia nak ape dengan syg? kan abg tak suka syg kawan dgn laki. Kan abg tak suke syg ber FB FB bagai ni. Kenapa degil sangat? Dulu janji ape dengan abg ? Syg tengok vanilla coklat x?

Joyah : Dia kawan jelah. Bukannya ada ape pun. Tak kan kawan pun tak boleh ? Tengok, ensem kan aiman tu. 

BF ; kawan ke ape ke, kan abg tak suka. Ensem lagi abg. 

Joyah : *______________*



*****

Kesimpulan disini, perindahkanlah hubungan yang dibina dengan sebaik mungkin. Gaduh-gaduh manja tu biasalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kalau gaduh-gaduh tu, janganlah sampai terlalu ikut perasaan..... peace no war...-___________-


No comments:

Post a Comment