Monday 25 March 2013

Bersama Anak Buah

Assalammualaikum

Aku memang rapat dengan anak kakak aku..semua ada 4 orang dan rasanya dalam blog aku ni pun aku banyak cerita pasal diorang...alhamdulillah diorang pun rapat sangat dengan aku. perangai masing-masing semua dah tahu..budak-budak kalau depan orang yang dia tak berapa kenal atau rapat memang diorang malu-malu..tapi cuba depan mak bapak dia dan termasuk aku sekali, masing-masing kerenah hazab sekali.hehe..nanti aku ada anak cam tulah jugak...

tapi alhamdulillah sangat anak-anak kakak aku ni tak lah senakal ada sesetengah budak-budak yang hyperactive kan. langsung tak terkawal mulut pun main lepas je..setakat ni anak buah aku semua alhamdulillah..tapi dalam kateogori terlepas sikit-sikit tu adalah..biasalah budak-budak kalau dah sekolah, pengaruh kengkawan akan terbawak-bawak jugak ke rumah..

Kengkadang bila dah lama tak balik tu, rindu dekat diorang. ini baru anak buah, belum ada anak sendiri lagi..haa camner tu.hihi....selalunya kan mesti kebetulan, bila aku rindu dekat diorang, terdetik hati tu nak kol diorang..tak lama lepas tu mesti kakak aku kol aku and gitau budak-budak nak bersembang dengan aku..diorang ni cam tau-tau je yg aku tengah teringat dekat diorang. ape orang putih kata ada instinct @ naluri...kihkihkih....

Apa-apa pun maksu sayang dekat semua anak buah maksu termasuk anak-anak abang aku yang lain..nina, risya, ajam, ajib, fikri,fahmi,lutfi,raiyan, naufal,dani, umairah dan adam....maksu sayang korang...moga korang semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah..amin...


No comments:

Post a Comment