Tuesday 19 February 2013

Kejanggalan

Assalammualaikum

Hari tu ada Dinner sempena program Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT dekat Hotel Berjaya Times Square. Aku macam biasalah jadi urusetia bahagian hadiah dan cenderamata.Dok belakang tabir jelah. Kakak ofis aku diorang upah juru make up. Aku pun gedik-gedik nak try jugaklah.hehehe. Tak pernah kot kene make up, ingat nak tunggu time hari perkahwinan je nanti tapi macam lama lagi je. So, ada peluang ni apa salahnya..huhu..rasa gedik pulak make up2 ni sebab aku memang tak berapa biasa. Kalau make up sendiri tu pun bukanlah heavy sangat pun. lagi-lagi kalau pergi kerja just pakai bedak, eyeliner dan lipstik dah cukup. Kalau ada event pape baru pakai eye shadow ngn blusher. 

Terkebil-kebil jugaklah mata bila mak andam tu pakaikan aku bulu mata palsu.huhuhu..mau tak menangis sebab tak biasakan. kalau orang dah biasa relex je. Siap kene gelakkan lagi ngn mak andam tu.huhuhu..bila dah siap, ya ampun macam tak muka aku yang sebenar..lain bebenor. Rasa macam nak basuh muka balik.hehehe..takut orang tengok terkejut..Inilah hasilnya bila muka aku yang serba ayu di touch up * harap jangan muntah *


Lain kan. Mau tak lain bedak 10 inci kot.hehe..aku tang mata tu kurang sikitlah sebabnya mata aku sepet sangatlah..kalau boleh aku taknak mata nampak sepet..aku nak tang mata tu nampak macam mata Siti nurhaliza tu..kecik tapi comel..muahahah...sedar lah dah mata memang gitu ada hati nak mata macam Dato' Siti..baru aku sedar, kepala aku ni lonjong dan besar, tapi badan kecik.muahaha...tapi aku suka tang kening..itulah kening idaman aku..nampak cam garang sikit kan.hehehe....

Mak andam tu kata muka aku bila dah make up tu macam sorang artis tu. Dulu ada orang kata muka aku ada iras-iras Linda Hashim..cun jugak ape Linda Hashim tu.. dengar kata dah bertungan dengan Beegoo..ehh..tergosip pulak...tapi tang mana pulak samanya ye muka aku Linda Hashim tu...


Inilah Linda Hashim 

tapi bukan setakat muka Linda Hashim, kalau aku pergi mana-mana pun ada je muka yang seiras dengan aku. Mesti ada je orang tegur muka aku sama macam orang ni lah, orang tulah..memanglah dalam dunia ni akan ada 7 orang muka yang akan seiras dengan kita, tapi bila aku kira-kira dari sekolah dulu dah lebih dah 7 orang.haaa....camner tu?? 

Tapi kan Mak Andam tu kata muka seiras betul dengan sorang artis veteran ni..Veteran? mak aii...nampak tua bebenor la aku gamaknya...hehehe....tapi mungkin muka aku verses tua macam tu kot...nak tau sapa? scroll down la ape lagi...





















TARA!!!!

SAMA KE??

Inilah dia Maimon Talib. Samalah kot tang mata ngn hidung..hehehe

No comments:

Post a Comment