Monday 18 February 2013

Happy Monday

Assalammualaikum

Lunch dengan cadbury je tengahari tadi


Dimulakan dengan gambar happy-happy je.Alhamdulillah, hidup dah kembali normal seperti sedia kala. Sebab hari tu, sepanjang minggu risau dengan keadaan kakak aku masuk hospital. Dan sekarang doktor dah sahkan dia penyakit SLE. Kakak pun alhamdulillah dah semakin pulih dan bertenaga. Dah keluar hospital dah pun. Terima kasih kepada sedara mara dan kawan-kawan yang ambik berat.Kakak aku tu lah penjaga aku selepas mak dan ayah dah tak ada. dia tulah ibarat mak dan abah aku. Kalau dia tak ada, serupa lah kehilangan orang-orang yang disayangi. Tapi sekarang alhamdulilah, nyawa dia masih panjang.

Nak pergi mana-mana pun dah tak risau sangat. Dua tiga perkara dalam minggu ni membuatkan aku rasa happy, hidup ada makna. But just wanna to share dengan ucapan ALHAMDULILLAH. aku ni kalau risau sangat, mulalah berkerut-kerut kening and mulalah pening kepala. Mungkin orang yang tengok aku cool je, but dalam hati Ya Allah risau hanya tuhan yang tahu..

Salah satu yang membuatkan aku happy dapat dengar ceramah yang amat berguna dan bermanfaat dari penceramah terkenal - DR.ROBIAH KULOP HAMZAH- 



Siap peluk-peluk pegang tangan gitu macam pasangan kekasih tak? hehe.tapi memang bestlah. tapi rugi aku tak dapat nak join program sampai petang. sebab petang tu ada hal yang tak dapat nak dielakkan ;(

Apa-apa pun, semoga perjalanan hidup ini sentiasa diberkati dan kalau boleh nak yang seronok-seronok sokmo-insyallah-

Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.


No comments:

Post a Comment