Tuesday 29 January 2013

Dugaan Itu Mengajar Kita Sabar

Assalammualaikum

hello and hai, lama kan cuti. aku start cuti hari tu dari hari Khamis sampai lah hari Isnin. Tapi cuti kali ni digunakan sebaik mungkin. setiap jam adalah sangat berharga. selalu kalau cuti boleh lepak relax2 tengok tv, makan ikut suka hati.Tido lagilah ikut time je kalau baring-baring terus terlelap.  tapi cuti kali ini masa yang digunakan adalah sangat pax..senang cakap bizi lah sebab aku jadi mummy yang bizi minggu tadi.hehehe..

Hari khamis pagi rushing pergi hospital tengok kakak aku, alhamdulilah dia semakin kuat. Insyalah dia boleh sembuh seperti sediakala. i love u kak :).pastu petang gerak balik kampung.yuuhoo...ambik anak buah risha ngan nina kat umah nenek angkat diorang, tapi sebelum tu singgah beli kek hari jadi untuk arisha sebab kakak aku mintak belikan and sambut lah sikit untuk befday anak dia sorang tu. aku no problem :). pas ambik budak dua orang tu, rushing pulak gi umah makcik diorang nak ambik si ajam and ajib pulak..rindu betul maksu kat diorang ni....

risha yang baju hijau-8 Tahun

potong kek kat umah acik ita diorang..potong kek je, selamat sedap keknye..alhamdulilah :) janji happy budak-budak tu.pastu dalam kol 9 rushing terus balik rumah..bawaklah anak2 cinonet balik rumah..dahlah rumah lama tak ada orang..rasa cam scary jugaklah..tapi buat bodoh je..kalau sorang-sorang balik memang agak takut jugaklah..

kat rumah- sibuk kucing tu gesel-gesel kat kaki aku..rindulah tu..eh..aku tak korek bontot kucing tu tau...hahaha..

pastu esoknya hari sabtu bersiap-siap pulak nak angkut anak-anak cinonet balik Bangi umah aku pulak. tapi sebelum tu singgah beli barang-barang, kudapan sebab nak kasi diorang makan kenyang2..dalam kereta nanti kelaparan sian pulak. so, singgah tesco kuala selangor..berderet je budak-budak ni ikut aku..orang tengok mesti musykil samada aku ni mak diorang ke, sama kecik je..hehehe..



sebelum teruskan perjalanan kenyangkan perut dulu...order nasi goreng kampung 2 share ramai-ramai..budak-budak pekene milo ais..pastu dah habis makan kita teruskan perjalanan..tapi singgah dulu kat hospital selayang tengok mama diorang..tapi kat situ budak-budak bawah 12 tahun tak dibenarkan naik atas.so,diorang dok kt lobi jelah..telefon ayah diorang turun..sonok budak-budak tu dapat jumpa ayah diorang..tapi sedih diorang tak dapat mama diorang padahal dalam kereta asik sebut nak jumpa mama je..

satel, jumpa ayah diorang balik bangi..malam tu terbongkang tidur kepenatan..tapi tragedi malam tu pulak paip sinki kat umah aku patah..bengang betul..dah lah air kat dalam bilik air tak ada..memang spoil la mood. ape kene entah aku pun tak tau, rumah orang lain ada pulak air..esok pagi-pagi bawak budak-budak mandi kolam kat presint 9 putrajaya..korang mandi lah kat situ, dengan aku-aku sekali berenang kat situ...

lepas mandi rushing bawak diorang lagi pergi Hospital Selayang balik sebab kakak aku kirim kuih donut dengan air bali..tapi budak-budak still tak jumpa mama diorang lagi..:(

 balik rumah bangi pulak lepas tu, petang pulak budak-budak sibuk nak main kat taman, aku pun bawaklah kat taman bawah rumah aku tu..mainlah korang puas-puas.sayu pulak tengok diorang tanpa mak dan ayah..ini semua dugaaan allah...selamat budak-bduak ini tak banyak feel, senang sangat nak jaga diorang..gaduh-gaduh, majuk-majuk sikit tu biasalah kan..

style masing-masing main buaian

petang tu, kat taman arisha jatuh bila dia dok main kat tempat gayut-gayut tu..berderau darah aku. aku tak nampak dia jatuh macamana sebab aku tengah dok main badminton dengan nina, bila aku dengar kedegang bunyik jatuh terus aku toleh, tengok-tengok dia dah lari kat arah aku sambil pegang dada..terus aku peluk dia dan angkat dia..dia dah macam sesak nafas..aku peluk dia kuat-kuat, urut dada dia and suruh nafas perlahan-lahan,,baru dia ok sikit...ingat nak bawak dia pergi klinik..tapi tengok dia macam ok..xpelah...malam tu urut-urut dada, belakang badan, perut..dia kata pening..aku kasi ubat demam..ya allah, risau jugak ni, dah lah aku tak bawak dia pergi klinik..harap-harap ok..nanti nenek angkat dia bawak pergi urut insyallah..

esoknya ahad, bersiap pulak nak angkut diorang balik kampung balik tidur semalam kt rumah kampung, sebab isnin cuti..isnin boleh rehat-rehat..tak lah kelam kabut nanti...balik tu, singgah lagi hospital nak jumpa mama diorang. kali ni, diorang dapat jumpa mama diorang..abang ipar aku tolak guna kerusi roda bawak turun bawah naik lif..dapatlah jumpa diorang sekejap dekat lobi...alhamdulillah..sebak rasanya :( 


azib tengah tunggu mama diorang turun masa ni :)

pastu rushing balik kampung...singgah makan kat sekinchan bersama *paksu..hehehe...balik rumah, masing-masing terbongkang kepenatan...

hari isnin, bangun pagi-pagi basuh baju budak-budak tu, basuh baju kotor yang aku bawak dari rumah bangi sebab dah penuh bakul..satu beg plastik tu aku bawak baju kotor..hihihi...yelah, kat rumah tak ada air, tak boleh basuh baju....sedih betul..pastu kemas-kemas rumah, masak nasi and lauk untuk anakanda cinonet semua..memang sibuk sangat. macam nilah agaknya bila dah ada anak sendiri..dah ada pengalaman dah menjaga anak..memang sabar itu sangat penting...dah tak ada masa nak fikir diri sendiri, bila dah ada anak memang keutamaan diberikan kepada diorang...petang, dalam kol 3 hantar pulak diorang masing-masing dekat rumah nenek and makcik diorang..hemmm...cian sangat..kalau aku tak kerja, memang aku jaga diorang....

apa-apa pun, still teruskan berdoa agar kakak aku cepat sembuh seperti sediakala..dan hidup mereka sekeluarga kembali ceria seperti sediakala..buat sementara ni, terpaksalah diorang sabar..setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya..insyallah...

No comments:

Post a Comment