Tuesday 22 January 2013

Hello and Hai

Assalammualaikum

tak tau nak kasi tajuk entry apa sebab dah lama rasanya tak update ;



Cerita 1

Dimulakan dengan cerita best-best je dulu. Rasa lama sangat tak update story. Atas ni bukan kembar tau..tapi gambar aku la.hehehe..nak tunjukkan tudung baru.kikiki.tudung pun nak batak kan..xpelah, sekali sekala ape salahnya..poyo nak jadi model tudung jugak.hehe..aku ngah sekarang ngah gian nak shopping guna online. senang je, tak yah pening-pening kepala sangat..bank in duit, tunggu dalam beberapa hari boleh dapat. tapi adalah kebaikan and keburukan kalau membeli online ni kan. Tudung aku pakai kat atas ni aku beli kat Zurin Creative. Promote sikit facebook dia.hehehe..Insyallah kalau ok pas ni aku burung borong banyak sikit..bolehlah pilih macam-macam color lagi yang ada..

Cerita 2

Masalah air yang melanda. Aku tak taulah kenapa rumah aku kat dapur je ada air. kat bilik mandi langsung tak ada air. mungkin sebab kat bilik air tu dia guna tangki air kot. so, tangki tu dah tak ada air and mengambil masa untuk air naik lambat. buat masa sekarang ni terpaksalah tiap kali nak mandi angkut baldi tadah air kat sinki dapur pastu angkut kat bilik air. 2 3 kali jugaklah kene angkut nak penuhkan besen dalam bilik air tu. mau patah tulang aku. 



nampak air kat dapur tu ok tak ada masalah. laju lagi tu. tapi tulah terpaksalah ulang-ulang angkat air.selamat aku sorang. kalau ada anak-anak mau patah riuk tulang ni angkat air banyak kali. aku rasa dah nak masuk seminggu kot problem air ni. taulah, baju dah seminggu tak basuh. semalam, konon rajin sangat nak basuh baju jugak..bukan nak tapi terpaksa sebenarnya..basuh jugak baju guna mesin basuh..so, angkatlah air berbaldi-baldi dalam mesin basuh...



 Nampak tak kesungguhan tu, sebab baju kotor dah penuh. aku tak sanggup lagi nak biarkan dia melimpah-limpah berkepam-kepam tak basuh. So, kene rajin jugak bukan basuh guna tangan pun, still lagi guna mesin. kalau orang dulu-dulu mana ada mesin-mesin ni, semua guna tangan kot. manusia sekarang ni je, dah senang sangat-sangat..kemudahan dah banyak itupun still lagi malas..bila time macam tak ada air ni kita merungut-rungut padahal Allah hanya uji kita sedikit saje dan mintak kita berusaha sikit je..betul tak.....

hari ni, badan-badan dah mula sakit-sakit.lenguh-lenguh..boleh taugh badan aku kalau angkut air tiap hari. tak pe, petang ni nak join erobik untuk tambah kekuatan.hehehe. sesiapa area bangi turun lah join erobik kat stadium UKM setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat tiap petang jam 5.30..*promote lagi*

Itu jelah.babai...



No comments:

Post a Comment