Wednesday 30 January 2013

Get Well Soon :)

Assalammualaikum


Mudahan kakak aku sentiasa kuat semangat dan cepat sembuh dari penyakitnya..sekarang ni doktor klasifikasikan penyakit kakak aku adalah Systemic  Lupus Erythematosus ( SLE). aku search info penyakit ni kat google..

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf.
bila aku tengok gejala-gejala tu, memang semua ada berlaku kat kakak aku..so, kene sentiasa berfikiran positif :)

Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005
 
ini adalah maklumat yang aku dapat dalam internet..insyallah kakak aku boleh sembuh seperti sedia kala andai dia sentiasa kuat dan ikut apa yang doktor sarankan..

kehidupan aku pun alhamdulillah dah kembali normal, kat rumah air dah ada balik. so, boleh lah aku mengemas,membasuh dan memasak ..kalau tak seminggu dua ni memang tak terurus hanya disebabkan tak ada air.huhu..malam tadi kemas-kemas bilik bersepah belon-belon anak buah aku tinggalkan..hermmm rindu betul dekat diorang :(


so, aku kemas-kemas, ikat and satukan belon-belon tu dan gantung dekat atas tu..hihii..kalau tak asik tersepak-sepak je atas lantai....alamak rindunye kat diorang....

 

No comments:

Post a Comment