Tuesday 31 January 2012

Kisah Dahulu Kala - Part 3

Assalammualaikum


Macam biasa nak flash back cerita dolu-dolu, kalau tak luper. Dulu lepas UPSR, kiranya darjah 6 nak masuk tingkatan 1 la kan, tengah dilema nak pilih sekolah ape masa tu. Sekolah asrama penuh memang tak pernah terfikir, yang aku fikirkan sama ada nak sekolah menengah biasa ataupun sekolah agama. Family aku pulak nak masukkan aku asrama anak yatim. aku kan anak yatim piatu masa tu. Abang aku, Arol pun dh ada dekat situ. So, pape masalah aku pun refer dekat dia.


Bila dah duduk situ, first kawan yang aku kenal ialah shikin. Dialah kawan kamceng aku. Sonok kawan dengan dia. Walaupun ada jugak gaduh-gaduh, tarik muka sikit-sikit tu biasalah.Shikin ni peramah, aku ni pulak jenis suka tumpang tido umah orang, main kat umah orang. Suka menumpang kasih sayang orang. Itu dah biasa ok. 


Tapi tak lama aku duduk asrama anak yatim tu, sebab UPSR aku dapat 4A1B. Ada sorang ustaz ni dia cikgu dekat sekolah asrama penuh ni. Dia pun ahli jawatankuasa asrama ank yatim. Wife dia pulak ustazah sekolah rendah aku. So, dia tolong aku masuk asrama penuh dan alhamdulillah, aku terpilih kat asrama penuh di SBPI, Sabak Bernam. Tingkatan 1 before aku masuk asrama penuh, aku pilih sekolah agama n dapat dekat Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jamaah ( SAMTAJ) . Kene pakai tudung labuh, pakai baju ketip-ketip dekat tangan tu, serba lengkap kene menutup aurat la. Aku pilih sekolah tu pun sebab ramai kengkawan sekolah rendah aku yang masuk SAMTAJ jugak. Tapi yang tak bestnya, masuk dapat kelas tu, aku ngn sorang lelaki budak sekolah rndah aku je dapat satu kelas. Yang lain-lain, majoritinya dapat kelas pertama sekali. Huhu. Masa tu memang terasa terpinggir sedikit. Tapi aku tak ambik port, aku cari kawan-kawan baru. Budak kelas aku semua bagus-bagus jugak. Aku tak ingat berapa orang budak kelas aku tapi memang ramai perempuan, lelaki nye cuma 7 orang je. Itulah menjadi rebutan semua..ooohh..yeke ???


Tapi aku pun tak ngam sngat kt sekolah tu, ada lah kawan sorang dua. yang aku ingat sorang tu nama dia Hani. Hari tu dia add aku kt FB. Dialah yang menjodohkan aku dengan Kak Sabrina. Dulu tu zaman kakak n adik angkat. Dyorang tu yang duduk kat asrama SAMTAJ tu memang semua pompuan. N aku rasa sp yang pernah duduk asrama mesti ada budaya kakak @ adik @ abang angkat-angkat ni kan. Dan aku pun, tak terlepas ada kakak angkat yang bernama SABRINA. aku selalu terbayang 'Sabrina The Teenage World'.huhuhu. Kakak tu baik, selalu kasi surat n kitorang pun berbalas-balas surat. Dah macam bercinta ok. Tapi best. Aku rasa dengan cara macam ni menjadikan kita untuk lebih bersemangat. Pastu kasi hadiah, coklat la, pen la, n macam-macam lah. sonok....Tapi sekarang dah lost contact dah. Lepas aku dapat asrama penuh tu aku pun tak contact dia lagi... 



Nak story masa kat sekolah SAMTAJ dulu. Ada masa kat kelas dulu, ada sorang cikgu ni orang kata cikgu ni giler-giler sikit. aku pun tak tau lah giler mcam ni. Dia pompuan ok n dia guru kelas kitorang. Orang kata dia ni kadang-kadang ok, kadang-kadang senget n kadang buat orang ngeri. Memang betul pun.  Aku pernah kene marah dengan dia dekat bilik guru sebab resit bayaran  hilang ke ape entah. Masa tu memang gila kaw-kaw la n cikgu lain-lain pun kata memang dah faham perangai dia. Dia memang macam tu. Itu bab time dia tak ok, ada masa kt kelas hari tu, dia kata dia last day kerja sebab dia akan di transferkan ke sekolah lain.. masa tu dia kata dia nk enjoy-enjoy dengan kitorang. Dia tak nak mengajar. Dia suh kitorang menyayi la bagai. Tiba-tiba aku rasa dia macam cikgu shida pulak..huhuhu....






Kita zoom tengok aku comel masa dolu-dolu




Aku tak tido ye, silau sebab panas. i kan puteri lilin.


Ok cukuplah cerita sekolah dekat SAMTAJ. Aku tak reti nak tulis panjang-panjang nie.Nanti sambung lagi. Babai. Adios.Assalammualaikum.


Boleh tengok Entry lain :





Makan, makan dan makan

Assalammualaikum


Pagi- pagi nak cerita pasal makanan semalam. Dah terasa lapor dah ni. Huhuhu. Semalam balik kerja singgah pasar dekat hentian kajang tu sebab terfikir malas nak masak. Bila dok sorang-sorang kat umah ni, semua benda nak buat jadi malas. Lepas makan malam tadi pun g tido awal sebab tak de cerita menarik. Dalam kol 9.30 dah tutup lampu masuk bilik. Kalau dah landing mata aku ni cepat jelah nak terlelap nye. 


Gi pasar semalam beli rangka ayam ngn nasi ambeng. Rangka ayam ni memang favourite aku dari kecik. Masa kecik-kecik dulu abang aku memang suka beli rangka ayam ni kalau diorang g pasar. Makanlah sampai muntah-muntah kekenyangan. Dulu harga dia taklah semahal sekarang ni, dulu RM1.50 boleh dapat, tapi sekarang RM3.50 ok.



Inilah rupa rangka ayam. Mana tau ada orang sekarang tak kenal ghuper rangka ayam. Aku suka sebab aku suka meratah tulang-tulangnya sambil tengok tv. memang layan je. sedapp..pastu cicah la dengan sambal tu. kalau makan daging ayam, kenyang. makan rangka ni tak la kenyang tapi rasa macam bila makan mesti nak makan lagi sampai habis. macam makan kuaci tu. 





Ini pulak nasi ambeng. Ramai yang tak pernah rasa nasi ambeng ni. Ini adalah makanan orang jawa. Aku dah selalu gak la makan nasi ni tapi tak lah minat sangat pun. Beli semalam pun sebab nak try makanan lain. asyik beli nasi ayam je. Lepas ni teringin nak try nasi kerabu la pulak. Tengok orang beli macam sedap je. Nasi kerabu tu makanan orang kelantan @ Terengganu. Harga nasi ambeng di atas RM6.00. Memang mahal, lagipun dia ada taruk mee goring, kelapa tu, ada sambal tempe, pastu ada ayam masak kicap. Standard la kan. Tapi ok n sedap. Bali umah je semalam terus melantak. Lapar sebab tengahari selalu aku tak makan. Pagi aku terus breakfast berat. Bila dah petang kebulur la ape lagi.



Macam rancangan jalan-jalan cari makan pulok...gedik ok. Aku happy sebab berat aku dah naik 4kg. Hahahaha. buat lawok jelah. Oklah tu, harap-harap naik lah lagi ye....bukan tak bersyukur dengan ape yang aku miliki, bersyukur, cuma kalau boleh biarlah nampak sihat. Tak suka la orang panggil macam-macam. sedih sangat : ' (  Sekarang tengah amalkan minum susu. Tapi aku cuma boleh telah susu strawberi je. Susu lain reject.......alhmadulillah berkesan.

Monday 30 January 2012

Perasaan Dendam dan Iri Hati



Assalammualaikum


Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tidak akan lari dari mempunyai sikap benci, sakit hati, buruk sangka, meluat, menyampah, dendam dan seangkatan dengannya. Tidak kiralah ianya bertutup litup, bertudung bawal, mahupun hanya memakai selekop. Yang membezakannya hanyalah tinggi atau rendah imannya terhadap Allah S.W.T



Kenapa ini semua ada dalam diri kita?? Kerana tiada manusia yang sifatnya sempurna. Dan juga hasutan syaitan yang telah bersumpah akan membuat kaum adam ini ke arah kesesatan. Didalam hati setiap manusia ini ada ruang yang syaitan akan duduk. Terutama di hati kita. Oleh itu, jaga-jagalah dengan setiap gerakan hati kita ini. Kadangkala, perasan tidak bila kita melihat sesuatu pasti kita akan bercakap dalam hati. Tak kiralah mungkin di hadapan kita itu seorang yang kurang menarik, lalu di dalam hati syaitan akan berbisik, "hodohkan dia"" . Sekiranya di depan kita ada perkara haram yang terjadi, lalu syaitan berbisik " Biarkan saja, dosa dia yang tanggung ".



Adakah kita sedar sebenarnya setiap yang kita lihat, setiap yang kita dengar, semua adalah tanggungjawab kita. Jauhkanlah dari mengingkari perintah Allah S.w.t dan membuatNya murka. Nauzubillah....Astaghfirullah...



Memperingatkan diri sendiri, semoga jauhkanlah dari bersikap iri hati, dendam sesama manusia. Jadikanlah hati ini setenang hati-hati para nabi.