Assalammualaikum
Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tidak akan lari dari mempunyai sikap benci, sakit hati, buruk sangka, meluat, menyampah, dendam dan seangkatan dengannya. Tidak kiralah ianya bertutup litup, bertudung bawal, mahupun hanya memakai selekop. Yang membezakannya hanyalah tinggi atau rendah imannya terhadap Allah S.W.T
Kenapa ini semua ada dalam diri kita?? Kerana tiada manusia yang sifatnya sempurna. Dan juga hasutan syaitan yang telah bersumpah akan membuat kaum adam ini ke arah kesesatan. Didalam hati setiap manusia ini ada ruang yang syaitan akan duduk. Terutama di hati kita. Oleh itu, jaga-jagalah dengan setiap gerakan hati kita ini. Kadangkala, perasan tidak bila kita melihat sesuatu pasti kita akan bercakap dalam hati. Tak kiralah mungkin di hadapan kita itu seorang yang kurang menarik, lalu di dalam hati syaitan akan berbisik, "hodohkan dia"" . Sekiranya di depan kita ada perkara haram yang terjadi, lalu syaitan berbisik " Biarkan saja, dosa dia yang tanggung ".
Adakah kita sedar sebenarnya setiap yang kita lihat, setiap yang kita dengar, semua adalah tanggungjawab kita. Jauhkanlah dari mengingkari perintah Allah S.w.t dan membuatNya murka. Nauzubillah....Astaghfirullah...
Memperingatkan diri sendiri, semoga jauhkanlah dari bersikap iri hati, dendam sesama manusia. Jadikanlah hati ini setenang hati-hati para nabi.
No comments:
Post a Comment