Friday 2 November 2012

ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum

alhamdulillah
syukur kepada mu Ya Allah kerana diberi rahmat kebahagiaan. Mungkin orang yang melihat ia satu penyiksaan, satu penderitaan tetapi andai niat yang baik, dengan cara yang baik Insyallah Allah akan berikan yang terbaik dan terindah buat kita.

Semua hal di dunia adalah pinjaman dan perkongsian yang dipinjam dari Allah buat kita. Kesihatan, kecantikan, kekayaan, kesenangan dan kebahagiaan. Tiada satu pun adalah hak milik mutlak hanya untuk kita seorang. Tiada apa yang perlu direbutkan kerana semua itu perlu kita kongsikan. Malahan udara yang kita bernafas sekali pun kita sama-sama rasakan. Dengan itu tiada makna untuk kita saling berebut-rebut untuk memiliki hak masing-masing. Ada perkara pasti kita terpaksa korbankan. 

Alhamdulillah,
kerana diri ini diberi kepercayaan. kerana diri ini diberi ruang untuk berkongsi kasih dan sayang. Walaupun kadang-kadang rasa seperti sangat menyakitkan tapi sebenarnya ia adalah terbaik buat kita.Segala yang ditakdirkan tuhan, segala yang berlaku pasti ada hikmat yang tersembunyi. Yang penting adalah niat kita sama ada baik atau jahat.

Terima Kasih Allah,
Kerana andai satu hari nanti tiada sesiapa menyayangi ku lagi..tapi aku percaya aku pasti ada Kamu yang menyayangiku .ALHAMDULILLAH.

No comments:

Post a Comment