Friday 17 August 2012

Perasaan Beraya Tanpa Ibu dan Bapa

Assalammualaikum

Malam tadi tengok cerita episod last 7 Ramadan....lakonan yang mantap dari Elly Suriati...dia kalau berlakon watak apa pun mesti menjadi dan sangat beremosi...7 Ramadan ni cerita nya boleh tahan lah membuat kan aku menangis jugak...aku kan cepat touching..hehehe...


Cerita ni mengisahkan Sufiah ( lakonan Elly suriati ) telah membesarkan anaknya yang bernama Dhani dalam serba kekurangan dan miskin. Manakalah si anak, Dhani setelah berjaya sedaya upaya cuba untuk melupakan kisah dan kenangan lalunya yang hidup miskin sehingga dia sanggup menghancurkan hati ibunya yang dianggap hanya ibu angkat. Dia juga telah menipu kekasih hatinya mengatakan ibu dan ayahnya berada di luar negara. Tetapi akhirnya rahsia siapa sebenarnya Ikram dan anak sebenar Sufiah yang masih hidup terbongkar...nak tau lebih lanjut kene lah tengok kt tonton pada sapa-sapa yang tak follow cerita ni....

cerita macam ni, kita boleh ambik banyak pengajaran dan rumusan, antaranya  : 

- Jangan Lupa Diri, sehebat-hebat kita pada waktu sekarang adalah disebabkan siapa diri kita dahulu. Bukan dahulu kita miskin, kita akan miskin selamanya...dan bukan kita kaya sekarang, kita akan kaya selamanya

- Jangan Salahkan Takdir , setiap takdir hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t. Setiap dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t ada sebabnya. Tuhan tidak akan sekali-kali memberikan dugaan itu andai kita tidak mampu memikulnya...

- Hormati Ibu, syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu yang melahirkan kita, ibu yang menjaga kita, jangan sekali-kali membuatkan air mata ibu mengalir kerana sikap kita..andai ibu sudah tiada, baru nak menyesal tiada guna. 

- Jangan Menghina, penghinaan kepada orang lain adalah penghinaan kepada diri sendiri. 


****************


sedih, sedih, sedih

setiap tahun makin lama makin xsyok nak beraya, tak ada perasaan raya pun..heemmmm...tapi perasaan sedih tu adalah..

kadang-kadang hidup ni rasa kosong, kosong kosong

bagi mereka yang still ada parents tu, sentiasa lah ziarah and tanya kabar dekat diorang. bila time cuti lagi-lagi cuti raya ni, baliklah kampung..salam dan cium tangan mereka...mintak ampun dan maaf..jangan sampai bila mereka dah tiada kita tak sempat nak mintak ampun dan maaf. 

Buat mereka yang sudah pergi tu, akan terus pergi dan kita yang hidup ni teruskan kehidupan. Tapi jangan lupa pemergiaan mereka. Sedekahkan alfatihan, ziarahi kubur mereka..jangan sampai pergi kubur mereka dah tak ingat mana satu kubur tu..sendiri jugak yang menyesal. macam aku hari tu, dah dua tahun tak pergi kubur arwah, kenapalah aku lupa diri...hari tu pergi nak ziarah kubur abah dah tak jumpa....sedih sangat tau..

apa-apa pun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...



No comments:

Post a Comment