Thursday 16 August 2012

Instagram#Nak Raya Dah

Assalammualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan Syawal dan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Sob sob sob....Rasa-rasa, ramadhan kali ini adakah memberikan manfaat dan penuh keimanan dalam diri kita? ataupun ia nya hanya sama seperti hari-hari biasa ? Renung-renungkanlah dan selamat beramal....

Makin lama, rasa macam nak sambut raya ni dah tak rasa seronok pun..mungkin disebabkan faktor umur, faktor keluarga dan lain-lain....kan best kalau balik ke zaman kanak-kanak dulu, seronok main bunga api, seronok main basikal, seronok makan kuih raya dan bla bla bla.....

Mungkin ini entry terakhir before raya...esok dah start busy dah...mungkin akan mengambil masa lama nak update entry dan baca entry  blogger yang osem2...before tu, come on bebeh layan instagram kepam aku, xtau nak share kat mana, kita share dekat blog jelah....


Selamat Hari Raya Boss...boss aku dah start cuti dah, tapi aku tau kejap2 nanti dia mesti akan datang opis jugak, walaupun dia suruh aku apply cuti lama-lama, dia mesti kadang-kadang akan datang opis jugak, tertinggal barang lah, online lah, nak check aku ada ke xde la tu..hehehe.....aku ada je kat opis ni, yang xde tu 'mereke-mereka tu'. Ngulor je banyak.....bila call ofice masing-masing semua tak berangkat, tapi bila time aku tak de kat opis, kuar kejap je powwnnn , telefon tempat aku tak berangkat,sibuk dok tanya-tanya pergi mana lah, cakap aku tak boleh tinggalkan tempat lah, sebab aku jaga pengarah....ada aku kesah? aku sentiasa ada, kalau tak de pun, aku tak kan mengulor lama-lama lagi-lagi time boss aku ada....aku takut nak makan duit tak berkat, aku takut nak makan gaji buta, biarlah gaji sikit tapi bila kerja dengan ikhlas, insyallah rezeki kita berlipat kali ganda and sentiasa je ada....korang pun, kalau nak claim OT ke, janganlah melampau-lampau....itu hak korang nak la kan nak claim....tapi tanyalah diri sendiri tu, betul ke buat OT...kerja hakiki cam ne pulak? kadang-kadang masuk kerja log in pastu 2 3 jam mengulor....bila dah waktu balik kerja baru sambung kerja pastu claim OT....padahal kerja tu boleh siap sebelum office hour lagi...tapi itu terpulanglah kan, aku pun not perfect..sebab tu kadang-kadang gaji kita beribu-ribu tiap bulan pun, still xcukup-cukup.....ehhh....terluahkan perasaan la pulak....hehehe...aku cakap benda yang betul, kalau tak betul tu boleh diperbetulkan.....

eh, aku nak gtau sebenarnya seminggu ni kan dah boring tak tau nak buat apa, boss dapat banyak kad raya, so, aku mintak izin dia aku nak tampal kad raya...dia kata Ok je...nampak tak partition tu lah tempat aku sebagai secretary boss....bilik aku besarlah jugak berbanding sepatutnya bilik  secretary boss...tapi nak buat camner...dah aku dapat bilik yang besar camtu...alhamdulillah....dan aku suka keadaan bilik cam ni, aku sorang-sorang je, ada pun meja belakang aku tu untuk R.A ataupun pelajar praktikal perempuan....boss aku suka kalau ada pelajar praktikal pompuan dia suh duduk belakang aku tu, tujuaanya boleh dia usha-usha..hehe...boss-boss....

pintu tu menghubungkan bilik aku dengan boss, dulu masa mula-mula bilik pengarah siap, pintu tengah tu tombol orang JPP tu pasang terbalik, maksudnya tang kuncinya dekat sebelah aku. Sepatutnya tang kunci tu belah dalam belah bilik boss, pastu mintak orang JPP yang pasang pintu tu betulkan balik. boleh dia kata, nanti kalau P.A ( akulah tu ) tengah tension banyak kerja, aku g kunci pintu dari tempat aku, terbalik la pulak nanti sapa yang jadi boss kan....huhuhu...betullah tu...

Boss aku baik, tapi dia xpernah nak kasi duit raya kat aku....bonus raya banyak tu...hehehehe


alhamdulillah, dah ada kereta ni nak pergi mana pun boleh....cuma kene ada duit nak isi minyak and bayar tol je...kereta pun dah servis hari tu sebelum puasa, roadtax pun dah hidupkan. elok pulak matinya hari raya pertama kan..bulan ni memang pokai lah..tapi terima kasih kerana ada yang sudi membantu...tanpa dia, xtaulah macam mana..terima kasih banyak kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam semua aspek..

setiap sebelum perjalanan, baca doa kenderaan dan sentiasa aku amalkan membaca ayat kursi...mintak mohon perlindungan agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang perjalanan. Semasa drive pun, kita kene sentiasa beringat...jangan ingat jalan tu kita yang punya..jadilah pemandu yang berkhemah....jangan bawak kereta tu laju-laju, nanti kene saman ( ingatkan untuk diri sendiri )......

abg mejah...napo tulisan mu ni terok bebenor....macam tulisan otomen jer.....


setelah sekian lama tak ada sapa nak kasi kad raya untuk aku kan, abang mejah TERBANG TINGGI-TINGG telah sudi memberikan kad raya kepada readers blog dia..terimas abg mejah. Korang baca lah blog dia and jadi followers dia....aku suka gak baca entry-entry walaupun kadang-kadang macam bangang ( ayat kasar ) je kan..tapi motif dan pengajaran dalam setiap entry yang cuba disampaikan tu memang ada....kadang-kadang sebelum tidur malam pun aku boleh gelak sorang-sorang teringatkan entry yang dia buat tu....ada satu entry tang raya...dia pergi beraya ngn kawan-kawan dia kat kampung sebelah...masa tu umah orang tu banjir...ada pulak kakak cun tu dok panggil-panggil diorang suh singgah beraya..sekali nak masuk umah orang tu, tersilap laluan termasuk dalam parit depan umah orang tu....habis kene bantai gelak guling-guling dengan kakak cun tu yang memey ( memang ) nak mendajalkan diorang...hehehe...itu memang aku tak boleh blah....kelakar betul.....


pertama kalinya aku taruk gambor makan di bulan puasa kali ni, blog orang lain dah berlambak-lambak gambar makanan berbuka, kuih raya dan macam-macam lagi....tapi aku nak gitau ni bukan burger ramly ni namanya burger krabby ayam..entah apa-apa jelah sekarang ni, semua burger dah banyak nama, burger bakar lah, burger terbang lah, burger itu burger ini....saje nak try burger ni...tapi masa aku beli tak ramai orang....ada satu tempat jual burger tu namanya burger cheese ke ape entah, punyalah panjang ramai orang...aku tak sanggup pulak nak tunggu, kalau ikutkan hati aku nak beli burger ramly je lagi sedap, tapi xde pulak yang jual...xpelah try lah burger krabby patty ni. yelah aku pun suka gak tengok cite spongebob ni...rasanya...emmm....not badlah....daging ayam tu memang betul-betul full ayam kot...kenyanglah kan..pastu yang aku suka dia taruk sos tu melimpah ruah...aku memang suka....kalau nak tau rasanya lebih lanjut macam kita makan satay ayam dengan roti...haaa cam tulah rasanya....tapi kan, aku lagi suka burger biasa....burger ramly tu lagi sedap....pastu taruk cheese..kalau beli burger krabby ni aku boleh dapat 2 ketul burger ayam ramly..



**********************

Ok lah, itu jelah setakat ni kot, di atas kesempatan ini, kepada sapa-sapa yang baca blog aku silalah komen, tinggalkan jejak anda.....dan aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali aku...andai kata ada silap dan salah, terguriskan perasaan, tersilap tutur dan bahasa...mohon ampunkan aku ye....

raya nanti, jemputlah datang ke rumah, pintu rumah sentiasa terbuka untuk semua kawan-kawan..buat ahli keluarga, mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan keselamatan, dan sentiasa happy selalu..amin...




2 comments:

  1. oh macam tu kad raya mejah..dia kata siapa yg dapat jek tau camne rupanya..HAHAHA...okay, selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya man yusoef, thanks sudi komen...

    ReplyDelete