Monday 13 August 2012

Jodoh

Assalammualaikum

Semua manusia inginkan kesempurnaan. Tidak kiralah dari paras rupa, harta benda, jodoh dan segala-galanya..Tetapi setiap manusia itu sendiri mempunyai kelebihan, kekurangan dan takdir kehidupan masing-masing. Dalam hidup ni sentiasa ada dua perkara, yakni ada mati hidup, sakit sihat, baik buruk, kaya miskin, hitam putih dan sebagainya......

Percayalah kita, semua yang kita inginkan untuk menjadi sesempurna mungkin. Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak sama seperti apa yang kita inginkan kerana setiap ketentuan itu datangnya dari Ilahi. Sama seperti jodoh...jodoh itu adalah takdir dari Allah S.W.T..kenapa tuhan menemukan seseorang itu kepada kita, walhal jodoh itu pada permulaannya bukan lah atas dasar pilihan kita..hanya satu jawapannya iaitu tuhan itu maha mengetahui...pasti ada sebab kenapa kita dipertumakan dengan pasangan tersebut...





seperti contoh, jodoh yang dipertemukan oleh ibu bapa mahupun keluarga. Mungkin pasangan tersebut , tidak boleh menerima tetapi mungkin tuhan menjodohkan pasangan tersebut atas dasar supaya mereka sedar akan besarnya kuasa ibu dan bapa...setiap apa yang mereka katakan, jodohkan adalah satu doa yang dapat mengekalkan jodoh mereka sehingga akhir hayat. 

Kadang-kadang kita marah dan kecewa, kenapa kita berulang kali dipertemukan dengan pasangan yang salah. Putus cinta berulang-ulang kali. Mungkin tuhan mahu menduga kita, menyedarkan kita tentang kesilapan kita, mencabar tahap keimanan kita ataupun tuhan ingin memberikan kita insan yang lebih baik..

Jodoh, 
tiada siapa tahu jodoh kita sebelum kita bernikah...cuma sentiasa berfikir jodoh adalah ketentuan ilahi, satu takdir, sama macam takdir kita kehilangan ibu dan ayah, takdir kita dilahirkan dalam keluarga yang susah. Sama seperti jodoh, bukan mengharapkan yang SEMPURNA tetapi mengharapkan ia menyempurnakan KEHIDUPAN dalam diri...




credit pix from : facebook

No comments:

Post a Comment