Assalammualaikum
2011 hampir melabuh tirai beberapa hari je lagi. Maka masuklah permulaan 2012 yang bakal terjadi tanpa kita ketahui.
2011
Banyak perkara yang terjadi....
Banyak yang dipelajari
Banyak perkara bermain fikiran
Sejak aku layan blog uncleseekers ni..ayat-ayat aku pun boleh terjebak macam ayat uncle seekers..yakni berbunyik mistik...........Cewahhh...
Banyak yang aku boleh renungkan nasib diri
Banyak yang aku perlu perbaiki
Banyak suka dan banyak jugak duka dan dugaan yang melanda
Banyak perkara yang dapat disatlekan secara berkhemah
dan tetapi ada juga perkara yang masih tak satle smpai sekarang
Hidup ini ada pasang surut
Ada kala menangis
Ada kala ketawa
Ada kala merajuk
Ada kala rasa tak nak hidup pun ada
Hari tu
Aku pernah bermimpi
Mimpi ape aku pun dah tak ingat
Tapi bila esok pagi masuk ofis je aku search makna mimpi tu ape
Dan mimpi tu bermaksud lebih kurang macam ni lah
Petanda yang mengatakan bahawa sesuatu yang tak baik/aib akan berlaku pada keluarga
Memang agak tersentak apabila membacanya
Aku tak percaya sangat tafsiran mimpi
Tapi entahlah
Sejak dua menjak ni aku dah mula terfikir
Dan sedang berfikir
Ape yang sedang terjadi sebenarnya
Beberapa perkara yang sudah terlintas dalam fikiran ni
Ya Allah,
Aku mohon perlindungan pada mu
Lindungilah keluarga ku, lindungilah diriku dan lindungilah orang-orang sekelilingku terutama mereka-mereka yang ku sayang ini.
Jauhkanlah dari bersifat dendam dan iri hati ini..
Memohon Kebaikan di Dunia dan Akhirat
( وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠
Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)
Mengamalkan ayat Kursi
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ( ٢٥٥
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (2: 255)
Diriwayatkan daripada Sahih Muslim bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Qur’an adalah ayat al-Kursi. Ada juga diriwayatkan di dalam Sahih Bukahri dan Sahih Muslim berkenaan kisah
Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan yang mempunyai hubung kaitnya dengan ayat al-Kursi.
Dan banyak lagi doa-doa yang boleh kita amalkan. Link disini.
2012
Bakal perjalanan yang lebih besar akan berlaku
Tidak tahu ape yang terjadi
Yang mengetahui hanya tuhan yang satu
Semoga dipermudahkan segala urusan
Jauhkan segala yang tidak baik berlaku terutama kepada keluarga dan orang-orang yang aku sayang
Moga mendapat keredhaan allah atas hubungan kami ini
Moga dipercepatkan perkara yang baik
Moga dijauhkan perkara yang tidak baik
Moga mendapat restu keluarga
Moga mendapat kemurahan rezeki
Moga mendapat kesihatan tubuh badan
Moga mendapat kekuatan dalam menghadapi dugaan yang mendatang
AMIN YA RABBAL ALAMIN
No comments:
Post a Comment