Assalammualaikum
Semalam kakak dan her family datang rumah. Tido 3 malam kat rumah aku sebab kakak nak g berubat kat darulshiefa.
Alang-alang dah datang ni...ape lagi bukan main suka la anak buah aku empat orang tu. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni..
So, maksu yang baik hati ini dengan riangnya nak bawak diorang g jalan-jalan. Tak tau sebenarnya nak bawak gi mana, tapi decide tempat yang dekat and tak memenatkan sangat...aku bawak g jalan-jalan kat putrajaya jelah.
Tempat yang aku pernah pergi dengan geng-geng aku dulu iaitu Taman Botani. Petang-petang ni kita berjalan jelah menghirup udara yang segar.
Koleksi gambar di Taman Botani...................Chilll laaahhhh.......
Harus tengok map sebab takut sesat..KuiKuiKui...
Maksu kata kene dengar cakap...Jangan nakal-nakal..dan mereka berkata "BAIK BOSS"
Ajib tak de sebab masih tido di pangkuan ayahnya
With their mum @ my sister
with Maksu
Alia Arisya
Mereka yang tertinggal jauh di belakang
Anak-anak yang berlari berkejaran mengejar ibu dan ayahnya
Si kakak dan adik yang bergaduh sebab main lari-lari..
Ada gaya model kulit album lagu tak???
Si Azam yang bersungguh berjalan atas jambatan
Azam dan Risya berlatar belakangkan tasik dan empangan
Empangan Putrajaya
aksi lakonan....ape yang ajam nengok2 tu????
oooo rupenya........
Maksu nengokla....kapal terbang. Aku sampai sekarang kalau ada kapal terbang kat langit mesti batak nak nengok.Nape entah...taulah tak pernah naik kapal terbang lagi..
pastu nak balik singgah jap kt tepi tasik tu. Rupanya ada banyak sangat ikan. Ape lagi bukan main sonok budak budak tu kan. kasilah makan roti yang ktorang bawak. Melonjak-lonjak ikan tu keriangan kerana diberi makan.
Bukan setakat ikan saja keriangan..si amanina pun turut melonjak keriangan dan kamera pun senget keriangan.
Si Amanina yang keriangan..Flying kiss tu...sape nak ambik, ambiklah...maksu tak nak.hahaha
My sis yang berusaha nak tangkap ikan...dia kata pelik la ikan punyalah banyak tapi sekor pun tak dapat tangkap..bawak jala baru tau..jangan kak,,nanti kene denda maksu taknak bayar....huhu
Dh hampir magrib ktorang pun bergerak ke masjid putrjaya. Semayang magrib pastu dok kat tengah-tengah dataran depan masjid tu sebab nak tunggu abang aku si azrol.
Gambar Malam ( Gelap kamera xde flash sebab bateri enset dah nak kong)
Ini bukan sengaja posing tapi sebab jatuh.Itulah lari-lari lagi kan...heheh
Abang aku dah sampai kitorang pun gerak makan dekat Sup Urat Keting, seksen 7. area rumah aku. Kat situ aku suka makan satey dia. memang sedap. Pas makan balik la..masing-masing dah kepenatan.
Hope kakak dan family happy semalam..I love u all....
No comments:
Post a Comment