Wednesday, 28 December 2011

Mabuk ke ape??

Assalammualaikum

Pagi-pagi dah tulis entry..giler ke ape?
Bukan giler tapi aku takut aku lupa apa yang aku mimpi malam tadi
Memang betul-betul macam nak giler la pulak
Mimpi pun batak nak ingat
Uish mestilah kene ingat
Sebab mimpi ni kita susah nak ingat
Selagi ingat baik kita abadikan dalam memori ni haa.......
Ingat tak pe, percaya mengarut-ngarut jangan

Masa tengah taip ni pun aku tengah blur blur je
Sebab aku rasa macam nak sambung tido balik
aku nak mimpi tu balik
Ape yang aku mimpi tu ye??
Entahlah xingat la pulak...
Haha..ada jugak yang nak kene Penampar 80 kali gamaknya

Aku bermimpi si Lelaki Pujaan OOooo...
Hero seperti bintang hatiku.............ooooOOO

Pelakon2 dalam mimpi tu mesti ada aku sendiri empunya badan
 & My actress yang aku giler bayang * *=  JOHAN ASHARI


Dalam mimpi aku tu Johan kawen dengan si Melly ( citer Dhia ), macam bangang kan boleh pulak dyorang ni masuk mimpi aku. Cuba aku masuk mimpi Johan ni best jugak.kehkehkeh.Nak kene penampor ngan Fasha Sandha ke????

 Lepas tu, boleh pulak Johan ni dok sembang-sembang dengan aku dan kengkawan yang lain. Pastu boleh pulak aku g cemburu dengan kawan aku ni sebab johan dok sembang-sembang dengan kawan aku tu je. Huhh.memang tak puas ati betul mimpi macam tu...Pastu banyak lagi la adegan-adegan yang perlu dirahsiakan dan tak berapa nak ingat. 

Tengah syok syok melayan mimpikan Johan ni, dengar suara " Dah kol 7.30 ni, xbangun lagi ke??? Tersentak dari lamunan mimpi..Suara kakak aku rupanya. Terus bangun, mandi dan bersiap ke kantor...

Wahai En.Johan yang berlakon cerita Juvana
Memang aku suka la tengok watak dia tu
Dalam cerita tu dia digelar botak 


After tu dia berlakon pulak cerita Tentang Elyssa
Watak dia sebagai Aril
Memang penuh dramatik cerita tu


Tapi disebabkan cerita ni jugak banyak kecemburuan yang berlaku
Antara aku dan dia
antara aku dan Johan
Kerana dia digosipkan dengan Fasha Sanda tu
Dan kerana rupanya dulu dia pernah bercinta dengan Ezrin Azminda tetapi dinafikan oleh Johan

Ape-ape pun Pesanan ikhlas dari peminat ni  ( Cewahh,macam dia baca blog cikai aku ni ) 

@ Mendoakan yang terbaik untuk awak, terutama karier sebagai pelakon ni. Watak yang awak ambik semua memang berkesan dan membuat hati peminat rasa kagum. Tahniah diatas kejayaan sebagai pelakon tetapi masih terlalu awal lagi dan perlu berusaha untuk menjadi pelakon yang cemerlang, gemilang dan terbilang 

@ Jaga tingkah laku dan budi bahasa kerana anda seorang artis yang menjadi idola di mata peminat. 

@ Jangan sombong walau dengan sesiapapun

Ikhlas dari :

Peminat Mu Yg Setia.

No comments:

Post a Comment