Friday, 30 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Assalammualaikum

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Aku rasa semua orang suka pada hari Jumaat. Dari kecik masa sekolah dulu pun bila time hari Jumaat je, semua senyum sebab Jumaat last hari sekolah minggu tu. Esok Sabtu  cuti boleh rilex-rilex, boleh bangun lambat, boleh tengok tv puas-puas. Sama juga sampai sekarang even dah kerja sekalipun aku suka hari Jumaat. Sebab esoknya dah cuti dan aku boleh tido puas-puas, rehat puas-puas, tengok tv puas dan boleh la berjalan menenangkan fikiran kan. 

Sedar tak sedar, hari adalah Jumaat yang terakhir bagi tahun 2011. Sedih jugak rasanya tirai tahun ini akan berlabuh pada esok hari. Tutuplah buku bagi tahun ini dan bukalah buku baru dan semangat baru untuk tahun 2012 pulak. 



Apa yang boleh dirumuskan sepanjang tahun 2011 pada diri aku banyak sekali. Ada suka, ada duka, ada perkembangan, ada penyusutan, Kegembiraan, tangisan dan pelbagai lagi yang berlaku. 

Antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 ( Sedaya upaya untuk aku ingat ) : 

* Pindah rumah baru awal tahun hari tu. Sebab pindah rumah yang aku duduk sebelum tu tuan rumahnya nak duduk situ sebab berkahwin. Orang yang kawin tu dia kawin dengan housemate aku. Kiranya aku duduk dulu tu umah pakwe kawan aku la. Bila dyorang dh kawin dyorang duduk la situ, so, aku zira n k.lia kene la cari rumah lain. Ktorang dapat rumah pun dekat jugak area situ. Dekat Flat Sri Tanjung, Seksyen 7. 

* Bab kerja start dari akhir tahun 2010 aku dapat bos baru. Dulu bos perempuan, sekarang ni bos lelaki. So far, xde masalah dengan bos sekarang ni. Dia baik dan educated. Yelah, lecturer kot. Kalau dulu bos perempuan biasalah perempuan ni kalau mentadbir dia akan guna seguna-gunanya orang bawah dia. Dan perempuan ni complecated sikit. Semua nak detail dan kesalahan kecil pun dia pasti akan tegur. Dan kadangkala teguran tu melebih-lebih dan buat orang xboleh nak terima. Ape-ape pun aku tetap bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang. Yang penting kita kerja dengan ikhlas, Jangan menyalahkan orang lain. Seandainya kita disalahkan, cari kesalah kita bukan kesalahan orang. 

* Alhmadulillah jugak aku dah diserap untuk tetap. Hari tu Interview tetap alhmadulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun agak nervous dengan soalan panel interview. Kemudian menghadiri Kursus Induksi Umum dan peperiksaan perkhidmatan. Exam masa tu memang susah. Selamat objektf boleh la pilih-pilih. Tapi pilih-pilih pun takut jugak pilihan salah lagi banyak dari yang betul. Tapi alhmdulillah segala berjalan dengan lancar dan lulus jugak akhirnya. Exam untuk secetary pun berjalan dengan lancar. Segalanya lulus dengan cemerlang. Sekarang ni tinggal untuk sah perkhidmatan je. Tapi kene la tunggu surat pendaftar and mungkin tunggu masa untuk tempoh 3 tahun. 

* Dipertemukan semula kawan-kawan lama melalui facebook. Boleh jumpa and hang out dengan dyorang setelah lama tak jumpa. contohnya dengan besties eja, zana, kaksu but cuma lia je tak sempat jumpa lagi sampai sekarang. And then, raya tahun ni still boleh beraya rumah member sekolah SBPI iaitu Izzah, Wani, Aina dan Ain. 

zira, zana,eja n aku
Group girl from old classmate - SPBI SB.


* Tahun ni tahun penuh kesetiaan aku terhadap si dia. Walaupun aku tahu siapa dia. Tapi mungkin kerana hati kami kuat untuk bersama. Walaupun biasa asam garam perhubungan, pasti ada yang terasa. Pasti ada yang terguris. Tetapi semangat aku dengan dia semakin kuat. Insyallah, seandainya dia la jodoh ku, aku terima dan akan lakukan yang terbaik. Tahniah juga pada si dia atas anugerah tuhan berikan yang akan menyusul tidak lama lagi. Terima kasih juga kerana selalu meluangkan masa bersama aku tak kira senang atau susah. 

* Kontroversi antara aku dan housemate. Seandainya mereka terlibat baca blog aku ni seribu maaf aku minta. Biasalah kita ni kawan pasti ada kurang dan kelemahan masing-masing. Kadang-kadang kita tak sedar perubahan yang berlaku. Kita tak sedar apa yang kita katakan, kita tak sedar kesalahan yang pernah kita buat. Kawan ni masa senang kita akan bersama tetapi sahabat adalah waktu susah menjadi teman kita  Buat masa sekarang aku hanya punyai kawan.

* 2011 kenali makanan baru, tempat baru. Dulu tak suka makan chicken chop tapi sekarang dah suka chiken cop. Dulu tak pernah makan nasi ayam penyek, sekarang dah rasa nasi ayam penyek. Dulu tak reti makan siput sedut, sekarang bukan main suka siput sedut lagi- lagi beli dekat Unikeb,UKM. Masak lemak dia memang best. Aku boleh telan siput sedut dekat situ je. Tempat lain...kurenggg...Dan paling aku berjaya sekali dulu aku xboleh nak telan air susu..Tapi sekarang aku dah boleh minum susu...........tapi susu jenis strawberri jelah. Susu coklat, susu original lagi lah. Dan alhmdulillah dengan cara minum susu strawberri ni je aku rasa aku boleh tambah berat badan. Aku nak minum tiap hari agar badan aku berisi. Aku tak suka orang cakap aku kurus la, keding la, papan la..macam la badan diorang tu cantik sangat. Janji aku sihat. Tapi aku tetap nak naikkan berat badan agar lebih ideal. Tak mo kurus-kurus sangat....segan kalau orang tengok...rasa rendah diri tau...dah la aku pendek. Ketinggian tak boleh dah nak ubah..memang kekal la macam ni sampai tua..tak de nye boleh tinggi dah.

* 2011 juga aku pergi ke tempat-tempat baru yang sebelum ini tak pernah pergi. Contohnya awal tahun hari tu Family day pergi Penang. Pastu dengan member-member dan family pergi Port Dikson. Ada jugak pergi panjat Bukit Broga dan mandi di air terjun sg.Tekala. Macam biasa, layan jugak bersuka ria karaoke bersama kawan-kawan dan menonton wayang bersama. Pertama kali jugak mengajak si dia menonton wayang dan karaoke bersama tempoh hari. 



* Juga raya tahun ni berkumpulnya adik beradik kami sebelum ni bila raya mesti ada yang xbalik sama masa. Cuma dengan abglong je ktorang dah susah nak jmpa dan beraya bersama. Anak buah pun dah makin bertambah. Sekarang total anak buah aku seramai 12 orang. Tunggu turn azrol dan aku je tak kawin lagi ni. Insyallah mungkin 2012...



* Banyak jugak perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Contohnya kejadian-kejadian kecemasan. Kekurangan dan kesempitan wang. Tapi semuanya alhmadulillah dapat diselesaikan dengan berkhidmah.  Dan tidak lupa juga kejadian yang memalukan terutama malam tempoh hari. Moga aku tak akan ulangi kesilapan dan kesalahan itu lagi. Insyallah.

* Kesihatan tahun ni alhmdulilah tidak membimbangkan. Diam pun kurang, selsema pun kurang, batuk pun kurang. Segalanya sihat-sihat selalu. Cuma family kakak aku je yang sekarang ni ada masalah sikit. Tapi after buat rawatan tempoh hari hope membantu mereka. Semoga 2012 mereka sihat-sihat selalu. Amin



Ape lagi nak tulis. Aku dah perah otak dah ni. Mungkin setakat ni je daya ingatan aku. Tapi banyak lagi peristiwa 2011. Ingat aku akan update lagi. Perut dah berkeroncong tapi selera makan tak de lagi ni.  

Akhir kata, Selamat Tinggal Tahun 2011......Selamat Datang 2012...Azam 2012 akan aku tulis lain entry. Walaupun kita tutup buku lama, tapi kenangan lama tak akan dilupakan. Segala yang pahit jadikan pengajaran dan segala yang manis jadikan kenangan agar kita sentiasa senyum dan ikhlas dalam setiap yang berlaku. 


No comments:

Post a Comment