Assalammualaikum
Selamat Hari Jumaat.Yahoo....hari ni last kerja.Esok cuti boleh la rehat2 and merendek kemana-mana yang aku nak.Hari Ahad ada kenduri pengantin rumah member.Insyallah, ada orang teman aku pergi. Kalau xder dok rumah jelah tengok TV.
Nak story koleksi enset-enset aku dari zman purba.xlah purba sangat. aku ni pun bukanlah giler gadget pun.Beli ikut keperluan dan kadangkala ikut perasaan pun ada jugak.huhu..
Nokia ape entah.aku malas nak google.Ni lah enset pertama aku. aku beli ni time aku tingkatan 4 nak masuk tingkatan 5. time tu enset ni mahal tau. aku beli ni dalam RM400. aku g beli guna duit aku sendiri.itupun aku kumpul time dapat duit raya semata-mata nak beli enset tau x. Diam-diam je aku beli enset ni ngan abg ipar aku. balik rumah aku kene marah dengan kakak aku. membebel la dia kenapa beli telifon, macam dh pandai sangat, kaya sangat.pot pet pot pet.kecik hati aku. ape lagi menangis la kuar air mata ni. Huhuhu...padahal aku teringin sangat time tu. aku tau aku bukan orang senang..tapi ape yang aku nak aku tak pernah mintak dekat orang lain. aku akan usahakan sendiri. wwaaaaa..touching pulak pagi-pagi ni..ok stop!!! itu kisah lama.
Ni enset konon IPHONE.tapi IPHONE yang hampeh sebab dia bukan iphone original. cap ayam je Ok.Beli pun murah je. sebab murah la aku kene tipu. murah pun duit jugak oiiiii....punyalah payah nak guna talifon nie. Sakit je hati bila nak taip mesej. aku tekan A dia pergi kuar huruf lain.kadang-kadang tekan-tekan langsung xleh nak detect nombor o huruf. rasa macam nak hempas kat dinding kasi berkecai...
Sebenarnya sebelum aku guna telifon ni aku guna enset Sony Ericsson ( model ape aku tak ingat sebab aku memang xsuka ingat model-model telifon ni ). Lma jugak aku telifon tu, adalah dalam 3 tahun lebih. Tapi enset tu rosak sebab enset tu pernah jatuh bangunan dari tingkat 2 je smpai dalam longkang. Tapi lepas tu Ok lagi. Tapi bila terakhir guna enset ni apabila dia telah dengan tidak sengajanye termasuk dalam jam**n.hehehe. Habislah riwayat sebuah telifon bimbit sony ericson kerana kelemasan dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Aku sebenarnya memang penggemar Sony Ericson. Kali ni hingga kini aku still guna enset Sony Ericson W20. sebab aku suka sony dia tahan lasak. jatuh cam ne pun, still ok lagi la kot. and camera dia pun cantik. Dulu pernah jugak guna Nokia slide 5320 kalau xsilap. Tapi tahan kejap je. setahun ke tak sampai setahun. Pastu aku bernekad xnaklah guna jenama Nokia lagi.Hahaha.jahat kan. Jangan cakap tak nak, nanti mesti terpaksa beli jugak jenama nokia ni. Sebab Nokia murah sikit dari jenama enset yang lain ( macam jenama baju je)
Wow....Samsung Galaxy W.Ini enset termahal aku penah beli OK. ni aku nak buat layan internet jelah..main game angry bird....memang best application dia. Aku akan jaga elok-elok ok enset ku sayang...wallpaper tu gmbar anak buah aku tak pakai baju. Nanti aku buat entry pasal anak buah aku lagi. hari tu ktorang g mandi manda dekat PD.
Ok.itulah koleksi enset aku dulu hingga kini....Bukan nak menunjuk hanya nak simpan memori bersama enset ni.
BYE
WAH, Dia dah pakai handphone power. kehkeh =)
ReplyDelete