Friday, 16 December 2011

Kempen Katakan Tidak Pada Rokok

Assalammualaikum

Pagi tadi Chek Email. Nuffnang ada kasi email untuk kita hantarkan gambar berkaitan Kempen Katakan Tidak pada rokok. Tapi buat masa ni aku xde idea lagi nak snap gmbar macam ne. Nak lebih lanjut boleh ikut link ni (http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/12/13/katakan-tak-nak-2/). This contest ends at 11:35pm, 26 December 2011. cara-caranya senang je : 

1) Tangkap gambar sekreatif yang boleh dengan menggunakan tema kempen 'Tak Nak Rokok' tanpa menggunakan rokok atau pun kotak rokok sebagai prop anda 
2) Postkan dalam blog anda 
3)Gunakan kata kunci #taknak, photo contest / duit free dan smoking kills
4) Linkkan pada gayahidupsihat.my
5) akhir sekali submitkan penyertaan anda



Rasa semua orang tau kot kenapa Rokok itu merbahaya. Tapi kenapa masih lagi kerajaan membenarkan rokok dijual? Itu semua tepuk dada tanya selera. Tapi kalau nengok gambar kat kotak rokok tu nak makan pun aku tak selera. Tapi mereka yang perokok tegar peduli ape walaupun kempen seperti itu dibuat. Rokok is tetap best..mati pun best...



 UTAMAKAN PASANGAN YANG TIDAK MEROKOK 

Boleh tengok dekat link ni http://webblog.myjodoh.net/category/jodoh/ 
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468





P/S : Oleh itu wahai kawan-kawan seandainya ada pasangan anda itu seorang perokok maka tidak salah, cuma kita nasihatkan dyorang agar kurangkanlah hisap rokok ni secara perlahan-lahan. lama-lama insyallah mereka boleh berhenti. Sokong dan bantulah mereka. 

No comments:

Post a Comment