Thursday, 8 December 2011

Drama- Tentang Dhia

Tentang Dhia
TV3
Jam 7.00- 8.00 malam
Setiap hari Isnin hingga Khamis
Barisan Pelakon : Nora Danish, Ako mustapha, Ady Putra, Tasya Shilla, Azreen Azmida dan lain-lain lagi.



Cinta ni mula-mula tengok macam tak best. Tapi bila dah folow smpai sekarang, baru terasa best. Heroin dia adalah Nora Danish.Comel je dia pakai tudung. Biasalah orang cantik pakai ape pun cantik. Tapi aku suka la tengok muka Nora Danish ni. Baby face je. Kalau la dapat kulit muka yang halus,mulus gebu macam dia kan best. Nora Danish ni watak dia sebagai Dhia. Dia seorang gadis yang baik je, dengar kata mak ayah dia. Tapi banyak dugaan dia. Dia kawan rapat dengan Raffi ni dari kecik. Raffi ni pulak memang dh suka sangat kt Dhia ni. Tapi Dhia hanya anggap dia sebagai sahabat tak lebih dari tu. Dan dia pun tolak la cinta Raffi tu. Kecewa la si Raffi tu

Nora Danish @ Dhia


Dhia pulak dh jatuh hati dekat sorang mamat ni namanya Azmi yang dilakonkan oleh Ako Mustapha. si Azmi ni pun suka dekat Dhia. So, dua-dua dh planing nak kawin. diorang  pun tunang la...

azmi @ Ako Mustapha

Tapi disebabkan ada pulak watak si Melly tu yang dilakonkan oleh Azreen Azmida ni. Dia ganggu hubungan antara Azmi dan Dhia ni. Satu hari dia perangkap Azmi sampai dyorang kene tangkap basah kat umah si Melly. Disebabkan nak tanggung malu Si Melly yang poyo tu paksa Azmi kawin walhal azmi langsung tak bersalah. Hancur la hati si Azmi tu.

Cun la dia ni
Dah macam-macam dugaan si Dhia ni tempuhi dengan Azmi ni. Kesian dia. Dahlah putus tunang.Pastu orang kampung mengata dia bomoh-bomoh kan si Azmi tu. Padahal itu semua mulut si mely tulah.Geram je aku tau.Emosi pulak aku.haha. Tak lama tu dia pun bertemu dengan jejaka hensem malaya Ady Putra memegang watak Zikir. Zikir pun nak kawin dengan dia sebab melihat keayuan dan kesopanan si Dhia tu. Lagi-lagi menyebabkan mak dia asyik paksa kawin dengan si rose tu. Dia dah la tak suka dengan rose tu.

Zikir @ Ady Putra




Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita pasal drama ni-tapi disebabkan aku dah tak larat dah. Kene tengok sendirilah cerita ni.Oklah ceritanya dan sebab aku suka jugak dia buat dekat kampung aku tu, Dekat Tg.Karang.Dekat-dekat ngan Sg.Besar. Cantik kan pemandangan dia buat kat sawah..:)

So tengok jangan tak tengok cerita ni. Pasni banyak lagi cerita aku preview ok. BYE


No comments:

Post a Comment