Tuesday, 7 January 2014

25 Tahun

6.1.89

Hari kelahiran ku. Alhamdulillah tuhan beri kehidupan dan peluang untuk tengok dunia. Dan semalam genaplah umur aku yg ke 25 tahun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa takut pulak umur dah semakin meningkat ni..hehe..banyak lagi perkara-perkara yg akan di lalui nanti.

Terima kasih pada kawan-kawan dan keluarga yg wish befday semalam. Beli kan kek dan belanja makan. office mate yg wish befday n nyanyi dalam bilik mesyuarat masa tengah meeting. Segan rasanya..hehe...terima kasih banyak. Mungkin rasa perkara kecik je, tapi benda kecik macam ni akan aku ingat selalu.

Kehidupan aku sepanjang 25 tahun ni, xde lah menarik mana pun. Tapi alhamdulillah Allah tu sentiasa ada membantu. Kehidupan ni orang kata kene ada asam garamnya. Barulah hidup tu orang kata ada seri. Pengalaman hidup sepanjang 25 tahun ni adalah menjadikan aku seorang yg hidup berdikari. Walaupun aku anak bongsu tapi aku tak dimanjakan langsung. Segalanya-galanya buat sendiri. Even ada masalah sekali pun aku suka satelkan sendiri. Sebab aku jenis tak suka nak susahkan orang. And aku bukan jenis suka meminta-minta and mintak simpati.

Sampai sekarang pun, perangai aku tak berubah. Kalau aku ada sedih sekali pun, aku simpan. Sebab aku tak nak orang lain nampak aku sedih. Kalau boleh aku nak orang sekeliling aku semua happy2 je terutama keluarga aku. Aku ni bukan jenis pandai nak tunjuk2 sangat sayang tu, xreti nak manja-manja sangat. Tapi sebenarnya, aku sayang n rindu.

Sepanjang 24 tahun, of course dah rasa jugak macam-macam pengalaman. Peristiwa menakutkan, menyeramkan, bergaduh, menangis, kene tipu, kawan makan kawan, dikhianati, kene marah, kene hina, kene kutuk dan sebagainya. Tapi itulah, dah nama pun kehidupan kan. Kadang-kadang susah nak kasi orang faham keadaan kita, dan lebih baik kita simpan je dalam hati sendiri.

Tapi kehidupan tetap ada manisnya. Yg manis itu lah menyebabkan boleh hidup sampai sekarang. Insya Allah.

Untuk tahun-tahun akan datang, matlamat aku nak membahagiakan orang-orang di sekeliling ku. Bila mereka gembira, serta merta hidup akan jadi gembira walaupun mungkin itu satu pengorbanan buat diri sendiri. Hidup ni kita nak kene membantu orang lain untuk jadi lebih baik lagi-lagi orang yg kita rapat n sayang. Dan kita ni berubah untuk jadi lebih baik bukannya berubah sebaliknya.

Panjang lebar pulak membebel kan. Apa-apa pun, I dont want sedih-sedih. Panjang umur, murah rezeki, doakan yg baik-baik je.Moga ada jodoh, direstui Allah dan keluarga...Ingat sentiasa di bumi yg nyata.

♥♡With Love ♡♥
     ▪azasuhaiza▪

No comments:

Post a Comment