Friday 8 February 2013

Tiada Peneman

Assalammualaikum

aku rasa penat sangat dua tiga menjak..badan ni sakit-sakit sengal-sengal. rasa dah lama sangat tak exersice.bila entah nak start bererobik dan jogging balik. harap-harap pintu hati aku akan terbuka dengan secepatnya untuk aku melakukan aktiviti tersebut. kalau tidak aktiviti aku hanya lah melepak,tengok tv dan paling syok adalah tidur..tidur pun penat tau..lagi-lagi kalau banyak tidur boleh menyebabkan badan lesu yang amat..

sebenarnya tak tau nak tulis entry apa petang jumaat ni, nak menunggu jam pukul 5.nak balik cepat.bosan tak ada kerja sangat.hehehe..*alasan*. 

aku jenis memang tak berapa sosial sangat. dan aku memang tak ada ramai kawan..aku susah nak rapat dengan orang sangat lagi-lagi yang baru aku kenal..tapi aku rasa aku ok je dengan semua orang, aku boleh tegur-tegur and be friendly dengan orang yang baru kenal..tapi is just kenal-kenal, and sembang-sembang macam tu jelah..to be so close maybe take time untuk aku..aku memang akui kawan-kawan yang maybe my best friend forever dalam dua tiga orang je..yang lain-lain just kawan kenalan..if jumpa dekat mana-mana still aku boleh tegur and sapa-sapa..but sometimes kan aku macam ada satu perasaan yang aku susah sikit nak tegur orang, actually bukan aku sombong ke apa, cuma aku macam agak malu nak tegur orang dulu sebab lagi-lagi kalau orang tu memang tak berapa nak rapat dengan aku or orang tu aku dah lama tak jumpa..aku takut dia tak cam aku..huhuhu...

sejak ada kereta sendiri ni, kebanyakan aktiviti yang aku lakukan aku prefer tu do alone...pergi kerja drive sorang-sorang, pergi kedai runcit sorang-sorang, balik kampung sorang-sorang and beli burger pun sorang-sorang..aku takut nak terlalu mengharap dengan orang sebab aku tak nak aku susah..when aku ada kaki sendiri untuk bergerak..so, tak perlulah rasanya nak menyusahkan orang lain..tak diakui jugak sometimes aku pun turut perlukan someone yang boleh bantu..tapi cuma jangan lah kita terlalu bergantung dengan bantuan orang sebab nanti sendiri akan patah kaki..so the conclusionnya aku mesti belajar BERDIKARI..

Dan sejak kecik pun aku rasa aku dah belajar berdikari..hidup without parents, pergi sekolah kayuh basikal,kurang kasih sayang ibu dan ayah dan menumpang kasih orang sekeliling..when masuk sekolah menengah alhamdulilah rezeki itu sentiasa ada. dapat sekolah asrama penuh..kat situlah hidup aku macam terjamin sikit..walaupun i is nothing but aku tak pernah terasa..orang disekeliling like cikgu and friends is satu kenangan yang terindah buat aku..for the 5 years banyak belajar menjadi dewasa, belajar agama. aku patutnya sangat bersyukur dengan perjalanan hidup ini-alhamdulillah-tq allah-

and now, 
walaupun kadang-kadang aku rasa hidup aku ni terlalu membosankan, hidup ini sunyi, hidup ini tidak bermakna tapi kita perlu ingat bahawa Allah S.W.T ada menemani kita sentiasa. Kita sendiri yang menjadikan hidup kita itu tidak bermakna walhal sepatutnya kita sendiri yang mengindahkan kehidupan kita. bila terimbas kenangan-kenangan masa lalu..walaupun kenangan itu pahit pasti membuatkan kita tersenyum dan merindui kenangan tu betul tak?


No comments:

Post a Comment