Tuesday 8 January 2013

Sebak

Bismillahirrahmanirrahim

Baru beberapa baris ayat surat Yassin aku bacakan..tiba-tiba sebak terasa. dari nada suara yang kuat makin lama makin tidak boleh terkeluar..sebak terlalu sebak..air mata dengan laju mengalir seperti air terjun. 

Suara sudah tersekat-sekat kerana tangisan sehingga tersedu sedan. cuba untuk kuat dan tidak melayan perasaan. tetapi tidak berjaya..sehingga aku berhenti sebentar mengaji...marahku 'kenapa dengan aku ni, kenapa sedih sangat ni?'. cuba menarik nafas sedalam-dalamnya..teruskan mengaji semula tetapi dengan suara yang tersekat di kerongkong..terlalu sebak. ayat-ayat yang ku baca hanya boleh didengari di dalam hati.


No comments:

Post a Comment