Wednesday 28 November 2012

Cuti Sekolah Bersama Maksu- Part 1

Assalammualaikum

Hampir 2 minggu kakak aku ngan anak buah lepak dekat rumah aku sekarang ni. Best3x..ada peneman di rumah dan rumah pun menjadi riuh rendah ada budak-budak..tapi tak adalah aku bawak pergi mana sebab Isnin sampai Jumaat aku kerja..diorang duduk jelah dekat rumah tu..mesti boring jugak..tapi nak buat camner, kakak aku pun bukan sihat sangat. Nak bawak jalan jauh-jauh risau dia penat nanti. So, kat rumah yang boleh aku bawak dekat-dekat jelah macam pergi taman belakang flat rumah aku tu..







aktiviti budak-budak tu kat rumah antaranya main badminton dalam rumah, main kejar-kejar, main tutup-tutup pintu, main sorok-sorok, main bukak peti ais, tengok cerita shinchan dekat laptop dan macam-macam lagilah..hehehe...cian diorang terkurung jelah dalam rumah maksu tu..kalau kat kampung diorang boleh pegi main tanah kat halaman ke, tapi kat rumah maksu terkurung jelah ye...


Hari tu aku paksa diorang tengok cerita Running Man.hahaha..tengoklah muka masing-masing boring sebab tak faham..hehehe..


Ada masa aku suruh Amanina baca al-quran..dah besar dah anak buah aku sorang ni, dah darjah 3 tahun depan dah darjah 4. Alhamdulilah, lancar je dia baca al-quran tak ada tergagap-gagap..pandai macam maksunye.hehehe


Amanina pun rajin tolong maksu masak, tapi bab potong bawang jelah. Nanti dah besar rajin-rajin masak macam mama kamu tau. Mama kamu tu pandai masak. Maksu pandai jugak, tapi kurang lah sedap..muahahaha....

Sambung entry part 2 pulak untuk aktiviti seterusnya..bye....


No comments:

Post a Comment