Wednesday 17 October 2012

Sesuai Untuk Yang Bujang + Malas

Assalammualaikum

minggu lepas aku pergi Kursus. Masa kat kursus tu duduklah dalam satu kumpulan and terperasan ada sorang kakak ni..kalau tak silap aku kakak ni dia satu blok umah dengan aku. kadang-kadang nak pergi kerja, aku perasan gak ngan kakak ni sebab dia free hair, so macam senang sikit nak kenal orang kan..pastu aku tegurlah dia tanya dia duduk mana, dan sah dia kata memang dia duduk seksyen 7. satu blok dengan aku.hehehe..kalau tak pergi kursus tu agaknya tak jumpa and tak kenal lah kakak tu. Nak harapkan aku tegur dekat parking tu memang idok la gamaknya. aku ni kan sombong..muahaha...tapi kalau tak kenal aku memang gitu, malas nak ramah-ramah bagai...tapi bila dah kenal insyallah. aku ni bukan sombong sebenarnya, cuma pemalu gitu...if orang tu jenis peramah insyallah aku pun akan ikut peramah sekali, tapi kalau jenis yang tak banyak cakap aku lagi jadi mati kutu tak tau nak sembang apa sebab aku bukan jenis banyak cakap..hehehe

2 hari kursus satu team ngan kakak tu, boleh tahan dia punya sembang..seronok jugak sebab banyak cakap..kakak-kakak yang lain satu team pun jenis suka menyembang, dah siap kitorang berdiscuss pasal kursus tu, diorang dok discuss pasal tudung fareeda, pasal ikan pekasam, ikan terubuk lah ( biasalah al-wanita kan) . Cerita pasal makanan, kakak tu bagitau aku yang dekat Seksyen tujuh tu ada satu kedai yang dia siapkan bahan masakan, contohnya kalau kita nak masak ikan masak lemak cili api, so dia akan satukan dalam pek tu semua bahan ada. Ada ikan, santan dan sebagainya. So, bila balik je ko tak payah susah-susah nak potong-potong bagai. Memang sesuai sangatlah untuk bangsa pemalas campur bujang macam aku ni...rasa terminat pulak nak beli.hehehe...yelah, aku bukan rajin sangat nak masak tiap hari, setakat perut sorang je bolehlah...kadang-kadang beli bawang pun bukan banyak..adalah dalam 10-15 ulas/biji bawang tu. itupun sampai dah kecut-kecut sebab tak masak...

So, dengan azam yang tinggi, tempoh hari aku pun pergi cari kedai yang kakak tu cakap..saje nak try test..hehehe...aku pun jenis makan simple-simple je. aku pun beli lah sayur tumis ngn ayam rempah my favourite tu...balik umah, terus masak nasi, goreng sayur and goreng ayam...wahh...senang kerja...

Sayur campur dah siap potong-potong je, basuh sikit,potong bawang sikit pastu campak je dalam kuali...

ayam rempah, ayam nye kocik je..tapi ok lah..terus goreng je...dah siap dah berperencah

Bagi yang dah berkeluarga, jenis reti masak sedap-sedap tu, tidak digakkan. Aku rasa orang lain dah tau kot pasal ni..aku je yang ketinggalan zaman..yelah, aku kan rajin masak sebab tu tak tau...muahahaha....tapi dah tau ni, sonang la keje aku, tinggal masak je...Dasar Pemalas...Tapi kalau family or mak mertua datang nanti jangan pulak dok hidang lauk segera cam ni....buat malu je....huhuhu....kene lah masak guna air tangan sendiri...

lapar lapar lapar.....oklah bye....



No comments:

Post a Comment