Monday 15 October 2012

Harapan, Doa dan Petunjuk

assalammualaikum


Kadang-kadang rasa give-up nak hidup, tapi bukanlah bermakna sampai nak bunuh diri. Cuma kadang-kadang rasa macam cabaran untuk melalui hidup masa kini makin sangat menakutkan. Rasa seperti hidup perlukan sikap hipokrit, perlukan sikap pentingkan diri sendir, perlukan sikap tidak bertanggungjawab..dan segala-gala sikap mazmumah yang sepatutnya dijauhkan.. astaqfirullahalazim....

Sebab tu, aku lebih rela untuk duduk bersendirian, berbanding berada di kelompok ramai-ramai yang sentiasa membincangkan dan mengeluarkan segala fitnah-fitnah mahupun perasaan yang kurang didengari. Terutama kaum wanita, cakap saja pergi mana, pasti ada gosip-gosip yang mahu dilemparkan, pasti ada cerita-cerita yang mahu dikorekkan. Sesungguhnya, aku kalau boleh tak nak menceritakan keburukan orang lain, sebaiknya aku mahu senyap agar tidak menjadi fitnah tetapi sedikit sebanyak juga kita mendengar dan terkeluar jugak cerita yang sepatutnya tidak boleh diucapkan.

Mendengar isu-isu semasa masa kini juga membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Kes rogol, rompak, kemalangan dan sebagainya menjadikan diri ini perlu sentiasa berwaspada dan beringat. Mintak dijauhkan perkara yang tidak diingini ini terjadi kepada orang sekeliling yang aku sayangi.

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk agar aku dapat meningkatkan iman kepada mu. Dunia zaman kini adalah dunia akhir zaman. Banyak perkara yang pelik-pelik berlaku. Banyak harapan dan permintaan ku terhadapNya. Yang paling utama mohon berikanlah aku semangat untuk terus beriman dan bertaqwa kepadaMu. Ampunkanlah dosa-dosa aku sesungguhnya dosa inilah yang membuatkan batas-batas permintaan ku tersekat..


No comments:

Post a Comment