Thursday 20 September 2012

Penghujung Syawal 2012

Assalammualaikum

Hujung syawal minggu lepas penuh dah booking nak buat open house...inipun, dengar kata dah habis raya pun masih lagi nak buat open house..alhamdulilah lah kerana mereka-mereka itu sentiasa sudi untuk membuka rumah masing-masing untuk menjemput saudara mara dan rakan taulan dengan hidangan makanan yang menyedapkan..yelah, bukan selalu dapat open house kan, dah lepas ni masing-masing sibuk untuk close house pulak..sebabnya kene tumpukan pada kerja pulak..itulah masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..konon nak puasa enam pun dah tak ingat sebab asik ingat nak makan rendang je..

Ini antara kegemaran office mate aku, time kerja buat open house, memang sonang lah kami nak datang beraya....jimat jugak duit poket dah akhir-akhir bulan ni kan....makan free je....adalah beberapa pic yang aku ambik dalam FB kakak-kakak office mate aku ni, tak sah kalau tak abadikan dalam gambar...


Ni kat rumah Kak Shiefa, yang tepi sebelah kiri pakai baju kuning tu..tarikh dia buat open house aku tak ingat la pulak..malas nak fikir...dia masak memang sedap...


ini masa jamuan raya Pusat Sukan UKM pada 11 September 2012 yang lalu..jangan tak percaya aku tolong rebus nasi impit kasi orang yang hadir makan..nasi impit jelah, menu lain masing-masing punya staff yang masak..tapi makanan time tu semua best-best and sedap-sedap. kambing,rendang ayam daging, nasi minyak,laksa,rojak,ketupat,nasi impit, cucur udang dan macam-macam lagi. alhamdulillah ramai jugak tetamu yang datang..VIP,pegawai-pegawai universiti,atlet-atlet pun sudi hadir memeriahkan majlis..


Yang ni masa my boss-Dr.Tajul buat open house kat rumah dia...ini adalah ladies Pusat Sukan yang comel-comel belaka...hehehe....


and Then ni masa kat rumah Pak Leh ( Mohd Salleh Che Muda ) dia kerja sebagai Pem.Am.Rendah..dia buat open house pada 12 September 2012 yang lalu.. kat sana aku makan laksa..dia ada buat laksam tapi laksam ni aku tak berapa boleh makan sangat..hehehe


ok,lah itu sebahagian je yang aku hadir sebagai tetamu ke open house..sonok jugak bila dah bekerja ni, ramai officemate yang rajin buat open house..sonok datang menziarah or makan?..hehe..tunggulah nanti aku pulak buat open house bila dah berumah tangga la ye..





Sudi-sudilah jemput aku selalu, Terima kasih..





No comments:

Post a Comment