Wednesday 18 July 2012

Drama Sepanjang Ramadhan

Assalammualaikum


Rasa sekejap je masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari Ilahi, Insyallah....

Bila teringat bulan puasa ni, teringat pulak drama-drama yang memberikan keinsafan dekat sanubari. Bukan senang untuk kita ingat sesebuah cerita tu andai kata cerita tu tidak betul-betul memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita. 

sepanjang ramadhan tahun 2010 dan 2011, TV3 menerbitkan cerita yang menyentuh hati untuk disajikan kepada penonton. Paling penting cerita sentiasa mengimbau dalam diri aku ni sebab jalan cerita yang menarik dan penuh dengan unsur yang berguna. Cerita yang boleh mengalirkan air mata, penghayatan watak para pelakon yang sangat berkesan.
________________________________________________________________________________

Ogos 2010,
Syurgamu Ramadhan


Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan Azma Aizal Yusoof.

Sinopis : 

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..



_______________________________________________________________________________

 2011
Ramadhan Terakhir 





PELAKON: Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi.

sinopsis : 

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

__________________________________________________________________________________

komen aku : 

cerita sangatlah menyentuh hati dan perasaan. setiap kali aku tengok cerita ni, mesti ada watak dan jalan cerita menyebabkan aku mengalir air mata.....bagi mereka yang pernah rasa kehilangan, pernah rasa kekurangan kasih sayang dan perhatian dan mungkin pernah lalui pasti akan mengetahui... 

Tak sabar nak menunggu cerita / drama untuk Ramadhan kali ni. Harap-harap best jugak macam sebelum-sebelum ni. Kalau nak tengok cerita Syurgamu Ramadhan dan Ramadhan Terakhir boleh la download dekat internet. 

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment